Mencukur atau merapikan bulu kemaluan bagi kaum lelaki adalah disarankan demi menjaga kebersihan di sekitar alat kelamin.
Namun, anda harus tetap berhati-hati jika ingin mencukur bulu kemaluan kerana jika dilakukan secara sembarangan dan tidak menggunakan alatan yang bersih, ia dapat mengundang masalah-masalah yang lain, antaranya adalah seperti:
• Mencukur bulu sehingga licin adalah berbahaya kerana dapat mengakibatkan wujudnya virus moluskum kontagiosum dengan cepat dan merebak ke seluruh alat kelamin. Ini juga dapat meningkatkan risiko penyakit kelamin.
• Mencukur bulu secara sembarangan boleh menyebabkan ketumbuhan kutil di sekitar alat kelamin. Ianya dapat dikesan dengan benjolan kecil di sekitar tempat tumbuhnya bulu kemaluan yang pernah dicukur. Benjolan itu akan merebak ke bahagian pangkal paha yang akan menyebabkan rasa ngilu dan tegang pada bahagian otot.
• Mencukur secara total dapat mengakibatkan risiko terjadinya radang dan jangkitan pada kulit yang menyebabkan luka dan kegatalan yang melampau.
• Mencukur dengan alatan yang tidak disteril juga dapat mengundang bakteria melalui air yang mengandungi kuman dan dikhuatiri akan dijangkiti jangkitan Herpes.
• Mencukur dalam keadaan tergesa-gesa dapat mewujudkan bukaan pori-pori kulit yang mudah terkena jangkitan dan mempercepatkan penularan penyakit kelamin seperti HiV Aids dan siflis.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang lelaki yang cintakan kebersihan, anda juga perlu tahu apakah tujuan sebenar mencukur bulu kemaluan.
Dengan mencukur, anda akan terhindar daripada bakteria dan kotoran yang menyebabkan jangkitan pada kulit.
Bulu di sekitar kemaluan jika dirapikan dengan sempurna dapat memberikan kesan pada ukuran penis supaya terlihat lebih besar dan bersih. Bulu yang lebat dan tidak terurus hanya membuatkan penis tidak kelihatan bersih dan sihat.
Bau yang tidak enak dari sekitar kemaluan dapat membuatkan anda rasa rendah diri dan menyebabkan tumbuhnya tungau atau kutu kelamin yang tersembunyi di sebalik kemaluan.
Berikut REMAJA sertakan sekali cara-cara untuk meningkatkan kesihatan setelah mencukur bulu kemaluan anda.
• Pilih pakaian dalam jenis cotton kerana lebih mudah menyerap peluh dan mampu mencegah bakteria tidak baik.
• Ganti pakaian dalam anda setiap hari setelah selesai mandi atau ketika hendak masuk tidur.
• Mencuci kemaluan dengan air hangat dan kurangkan menggunakan gel pembersih atau sabun khas untuk pembersih kemaluan kerana ia dapat mengakibatkan iritasi dan pedih.
• Tidak memakai bedak atau deodoran di sekitar alat kelamin kerana bahan kimianya berpotensi menyebabkan iritasi dan kegatalan setelah bercampur dengan peluh.
• Tidak memakai pakaian dalam yang masih basah atau lembab.
• Memakai gunting atau alatan lain untuk mencukur bulu tetapi hendaklah dipastikan ianya masih baru dan benar-benar tajam.
Jika mahu menggunakan alat yang sama dengan penggunaan lebih daripada satu kali, bersihkan terlebih dahulu dengan cairan alkohol.
• Tidak memakai pakaian dalam orang lain atau saling bertukar dengan rakan-rakan kerana dapat menyebabkan penularan bakteria atau penyakit yang tidak diketahui.
Menjaga kesihatan alat kelamin ini sebenarnya tidak susah, asalkan anda mengikuti langkah-langkah yang disarankan ini dan InsyaAllah kebersihan dan kesihatan kemaluan anda turut sama terjaga.