Setelah sekian lama menantikan pembukaan Pavilion Bukit Jalil yang mudah dilihat daripada tepi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), ia akhirnya dapat mula dikunjungi oleh orang ramai bermula hari ini.
Bagi penduduk di kawasan sekitarnya seperti dari Sri Petaling, Puchong dan Bukit Jalil, tentunya sudah lama korang melihat kerja-kerja pembinaan pusat membeli-belah kedua di bawah pengurusan dan kelolaan syarikat Paviilion ini. Kedudukan di tengah-tengah tiga kawasan kejiranan ini membuatkan ia mudah diakses oleh seisi keluarga.
Kini, korang tidak lagi perlu mengharungi trafik sesak semata-mata untuk ke Pavilion Kuala Lumpur! *Yay* Tambahan pula dengan keluasannya sehingga 1.8 juta kaki persegi, pastinya banyak aktiviti serta tarikan menarik yang akan dilangsungkan di sini dari semasa ke semasa.
Bersempena pembukaan rasminya pada hari ini, REMAJA berkesempatan untuk meninjau Pavilion Bukit Jalil. Seperti yang dijangka, orang ramai mula untuk ‘menyerbu’ port baharu dan jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat pada hujung minggu ini hinggalah ke akhir tahun apabila tiba musim cuti sekolah.
Biarpun masih banyak stor yang belum dibuka (kebanyakan meletakkan poster di hadapan stor bagi mengumumkan ia bakal dibuka tidak lama lagi, pihak Pavilion Bukit Jalil tetap menyediakan dekorasi bersempena perayaan Hari Natal pada bulan ini di bahagian ‘centre court’.
Selain dekorasi tersebut, ini merupakan lima lagi spot menarik untuk korang mengambil foto OOTD semasa ke sini kelak. Jom lihat antara foto-foto menarik yang telah dikongsikan di media sosial.
*
Bergantung kepada lokasi kediaman masing-masing, Pavilion Bukit Jalil mudah diakses melalui laluan lebuhraya seperti MEX, MRR2, KESAS, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya Damansara-Puchong. Selain itu, ia juga berdekatan dengan stesen pengangkutan awam seperti LRT Awan Besar, LRT, Bukit Jalil dan LRT Sri Petaling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.