Mayat seorang lelaki yang ditemukan di dalam sebuah kereta berhampiran tapak jualan but kereta di Kota Damansara, semalam disyaki membunuh diri selepas polis menjumpai arang berasap di dalam kenderaan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Penemuan Mayat Dikerat 6 Dalam Bagasi Di ‘Highway’ Berdekatan Rawang
Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, lelaki tempatan berusia 40-an tersebut dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari.
“Lebih kurang 12.04 tengah hari, Balai Polis Kota Damansara menerima satu laporan berhubunh kematian seorang lelaki.
“Siasatan awal mendapati si mati dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih lima hari,” katanya di dalam satu kenyataan.
Terdahulu, penemuan yang mengejutkan itu dikongsikan oleh salah seorang peserta car boot sale menerusi platform X.
“…ada bau busuk. Ingatkan najis haiwan je. Tapi dari jauh dah bau ye.
“Lepas tu ada orang nampak lelaki terbaring dalam kereta dan kembung macam belon. Ada copy ic di depan kereta dia,” katanya.
ada orang jumpa dead body dalam bezza tu. dengarnya mayat dah lama dalam 3-4 hari tapi orang baru perasan sebab dah berbau. kejadian di carboot sale damansara 😢 pic.twitter.com/VwD7Qtbdl0
— AL (@ciraplaici) December 24, 2023
Turut ditemui dalam kereta satu nota dipercayai ditinggalkan mangsa yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya.
“Tolong hubungi abang atau kakak saya,” menurut nota berkenaan.
Dai’ Farhan BLOCK & UNFRIEND Adik Kandung! Fatin Nafi Nusyuz, Tuduhan Itu Menjatuhkan Maruah Wanita
Kisah rumahtangga Dai’ Nik Farhan yang mengaku sudah menceraikan isterinya, Fatin Nurul Ain di saat isterinya itu sarat mengandung anak kedua terus menjadi bualan masyarakat.
Ternyata di sebalik kisah kontroversi yang menyelubung, adik beradik Dai’ Nik Farhan berdiri teguh di belakang Fatin dan menyuarakan kekesalan hati mereka.
Tindakan Nik Fatma Amirah yang merupakan adik kandung Dai’ Farhan menyuarkan kekesalan di fb miliknya mengukuhkan lagi bahawa Fatin adalah isteri yang teraniaya dalam keputusan perkahwinan ini sehingga mendapat simpati banyak pihak.
Bacalah pendedahan adik Dai’ Farhan sendiri dan luahan hati Fatin mengenai tuduhan nusyuz yang didakwa oleh Farhan yang baginya amat berat untuk diterima dan menjatuhkan maruah wanita.
Semalam adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab.
Saya diblock dan diunfriend oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya.
Sudah berapa minggu saya bersama Kak Fatin, bantu support emosi beliau, datang ke rumahnya sewaktu suami beliau tiada, dengar luahannya dll.
Saya tahu keputusan ini berat untuk beliau terima. Tapi beliau kuat dan redha.
Kalau Mama tak redha, kamu tak akan ke mana!
Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang Mama tidak redha, kamu tidak akan ke mana. Menyesal kemudian tiada guna. Kembalilah ke jalan bahagia.
Mohon semua sahabat doakan semoga Farhan sedar dan kembali semula kepangkuan keluarga.
Untuk 'wanita' yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu.
Kak Fatin, kami ada bersama Kak Fatin. Kita sama-sama uruskan sehingga mahkamah putuskan semuanya nanti.
Allah musta'an.
*Gambar ini sewaktu saya menziarahi Kak Fatin memberi sokongan dan semangat kepadanya.
INI PULA PENDEDAHAN FATIN MENGENAI SITUASI INI, BICARANYA MASIH LEMBUT, ALLAH KESIAN MELIHAT SITUASINYA
JANGAN SEGERA MENGHUKUM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.
1. Kita merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan ialah perancangan dari Allah. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
2. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa pada 19 February 2015 berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019.
3. Saya menerima takdir ini dengan sepenuh hati walaupun secara fitrahnya tiada isteri yang juga bergelar ibu berkehendak perkara ini terjadi lebih-lebih lagi sebelumnya saya menerima kehadiran orang ke-3 dalam hidup keluarga kami.
4. Tulisan saya kali ini bukan untuk menyatakan perasaan saya atau untuk menagih simpati sesiapa kerana saya sentiasa bergantung harap pada Allah dan keluarga saya yang sentiasa berdiri teguh dibelakang saya. Namun, tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz.
