
Terengganu adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang melaksanakan pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan perempuan di panggung wayang.
Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga Square merupakan pawagam pertama yang patuh Syariah kerana mewujudkan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan wanita bukan mahram kira-kira beberapa bulan yang lalu.
Terbaru, Paragon Cinema di KTCC Mall juga mula beroperasi hari ini dan sekali gus menjadikan ia sebagai pawagam ketiga di negeri Terengganu yang patuh Syariah.
Paragon Cinemas KTCC Mall menempatkan 10 buah dewan tayangan kesemuanya dengan kapasiti 1 dewan ATMOS dengan muatan sehingga 232 kerusi, dan 1 dewan skrin gergasi dengan saiz skrin sebesar 18 meter memuatkan 276 kerusi menjadikan Hall 10 Paragon Cinema Kuala Terengganu ini adalah antara yang terbesar di Pantai Timur dan jumlah kerusi yang dimuatkan secara keseluruhan adalah sebanyak 1516 kerusi.
Walau bagaimanapun, bagi pembukaan pawagam ini hanya lima buah dewan sahaja dibuka untuk tayangan percuma selama seminggu (filem-filem 2019) dan juga tayangan berbayar bagi filem terbaru.
Korang berpeluang untuk menebus tiket percuma maksimum 4 tiket untuk sekeping borang tuntutan.
Sebelum ini, peraturan pengasingan tempat duduk yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ini dilancarkan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh Syariah.
Ini merupakan salah satu inisiatif yang terbaik bagi kerajaan Terengganu untuk terus memantau dan menjaga batas-batas pergaulan di negeri tersebut.
Sumber: kakimuvee
Apa Risiko Berkahwin Dengan Lelaki Diisytiharkan Muflis? Ini Gadis Kena Tahu

Dari segi kuat berbelanja, ramai kaitkan tabiat ini dengan orang perempuan. Kata mereka lihat orang perempuan, shopping tak ingat dunia! Malah ada sesetengah perempuan berpendapat, window shopping atau membeli satu barang adalah terapi minda di saat stres.
Orang lelaki dilihat lebih cool. Macam tak nampak kuat berbelanja tapi rupanya itu omongan kosong semata-mata. Ternyata lelaki lebih ramai diisytiharkan muflis dan bankrap berbanding wanita.
Dalam sidang Dewan Rakyat dua hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, seramai 56,173 lelaki diisytiharkan muflis, iaitu lebih sekali ganda daripada 24,452 wanita yang bankrap sejak 2015 hingga Ogos lalu.
.
Katanya, dalam tempoh itu juga, individu berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap, iaitu 28,296 kes.
Wow, ini usia paling ramai lelaki sudah berumahtangga. Adakah tekanan atau ada desakan dari isteri yang mahukan macam-macam membuatkan orang lelaki berbelanja lebih? Ini hanya pertanyaan semata-mata ya.Kami harap tidak ramai lelaki yang marah!
Usia 25-34 Tahun juga ramai, adakah selamat untuk bakal pengantin perempuan nikahi lelaki begini?
Dalam pada itu, dalam artikel dari portal Free Malaysia Today, Datuk Liew Vui Keong memaklumkan, lelaki yang berusia di bawah 25 tahun yang diisytiharkan muflis adalah seramai 476 kes.
Tapi apa yang menakutkan, pada usia 25-34 tahun sebanyak 20,461 kes mencatatkan muflis yang mana pada usia ini kebanyakan lelaki tentunya berfikir mahu berumahtangga.
Boleh tak korang bayangkan apa akan jadi kalau future husband muflis pada seawal usianya itu. Sesuatu yang gadis kena ingat, apabila diisytiharkan muflis, sebarang pembiayaan tak boleh dibuat ya termasuk pembelian rumah, kereta dan macam-macam lagi. Jadi semua loan akan dilakukan oleh pasangan. Bersedia ke?
.
Ketahui apa risiko bila diisytiharkan muflis?
Dalam satu perkongsian artikel oleh Compare Hero.Com, mereka ada menulis berkaitan muflis ini. REMAJA kongsikan sebahagian darinya.
Apa Akan Terjadi Setelah Seseorang Diisytiharkan Muflis?
Diisytiharkan muflis bermaksud individu tersebut akan dikenakan berbagai halangan. Berikut adalah apa yang akan terjadi setelah individu telah diisytiharkan muflis:
Di bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi
Setelah diisytiharkan muflis, individu tersebut akan berada dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir semua asset individu tersebut dan mengendalikannya untuk membayar hutang. Jadi setelah muflis, kesemua aset individu akan diletakkan dibawahan pengendalian KPI.
Had perjalanan
Individu yang muflis tidak dibenarkan untuk keluar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapatkan perintah mahkhamah yang membenarkannya keluar dari negara.
