“Kita tidak boleh berbangga dengan mereka yang menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber. Ini (dilakukan) agar mereka boleh menampung pendapatan kerana meraka tidak mempunyai sumber pendapatan tepat.” – Tun M.
Minggu ini, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir sekali lagi mengadakan sesi Facebook Live bernama “Policy Talk”, satu sesi yang seakan sudah menjadi rutin untuk beliau di akaun media sosial.
Antara inti pati yang hangat diperdebatkan oleh beliau dan mendapat reaksi bercampur oleh netizen muda adalah isu kurangnya peluang pekerjaan yang dapat dijamin oleh kerajaan. Lantas, ia menggesa graduan universiti dan kolej untuk beralih kepada pekerjaan menjual nasi lemak dan memandu Uber demi menampung kos hidup sekarang.
Menurut Tun M lagi, pengurangan pembiayaan kerajaan untuk sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) di universiti menyebabkan situasi kurang pekerjaan kerana ia “menyebabkan ketidak seimbangan antara ilmu yang dipelajari dan keperluan industri pekerjaan di luar sana.”
Seperti yang dijangka, ramai netizen terbahagi dua apabila mengikuti sesi Tun M tersebut. Malah, ramai ahli politik lain yang bangkit bersuara, but we will leave that for someone else to report.
Apa yang menjadi persoalan sekarang, apakah bidang perkhidmatan seperti Uber dan bidang perniagaan seperti menjual nasi lemak itu tidak valid untuk dikategorikan sebagai pekerjaan sebenar?
Penulis melihat isu ini dari skop yang lebih terbuka. Zaman sekarang bukan lagi 100% sama dengan keadaan zaman lampau, contohnya 15-20 tahun lalu. Setiap ahli komuniti – tak kiralah komuniti pemandu Uber, komuniti peniaga nasi lemak, komuniti industri seperti di kilang pembuatan atau komuniti di kawasan luar bandar sekalipun – memainkan peranan yang penting.
In today’s world, job opportunity is as limitless as that.
Seorang pemandu Uber bukan sekadar ‘pemandu Uber yang tak dapat kerja yang diidamkan lalu mengambil je peluang yang ada’. Pada zaman sekarang, di Malaysia dan di luar negara, komuniti Uber adalah antara aset yang menjana pendapatan stabil SEKIRANYA bekerja dengan konsisten. Sama je
seperti pekerjaan kritikal lain.REMAJA pernah menemu ramah golongan peniaga nasi lepak tepi jalan dua tahun lalu, salah seorangnya mempunyai ijazah dalam bidang Perakaunan. Sudah tentu, soalan pertama yang kami ajukan adalah, mengapa bertukar bidang?
Katanya, dia mengakui peluang pekerjaan yang kurang di luar sana memerlukan dia mencari alternatif lain untuk menanggung kos sara diri.
TETAPI, dia tidak hanya membuka warung secara semberono saja. Dia bersama seorang partner mengkaji dulu faktor lokasi, kos, permintaan menu yang popular di kalangan pembeli di kawasan itu dan resepi yang perlu dihasilkannya (kesimpulan: ramai pembeli utama mereka menyukai telur goreng berbanding telur rebus)
Dia juga perlu fikirkan bagaimana untuk monetize daripada media sosial, apakah cara promosi yang boleh diperbaiki dan sama ada dia juga perlu melakukan perkhidmatan delivery.
Semua itu sukar sekali untuk dirancang tanpa ilmu asas dalam bidang perniagaan. He studied all that and he makes use of it.
=====================
Oleh itu, sama ada korang nak mengambil kerja apa sekalipun, it is your right and your right alone
, selagi ia tak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.Cuma, ada satu perkara yang perlu penulis tekankan di sini. Sebelum memilih jenis kursus atau program yang ingin dipelajari di peringkat tertiari, please, rancang terlebih dahulu apa yang ingin korang lakukan selepas tamat pengajian.
Jangan hanya mengambil kursus kerana nak nampak glamor. Fikir bagaimana cara untuk gunakan ilmu tersebut semasa bekerja kelak.
Dengan berbuat sedemikian, minda akan mudah terbuka kepada perancangan jangka karier masa panjang. Malah, korang tidak akan stuck-tak-tahu-nak-buat-apa selepas tamat pengajian – senario TIPIKAL yang berlaku sekarang.
Usah percaya dengan janji bulan bintang yang korang akan dibayar tinggi dan bekerja dalam persekitaran selesa. Tiada apa yang mudah dalam dunia pekerjaan sekarang, so be prepared for that.