5. Seorang isteri dikira nusyuz apabila ingkar atau menderharkai suaminya tanpa sebab munasabah. Dan seorang suami juga dikira nusyuz apabila melakukan kezaliman terhadap isteri. Justeru, berdasarkan definisi ini, saya ingin nyatakan tiada pun tindakan saya yang boleh mengatakan bahawa saya ini nusyuz.
6. Amat berat untuk saya menerima dakwaan seperti ini begitu juga ahli keluarga yang lain kerana ianya mencemar maruah seorang wanita.
7. Jika benar ingin menyatakan saya nusyuz eloklah membawa kes dengan mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah atau Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam bagi mensabitkan seorang isteri itu nusyuz. Biarlah pihak berautoriti yang mengadili. Mahkamah akan mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Bukan hanya satu pihak membuat dakwaan dan terus membuat hukuman sesuka hati.
8. Untuk makluman, bagi tuntutan sabitan nusyuz yang difailkam dengan alasan isteri tidak mentaati suami, pihak mahkamah terlebih dahulu akan mengeluarkan perintah kembali taat dalam tempoh yang sesuai kepada pihak isteri. Jika tempoh masa yang diberikan itu berakhir tetapi isteri masih tidak menuruti perintah mahkamah itu, barulah mahkamah mengistiharkan atau mensabitkan isteri itu nusyuz.
9. Amat malang bagi diri saya, kerana saya menerima hukuman "nusyuz" ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berhadapan dengan respon masyarakat yang pelbagai.
10. Soal saya diceraikan, itu bukanlah perkara yang ingin saya fokuskan kerana sudah takdir jodoh kami sampai di sini. Namun, saya berharap dengan tulisan saya ini dapat sedikit sebanyak mengubati hati keluarga saya yang tidak mampu melihat anak atau kakak mereka dimalukan dengan dakwaan berat (nusyuz) ini sehingga diceraikan tanpa bertentang mata dan melalui saluran mahkamah yang sepatutnya.
11. Berkenaan report polis yang dibuat oleh saya atas nasihat ahli keluarga biarlah pihak polis yang menguruskannya. Segala laporan tersebut saya sendiri yang menyatakannya kerana sayalah orang yang mengalami dan melaluinya. Merasa diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan saya menerima saranan dari keluarga untuk membuat laporan polis. Laporan tersebut bukan untuk menghukum tetapi untuk keselamatan diri saya.
12. Saya sedar, keadaan berlaku ini banyak mencalar imej saya dan bekas suami serta ahli keluarga. Namun, kami perlu menerimanya sebagai ujian dari Allah ini. Siapakah yang berkehendak untuk menjadi perhatian masyarakat dalam hal seperti ini. Apa yang telah berlaku, biarkanlah berlalu dan yang akan datang itulah perkara yang perlu saya fokuskan kerana hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya.
13.Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya. Biarlah pihak keluarga kami uruskan dengan tenang tanpa mendapat perhatian media dan dari semua pihak. Bagi kami masa untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik.
14. Kes yang berlaku ini, tidaklah menghilangkan kebaikan bekas suami saya sebelum ini. Saya tidak mahu memburukkan atau menyalahkan sesiapa. Hal berlaku ini adalah ujian buat diri saya dan keluarga saya. InshaaAllah kami akan harungi dengan bergantung penuh pengharapan kepada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihi.
15. Nasihat saya buat para isteri di luar sana, peliharalah keluarga kita dengan berbekalkan iman dan taqwa. Hanya dengan berbekalkan iman dan taqwa Allah akan memelihara bahtera rumahtangga kita agar sentiasa berada dalam keadaan mawaddah, sakinah dan saadah. Mungkin ujian saya hadapi ini untuk saya fokus mengkuhkan iman dan taqwa dalam diri saya.
16. Ambillah kisah saya ini untuk dijadikan pengajaran bukan untuk diserang atau dihina dan sebagainya. Hanya pada Allah saya bertawakal dan inshaaAllah akan terus berusaha mempertahankan hak saya.
Yang Benar,
(Fatin Nurul Ain )
4 December 2019
Betul ke Farhan tiada di Ghuanzhau seperti didakwa?
Dalam fb Asiah Ab Jalil, peguam yang pertama mendedahkan isu ini memaparkan ig gambar Farhan bersama isteri keduanya bagi menjawap tuduhan dilemparkan terhadapnya. Kata orang biar gambar berbicara.