Kredit terhad
Akaun bank yang sedia ada akan dinyahaktifkan dan individu muflis dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada. Selain daripada itu, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau dapatkan kredit lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang.
Semua aset dirampas
Selepas diisytihar muflis, kesemua aset milik individu muflis akan dikendalikan oleh KPI. Jadi sebagai contoh, rumah dan kereta milik individu muflis tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI untk digunakan untuk membayar hutang.
Had pekerjaan
Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa. Contoh pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja adalah:
- Peguam
- Juru Ukur
- Akauntan
- Doktor
Selain daripada itu, individu muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Individu muflis tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan. Jadi setelah muflis, individu tersebut tidak boleh melakukan sebarang perniagaan.
Jadi dah sedia maklumkan apabila seseorang individu itu diisytiharkan muflis dan lihat kesannya kalau yang terlibat adalah lelaki yang menjadi ketua keluarga.
Dalam sidang Dewan Rakyat lagi, Datuk D Liew Vui Keong turut memaklumkan, di usia 45-54 tahun pula mencatatkan sejumlah 20,353 kes, sementara mereka yang berumur 55 tahun ke atas berjumlah 10,415 kes bermula 2015 sehingga Ogos 2019,” katanya di Dewan Rakyat.
.
Melayu paling ramai muflis
Dari segi pecahan kaum sejak 2015 hingga Ogos lalu, Liew berkata, orang Melayu paling ramai diisytiharkan muflis, iaitu 45,147 kes, diikuti Cina sebanyak 20,914 kes.
“Bagi kaum India pula jumlahnya 9,127 kes, sementara bangsa lain berjumlah 5,437 kes.”
Beliau menjawab pertanyaan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) yang ingin tahu jumlah rakyat diisytiharkan muflis dari 2015 hingga Ogos 2019 dari segi pecahan umur, kelas dan kaum serta strategi kerajaan untuk membantu mereka.
Berbelanja luar kemampuan
“Tidak dinafikan golongan belia pada masa kini dipengaruhi trend terkini yang menyebabkan mereka berbelanja di luar kemampuan pendapatan.
“Antara langkah dan strategi kerajaan bagi membantu golongan ini ialah memberi kesedaran serta kefahaman kepada individu itu dan masyarakat tentang risiko atau kesan perintah kebankrapan.
“Kesedaran ini dapat diterapkan melalui pendidikan dan pendekatan perbelanjaan berhemah,” kata Liew sambil menambah kerajaan melalui Jabatan Insolvensi turut melaksanakan program bagi mewujudkan kesedaran masyarakat.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan individu yang diisytiharkan muflis sejak dulu hingga Ogos tahun ini ialah 300,908 orang.
“Pihak insolvensi berjaya membebaskan lebih 30,000 kes daripada jangkaan masa yang saya sebutkan tadi daripada keseluruhan 300,908 kes.
“Jabatan Insolvensi juga aktif mengemas kini rekod muflis sebelum merdeka dan zaman 60-an. Saya juga ambil maklum ada yang muflis lebih 15 tahun.
“Kita mencadangkan mereka yang terlibat datang ke Jabatan Insolvensi membuat permohoan melalui peguam mereka untuk mendapatkan kebebasan.”
Kisah Si Beruang Comel Paddington Buat Korang Rasa Nak Picit-Picit Je Dalam Panggung

Isi Kandungan
ToggleTiga tahun selepas tayangan Paddington, kehadiran sekuel filem ini pasti tidak menghampakan anda kerana jalan cerita yang sarat dengan aksi lucu si beruang comel, Paddington Brown dalam menyelesaikan kes rompakan.
Kalau nak tahu filem ini mendapat rating 9/10 di Rotten Tomatoes dengan 100% Tomatometer. Perghh! Tak salah kalau kami katakan bahawa Padington 2 adalah antara filem wajib tonton untuk penutup tahun ini.
Kisah bermula apabila Paddington sedaya upaya cuba mengumpul duit untuk menghadiahkan sebuah buku istimewa tentang Kota London yang dilihatnya di sebuah kedai antik kepada Aunt Lucy yang telah bersusah payah membesarkannya. Harga yang ditawarkan sangat mahal dan kerana itu dia berusaha melakukan kerja sebagai pencuci tingkap untuk mendapatkan wang.
Namun, impian Paddington lebur bila buku tersebut telah dicuri di depan matanya dan dia berusaha mengejar perompak itu. Malangnya, dia tidak berjaya malah dituduh sebagai perompak dan dihantar ke penjara kerana gagal membuktikan kewujudan pencuri sebenar.
Bermulalah kisah duka Paddington dalam misi menjejak perompak yang telah menghancurkan impian makcik kesayangannya.
