Demam K-drama original terbitan platform penstriman popular, Squid Game nampaknya masih belum reda.
Dengan jumlah penonton yang sudahpun mencecah 111 juta orang di seluruh dunia [hanya dalam masa 17 hari tayangan], beberapa negara telahpun mula membina set permainan persis dalam drama tersebut untuk dijadikan lokasi tarikan pelancong domestik.
Antara yang terawal adalah seperti di Korea Selatan dan di Filipina.
Kini, peminat Malaysia juga sudah boleh merancang untuk melihat sendiri kelibat manager bawahan Frontman yang berbaju merah dan sudah tentu, patung gergasi yang memainkan peranan penting dalam permainan pertama Squid Game iaitu patung ‘Red Light Green Light’.
Netflix Malaysia membawakan mereka khas untuk korang temui dan sama-sama berinteraksi di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Terletak di kawasan lapang LG1 Atrium (berdekatan kafe Costa Coffee dan butik ZARA), acara Squid Game ini mula dilangsungkan dari hari ini hingga 31 Oktober nanti.
Ads
REMAJA berpeluang untuk menjadi salah seorang pengunjung terawal yang telah menemui patung gergasi setinggi 12 kaki itu serta sempat bergambar dengan beberapa replika permainan yang ada di sekitarnya.
Satu lagi sentuhan unik yang disediakan Netflix Malaysia adalah di kawasan pintu masuk utama Sunway Pyramid; di mana mesin pengimbas suhunya berupa patung gergasi Squid Game.
Ads
Pastikan korang tidak bergerak semasa mengimbas suhu tau, harap-harap lampu hijau yang menyala. Kalau tak, rugi je kena tembak sebelum sempat masuk.
Pengunjung juga tidak harus ketinggalan untuk bergambar dengan manager berbaju merah di sana. Cuma pastikan korang menjaga jarak 1 meter dan mereka akan memberikan korang kad bisnes Squid Game untuk dijadikan item kenangan.
Ads
Amacam, jom! Untuk mendapatkan ‘feel’ sebelum ke Sunway Pyramid, apa kata korang tonton dulu (atau tonton semula) kesemua episod Squid Game di Netflix. Barulah hati lagi berkobar-kobar!
Keinginan untuk kekal cantik adalah lumrah bagi manusia. Siapa yang tidak mahu kulit wajah menjadi licin berkilat tanpa sebarang parut berlubang?
Menyentuh soal kecantikan, baru-baru ini penyanyi berbakat besar, Liza Hanim terpalit dengan isu face shaming di mana akaun Instagram telah melontarkan kata-kata berbaur cacian terhadap kulit wajahnya
Percaya atau tidak, parut di wajah memang boleh membuatkan keyakinan diri kita rendah. Pastinya kita akan merasa stres kerana ia lambat untuk pudar.
Sebenarnya ada banyak jenis parut berlubang ini dan setiap satu daripadanya tidak sama walaupun dari jauh kelihatan serupa.
Jom kita kenali jenis-jenis parut berlubang ini.
Ada 4 jenis parut yang biasa terjadi pada kulit wajah kita.
Yang ini katanya macam dicucuk-cucuk jarum.
Kalau orang kata macam kawah bulan, yang inilah dia..
Yang ini tekstur kulit terasa seperti tenggelam timbul. Bak ‘gunung-ganang’ katanya.
Keloid pula meninggalkan kesan akibat daripada keradangan di kulit.
Banyak cara sebenarnya untuk menghilangkan parut ini namun yang paling berkesan adalah laser tetapi bajetnya juga tinggi. Jika anda berkemampuan, why not?
Tetapi jika korang mencari alternatif lain, bolehlah mencari krim bagi menghilangkan parut di farmasi ataupun mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar dermatologi.
Jadi apabila sudah mengetahui jenis parut di muka, mudahlah kita untuk mencari solusi yang sesuai untuk merawat kulit wajah. Semoga bermanfaat kepada semua!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kejayaan menjadi antara medium belian secara dalam talian pilihan pengguna, Shopee kini khabarnya bakal memperkenalkan perkhidmatan tempahan makanan yang dinamakan ShopeeFood.
