Demam K-drama original terbitan platform penstriman popular, Squid Game nampaknya masih belum reda.
Dengan jumlah penonton yang sudahpun mencecah 111 juta orang di seluruh dunia [hanya dalam masa 17 hari tayangan], beberapa negara telahpun mula membina set permainan persis dalam drama tersebut untuk dijadikan lokasi tarikan pelancong domestik.
Antara yang terawal adalah seperti di Korea Selatan dan di Filipina.
Kini, peminat Malaysia juga sudah boleh merancang untuk melihat sendiri kelibat manager
bawahan Frontman yang berbaju merah dan sudah tentu, patung gergasi yang memainkan peranan penting dalam permainan pertama Squid Game iaitu patung ‘Red Light Green Light’.Netflix Malaysia membawakan mereka khas untuk korang temui dan sama-sama berinteraksi di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Terletak di kawasan lapang LG1 Atrium (berdekatan kafe Costa Coffee dan butik ZARA), acara Squid Game ini mula dilangsungkan dari hari ini hingga 31 Oktober nanti.
REMAJA berpeluang untuk menjadi salah seorang pengunjung terawal yang telah menemui patung gergasi setinggi 12 kaki itu serta sempat bergambar dengan beberapa replika permainan yang ada di sekitarnya.
Satu lagi sentuhan unik yang disediakan Netflix Malaysia adalah di kawasan pintu masuk utama Sunway Pyramid; di mana mesin pengimbas suhunya berupa patung gergasi Squid Game.
Pastikan korang tidak bergerak semasa mengimbas suhu tau, harap-harap lampu hijau yang menyala. Kalau tak, rugi je kena tembak sebelum sempat masuk.
Pengunjung juga tidak harus ketinggalan untuk bergambar dengan manager berbaju merah di sana. Cuma pastikan korang menjaga jarak 1 meter dan mereka akan memberikan korang kad bisnes Squid Game untuk dijadikan item kenangan.
Amacam, jom! Untuk mendapatkan ‘feel’ sebelum ke Sunway Pyramid, apa kata korang tonton dulu (atau tonton semula) kesemua episod Squid Game di Netflix. Barulah hati lagi berkobar-kobar!
ARTIKEL BERKAITAN : 7 TEORI Jalan Cerita SQUID GAME Yang Tidak Ramai Sedari, Baru Tahu! – REMAJA
BACA LAGI : Jualan Kasut ‘Slip-On’ Vans Meningkat 7,800% Akibat Squid Game – REMAJA