Patutlah Brickfields Kuala Lumpur Sesak Hari Ini, Rupanya..

Share

Jika korang pelik mengapa keadaan trafik di Brickfields Kuala Lumpur agak sesak bermula Isnin lalu hinggalah hari ini, korang tak keseorangan.

 

Ini kerana hari ini menandakan perayaan bulan ke-sepuluh dalam kalendar Tamil, yang lebih popular dengan gelaran Pesta Ponggal.

Masyarakat India menyambutnya kerana tarikh ini dianggap membawa tuah. Lalu mereka akan menyediakan nasi manis (Ponggal) dan memuja Dewa Matahari, Bumi dan Lembu.

Pesta Ponggal sebenarnya telah bermula sejak semalam dengan sambutan Bhogi.

Ia adalah amalan membakar barang lama dan lusuh yang mereka miliki. Rumah juga turut dibersihkan sebagai simbol permulaan baru kepada bulan mulia mereka..

Pada hari ini pula, pengunjung berbangsa India memenuhi ‘lokasi wajib’ seperti Little India di Klang dan Brickfields di Kuala Lumpur yang ingin membeli periuk tanah, tebu, susu dan daun kunyit untuk membuat persediaan saat-saat terakhir bagi meraikan pesta Ponggal.

Disebabkan itulah, keadaan trafik pada hari ini di dua lokasi itu agak sesak. Malah jika korang melihat di kiri-kanan simpang jalan, masyarakat India juga dilihat menyarungkan pakaian tradisional untuk merayakannya.

Apapun, REMAJA ucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada masyarakat India di seluruh negara!

Sumber: BERNAMA

Published by
FZ