Selain watak Paddington, kami tertarik dengan lakonan Hugh Grant yang membawa watak berbeza daripada selalu. Selama ini, kita sering melihat wataknya sebagai Mat Romeo, tapi kali ini dia berjaya memegang watak jahat dengan lucu. Not bad, memang menjadi!
Kehadiran watak sampingan banduan dalam penjara juga berjaya memberi kesan bagi menguatkan lagi jalan cerita filem ini. Kehidupan dalam penjara yang ditonjolkan sedikit sebanyak beri kelainan dengan membawa penonton lari daripada skeptikal kesengsaraan banduan.
Pada kami, scene penjara merupakan antara babak yang berjaya mencuit hati kerana kehadiran telatah kawan-kawan Paddington yang sering menghiburkan.
Keluarga Brown juga dilihat antara individu yang selalu menyokong dan mempercayai Paddington kerana mereka merupakan penjaganya ketika di Kota London. Apa saja sanggup dilakukan demi mencari tahu tentang pencuri sebenar.
Aksi klimaks filem ini pula membuatkan penonton tak senang duduk kerana memikirkan adakah Paddington berjaya mendapatkan semula buku istimewa Kota London tersebut?
Rasa macam nak masuk sekali dalam movie ni pun ada sebab nak tolong si kiut miut Paddington tu.
Tak mahu cerita panjang-panjang lagi, apa kata anda saksikan sendiri filem Paddington 2 yang kini sudah pun ditayangkan di seluruh pawagan tanah air.
Sebab beruang ni comel sangat, kami berbesar hati nak bagi merchandise Paddington 2 (Button Batch, Sticker & Tote Bag) secara percuma untuk anda. Hanya jawab dua soalan mudah ini dan hantarkan jawapan melalui Direct Messenger (DM) di Instagram @majalahremaja .
Soalan 1
Siapakan nama makcik kesayangan Paddington?
Soalan 2
Siapakah nama keluarga yang menjadi penjaga Paddington ketika di Kota London?
Sertakan butiran berikut bersama jawapan anda nanti..
Nama penuh:
Nombor IC:
Alamat:
No. Telefon:
Walaupun Jadi Mangsa Siber Buli, Miss Malaysia Universe Tak Mudah ‘Lembik’ & Patah Semangat

Nampak glamor, tetapi kehidupan di bawah spotlight tidak sentiasa indah.
Lebih-lebih lagi jika korang adalah public figure seperti Miss Malaysia Universe 2018, Jane Teoh yang bakal mewakili negara ke peringkat akhir pertandingan Miss Universe kelak.
Sejak kemenangan Jane pada Januari lalu, ada saja ‘suara negatif dan kadangkala kedengaran kurang beradap’ yang muncul di setiap posting Instagram yang dimuat naik oleh Jane. Seakan tidak berpuas hati dengan pemilihannya ke pentas dunia, bukan komen konstruktif yang diberi – hanya menyalak saja yang dilakukan oleh sebahagian kecil ‘pengikutnya’.
Lalu penulis bertanya kepada Jane baru-baru ini, bagaimana dia menghadapi isu buli siber SETIAP HARI?
“Apa yang boleh saya lakukan hanyalah fokus kepada diri sendiri terlebih dahulu. Saya ambil masa yang ada ini untuk memperbaiki kelemahan diri. Mengenai komen negatif tersebut, saya tolak ke tepi saja kerana saya tidak boleh menutup mulut mereka.
“Isu buli siber terutamanya yang melanda wanita di Malaysia ini berkait rapat dengan isu women empowerment sesama kita. Untuk hentikan isu buli siber dan diskriminasi wanita, ia perlu hadir daripada kaum wanita sendiri.
“Saya juga selalu ingatkan kepada diri sendiri. Buang rasa tidak puas hati, rasa cemburu dan sokonglah agenda positif yang wanita bawakan agar lelaki dapat melihatnya dan belajar daripada kita,” kata Jane yang juga merupakan salah seorang penghias cover Majalah Remaja, kali ini.

* * * * *
Ada benarnya apa diperkatakan oleh Jane. Jika kita tak habis-habis ingin menjatuhkan sesama sendiri, sampai bila kita boleh ke hadapan.
Lihat saja pada negara luar, mereka sebolehnya ingin wakil negara berjaya di peringkat antarabangsa. Mengapa tidak kita berikan sokongan padu kepada wakil negara kita sendiri. Mencaci saja tidak akan membantu menyelesaikan apa-apa.
Remaja menyokong Jane untuk menggunakan platform Miss Malaysia Universe ini agar dia boleh menyampaikan mesej positif kepada remaja muda dan sebaya usianya.
Katakan tidak kepada buli siber!
