Patutlah Islam Haramkan Arak, Kajian Bukti Ambil Alkohol Rosakkan Otak Walaupun Sedikit

Share

Untuk orang Islam walau hanya setitik dan tidak memabukkan, arak tetap haram.

“Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh kerana itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar (arak) dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?” (al-Maidah: 90-91).

Sumber Gambar : Pexels

Arak ialah minuman yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal peminumnya. Bukan agama Islam sahaja yang mengharamkan arak, agama lain turut melarang penganutnya minum arak kerana ia memudaratkan kesihatan serta perlakuan mereka.

Kajian sebelum ini ada mengatakan meminum jumlah alkohol yang sedikit tidak merosakkan kesihatan. Namun, sebuah kajian terkini dari University of Oxford mendakwa alkohol tidak selamat diminum walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Ia berdasarkan kajian hubungan antara pengambilan alkohol dengan kerja otak yang mana melibatkan data dari 25,378 peserta dari pelbagai latar belakang usia, jantina dan tahap pendidikan.

Kemudaratan alkohol kepada sistem saraf dan otak (neuropsychiatry) merupakan kesan jangka panjang alkohol yang paling kerap dilaporkan di kalangan orang dewasa.. Antara kesan alkohol kepada kesihatan mental ialah;

  • Kecelaruan tingkahlaku dan fikiran
  • Keresahan dan kebingungan
  • Kekeliruan
  • Kebergantungan kepada alkohol
  • Hilang ingatan sementara atau kekal
  • Kemurungan
  • Kecenderungan untuk membunuh diri
  • Psikosis

Rosakkan Otak Walaupun Kuantiti Sedikit

Para penyelidik mendapati, mereka yang minum alkohol akan berlakunya pengurangan jirim kelabu otak – bahagian yang memproses informasi sebanyak 0.8%. Walaupun peratusannya kecil, ia sehingga empat kali lebih berbanding kesan pengambilan bahan tembakau.

Mereka juga mengkaji tahap kuantiti minuman beralkohol, jenis minuman dan mendapati bahawa tidak kira besar atau kecil kadar pengambilannya, tetap menyumbang kepada kerosakan otak.

Sementara itu, tekanan darah dan BMI juga lebih tinggi pada mereka yang mengambil alkohol walaupun dalam jumlah yang sederhana.

Garis panduan Ketua Pegawai Perubatan United Kingdom pada tahun 2016 juga menyatakan tidak terdapat kadar selamat untuk pengambilan alkohol (no safe level of alcohol consumption). Ini membawa kesimpulan bahawa tiada istilah ‘selamat’ dalam pengambilan alkohol.

Jadi kalau korang sayangkan diri elak la mengambil minuman yang memudaratkan tubuh badan ni. Kang banyak lagi minuman yang boleh korang minum…huhu

Sumber: The GuardianMy Health

 

Published by
Nana