Sabtu lepas, pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 ini ditemui di Concorde Hotel Kuala Lumpur untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai juri uji bakat Hero Dewi Remaja 2023.
Meski penat setelah seharian melakukan penilaian dan penjurian bagi setiap peserta yang hadir, pelakon berusia 23 tahun ini akui bahawa dia mula sedar perspektif selaku seorang juri.
“Akhirnya saya sedar dua perspektif berbeza, sebab bila kita dah berada di kerusi juri, kita dapat lihat setiap sudut karakter seseorang itu dan saya lebih faham apa yang pihak juri mahukan dari bakal Hero dan Dewi Remaja selama ini,
“Sejujurnya perkara itu telah menyedarkan saya. Patutlah aku kena try Hero Remaja sebanyak empat kali sebelum ini,” akuinya.
Bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu itu turut melemparkan nasihat kepada para peserta agar tidak berputus asa, meski setelah gagal berkali-kali dalam uji bakat Hero Dewi Remaja sebelum ini.
“Nasihat saya buat peserta yang sedang mencuba nasib untuk menempah nama dalam industri seni hiburan adalah untuk jangan sesekali berputus asa. Percaya pada kebolehan diri sendiri sebab dalam dunia ini, anda hanya ada diri sendiri untuk bergantung,” nasihatnya lagi.
Meski ditolak berkali-kali sebelum ini oleh pihak juri Hero Remaja, anak seni ini percaya bahawa aturan rezeki itu tidak pernah silap dan akan datang tepat pada masanya.
“Sejujurnya yang mendorong saya untuk mencuba sebanyak empat kali adalah diri saya sendiri. Setiap kali gagal diterima di uji bakat, saya akan pujuk diri sendiri sebaik mungkin,
“It’s okay Amir, tahun depan cuba lagi. Kalau tahu depan kena reject juga, cuba lagi sekali tahun depannya pula. Sampailah umur aku melepasi limit yang ditetapkan,” jelasnya.
Akui bahawa dari kecil, dirinya suka menghiburkan orang lain dan ingin melihat senyuman terukir di wajah orang tersayang menerusi persembahannya, pelakon berbakat ini enggan menoleh ke belakang lagi dan akan terus mengorak langkah dalam dunia lakonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
KREDIT FOTO: Instagram Amir Ahnaf, REMAJA
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merupakan anak bongsu kepada 9 beradik yang 7 daripadanya adalah adik-beradik tiri, Alif Haiqal dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan secara tidak langsung mendidik dirinya untuk lebih berdikari. Selepas tamat persekolahan, Haiqal sudah mula bekerja bagi membantu keluarganya untuk memperoleh pendapatan.
Pernah bekerja sebagai pelayan restoran dan personal shopper di sebuah pasar raya, Haiqal tidak malu untuk mengakuinya dan menganggap setiap pekerjaan yang dilakukannya itu sebagai pengalaman serta dapat mengajar dirinya untuk menjadi seorang individu yang lebih matang.
Sewaktu pandemik ini, Haiqal juga turut membantu ibunya yang bekerja sebagai tukang masak di rumah kebajikan warga emas.
“Setiap pagi, mak saya akan menyediakan sarapan pagi untuk opah-opah di Mesra Home. Jadi, saya akan membantu mak melakukan kerja-kerja memasak, seperti memotong sayur dan sebagainya. Selepas itu, kami akan menghidangkan kepada mereka dan kemudiannya, tugas saya pula untuk membersihkan segala pinggan dan cawan yang telah digunakan,” jelas Haiqal.
Disebabkan ibunya keluar bekerja, Haiqal mengambil tugas menyiapkan makanan buat ahli keluarganya yang lain.
“Selepas membantu mak di pusat jagaan warga emas itu, Haiqal akan pulang ke rumah untuk memasak. Sebelum PKP ni saya jarang luangkan masa bersama keluarga sebab busy dengan kerja. Jadi sepanjang PKP ni saya ambil kesempatan untuk bantu mereka semampu mungkin,” tambahnya lagi.
Melihatkan kesungguhan Haiqal, jelas sekali finalis Hero Remaja 2021 ini sangat berdikari dan mampu menguruskan diri dan keluarga dengan baik. Dengan minat yang mendalam terhadap industri hiburan, Haiqal juga berharap agar dia mampu untuk mengubah nasib keluarganya dan diberi peluang mengembangkan bakat yang ada dalam diri.
Korang juga boleh mengundi Haiqal untuk kategori Hero Favorite di laman web remaja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Program tahunan World Quran Hour dan Malaysia Quran Hour bermatlamat untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Melalui program itu umat Islam berpeluang untuk meluangkan masa selama satu jam sehari untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran disamping mendidik umat Islam supaya sentiasa membaca al-Quran secara berterusan pada setiap hari dan bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja.
Finalis Pencarian Hero Remaja 2017 juga tidak ketinggalan menyokong kempen Malaysia Quran Hour yang berlangsung, baru-baru ini, jom kita tengok gelagat mereka.
Hero Remaja pun sokong… anda bagaimana?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka nasibnya daripada hanya menjadi pekerja bank seterusnya berubah apabila berjaya menempatkan diri di dalam Pencarian Hero Remaja kira-kira 10 tahun yang lalu.
Rozaidi Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkongsi kisahnya sewaktu mula-mula menyertai program Hero Remaja suatu ketika dahulu.
“Semuanya yang berlaku tidak dijangka kerana pada mulanya sepupu saya saja-saja menghantar borang penyertaan kepada Majalah Remaja bagi pihak saya. Niatnya yang ingin bergurau akhirnya menjadi satu titik permulaan untuk membuka peluang buat saya menceburkan diri dalam bidang seni,”
“Bermula dengan menjadi orang pertama yang muncul sebagai wajah penghias kulit, saya juga merupakan orang pertama yang menjawab soalan dari pihak Remaja. Sering menjadi antara yang pertama, tak sangka pula bila di hari final pencarian Hero Remaja saya juga dinobatkan sebagai tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Hehe..,” jelas Zed Zaidi.
Bercerita tentang kehidupannya sebelum masuk ke program Hero Remaja, Zed mengakui dirinya hanya seorang remaja biasa yang bekerja di bank dan cuba untuk masuk ke dalam industri seni untuk mencari duit poket.
“Bila dah diterima masuk menjadi peserta, niat saya memang ingin mencari duit lebih dengan menceburkan diri dalam bidang lakonan dan modeling. Selepas sahaja memenangi Hero Remaja, saya diterima menjadi hos dalam sebuah rancangan yang disiarkan di Astro Ria iaitu Lasak,”
“Daripada situ bakat saya dilihat dan seterusnya mendapat tawaran berlakon. Sehinggalah saya berlakon drama Sembilu yang pada ketika itu mendapat sambutan hangat daripada penonton. Jika diingatkan kembali, tanpa Hero Remaja memang orang tidak akan kenal saya kerana semua yang saya ceburi sekarang ini bermula dengan penglibatan dalam program Hero Remaja,” jelas Zed yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Seniman.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, seorang pakar undang-undang Korea Selatan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas mempertikaikan tindakan pelakon terkenal, Lee Si Young yang dikatakan hamil...