Gara-Gara Longgarkan Kuarantin Para Menteri, Trending di Twitter #AdhamBabaLetakJawatan
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba ada mengeluarkan kenyataan mana-mana menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara akan dilonggarkan tempoh pemerhatian ataupun kuarantin daripada 10 hari kepada tiga hari.
Menerusi portal rasmi e-Warta Persekutuan, perintah tersebut akan berkuat kuasa pada 9 Februari hingga 1 Ogos ini dan telah dinamakan sebagai ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengencualian) 2021.
Melalui laporan terbitan Astro Awani, perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.
Dr Adham mengecualikan menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta. #AWANInews #HapusCOVID19 #DisiplinMalaysia https://t.co/caQftK8gcc
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) February 8, 2021
Namun, sejak pagi tadi trending di Twitter satu hashtag yang menggesa Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba untuk meletak jawatan susulan kenyataan yang dikeluarkan berhubung kuarantin yang melibatkan menteri-menteri.
Hanya kuarantin 3 hari
Susulan daripada itu, rata-rata warganet meluahkan rasa risau dengan peningkatan kes baru Covid-19 dan tidak bersetuju berikutan kenyataan tersebut tidak selaras dengan arahan yang dikeluarkan untuk rakyat dimana perlu menjalani kuarantin dalam masa 10 hari.
Wow double standard #AdhamBabaLetakJawatan https://t.co/qyZeuzWhcX
— 𝕹𝖆𝖟𝖎𝖗𝖆⁷ (@annaziraaa) February 9, 2021
Hmm…mungkin ada sebab kenapa Kementerian Kesihatan keluarkan kenyataan sebegini kan. Sebenarnya kerajaan kita sudah melakukan sehabis baik demi menjaga kebajikan setiap rakyatnya. Jika mahu dibandingkan dengan negara lain, tidak keterlaluan jika kami katakan Malaysia adalah antara yang terbaik dalam menangani situasi sekarang. Ala chill la korang dah biasa kan terkurung dirumah kan..hehehe
Selepas 8 Tahun Tragedi Pesawat MH17, Australia Dan Belanda Ambil Tindakan Undang-Undang
Selepas 8 tahun berlalu peristiwa pesawat MH17 milik Malaysia Airlines ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
Untuk rekod sebelum ini, 4 orang suspek dan dalang telah dinamakan di mana tiga darinya adalah warga Rusia dan seorang warga Ukraine. Tiga warga Rusia ini ialah Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine, Leonid Karchenko akan dihadapkan ke mahkamah apabila kes perbicaraan bermula pada 9 Mac 2020.
ARTIKEL BERKAITAN : Pilot Tembak Jatuh Pesawat MH17 Mati Bunuh Diri, Alami Depresi Selepas Dituduh…
Tidak terus berdiam, terbaru negara Australia dan Belanda pula telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rusia melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa setelah kes jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17.
Tindakan undang-undang ini bakal memaksa Rusia untuk mengambil bahagian dalam rundingan dengan kedua-dua negara dan juga boleh dihukum oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kedua-dua negara iaitu Australia dan Belanda telah memohon pampasan dan permohonan maaf daripada kerajaan pimpinan Vladimir Putin atas bencana MH17 yang menyaksikan 298 orang termasuk 38 rakyat Australia menghembuskan nafas terakhir apabila ia ditembak jatuh di Ukraine pada 2014.
Memetik laporan The Guardian, Menteri Luar Australia iaitu Marise Payne dan Peguam Negara Australia iaitu Michaelia Cash mengumumkan semalam bahawa Australia dan Belanda akan mengambil tindakan di bawah Artikel 84 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa serta mendakwa Rusia melanggar Konvensyen Chicago yang menyokong undang-undang penerbangan.
Marise berkata Australia masih dengan prinsipnya sejak Mei 2018 iaitu Rusia bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa yang menyebabkan pesawat MH17 ditembak jatuh.
“Keengganan Rusia untuk bertanggungjawab terhadap peranannya dalam menjatuhkan pesawat MH17 tidak boleh diterima sama sekali dan kerajaan Australia sentiasa berkata bahawa kami tidak akan mengecualikan apa-apa pilihan undang-undang dalam usaha mencari keadilan,” tambahnya.
Hmm…tiba-tiba nama Malaysia muncul di tengah ketegangan politik dunia sekarang…huhu
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: The Vocket