Perkhidmatan ini lebih kurang seperti GrabFood dan Foodpanda dan buat masa ini hanya akan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.
Menurut ciapan di laman twitter Shopee Malaysia, platform ini sedang mencari Rakan Penghantar ShopeeFood di Kuala Lumpur dan Selangor dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
• Warganegara Malaysia (kad pengenalan biru)
• Berumur 18 tahun ke atas
• Mempunyai lesen motosikal (sekurang-kurangnya mempunyai lesen P dan ke atas)
• Mempunyai telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas
• Tiada rekod jenayah lampau PDRM
• Tiada rekod penggantungan atau larangan di platform Shopee
Kami sedang mencari Rakan Penghantar ShopeeFood di Kuala Lumpur & Selangor! Jom apply kat link ni sekarang! 👉🏻 https://t.co/wQ7b6v3n8w
Sebelum ini, ShopeeFood telah pun diperkenalkan oleh Shopee Indonesia dan kini nampaknya Malaysia juga bakal mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan di aplikasi tersebut.
Dengan aplikasi mudah alih, pengguna dapat memesan makanan daripada pelbagai vendor yang mengambil bahagian dan akan dihantar ke rumah korang dalam masa terdekat. Apa yang membezakannya dengan aplikasi lain adalah kemampuan yang membolehkan pengguna membayar makanan mereka menggunakan e-wallet ShopeePay.
Wah makin banyaklah pilihan penghantaran makanan yang boleh dibuat nanti. Inisiatif ini juga sedikit sebanyak dapat membuka rezeki para peniaga untuk menambah pendapatan sewaktu musim pandemik ini.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Wanita yang dilahirkan di Perth, Australia ini merupakan antara pengusaha teknologi bergelar billionaire termuda di dunia. Pada usia 34 tahun dia telah disenaraikan sebagai wanita kedua terkaya di Austalia.
Satu latar menarik tentang dirinya, walaupun berkebangsaan Australia dan dilahirkan di sana, ayah wanita terkenal ini merupakan jurutera asal Malaysia yang kemudiannya berhijrah ke sana dan berkahwin dengan ibu Melanie yang merupakan seorang guru warga Australia.
.
Bagaimana dia boleh terkenal? Semuanya kerana Canva!
Korang mesti sudah kenal benar dengan aplikasi untuk memudahkan kita menghasilkan poster dan juga kerja grafik tanpa memerlukan perisian kompleks. Kalau nak tahu Melanie merupakan antara orang kuat di sebalik idea pembangunan aplikasi yang kini digunakan oleh lebih 55 juta orang seluruh dunia.
Perjalanan dalam bisnes ini bukanlah mudah seperti yang kita sangka. Memulakan aplikasi ini pada tahun 2013, untuk menembusi dan mendapat kepercayaan dari pelabur bukanlah muda apatah lagi syarikatnya berpangkalan di Australia dan bukannya terletak di lokasi banyak syarikat ‘start-up’ teknologi iaitu Silicon Valley, California.
Melanie tinggal bersama abangnya di San Francisco selama tiga bulan untuk ‘menjual’ aplikasi ini namun ditolak oleh lebih 100 pelabur yang mereka temui. Mengenang kembali perkara ini, dalam temubual bersama inc.com, dia tertanya-tanya, kenapakah ia terlalu susah. Namun kini siapa sangka dia antara pemilik teknologi terkaya dunia.
Setelah berada di puncak kejayaan, Melanie memulakan usaha murni dengan menaja lebih 25’000 organisasi amal tidak berasaskan keuntungan. Semua ini dilakukan melalui pengumpulan dana menerusi aplikasi canva. Dengan usaha ini, kejayaan yang dicapai oleh syarikatnya lebih bermakna.
Nilai Canva kini mencecah USD 15 bilion, menjadikan penyedia alat kolaborasi reka bentuk ini sebagai salah satu permulaan aplikasi yang paling cepat berkembang di dunia.
Sumber gambar: canva.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...