Berita baik buat pengusaha pawagam dan peminat yang sudah merindui untuk menonton filem di panggung, aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB da PKPP sudah dibenarkan beroperasi tertakluk kepada pematuhan SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pihak pawagam perlu mengikut Prosedur Operasi Standard yang meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.
Ramai peminat menzahirkan rasa teruja untuk menonton filem di pawagam semula.
Berikut antara filem-filem yang akan ditayangkan pada Mac ini.
Ads
1. Raya and The Last Dragon
Pelakon: Kelly Marie Tran, Awkwafina, Gemma Chan, Daniel Dae Kim, Sandra Oh, Alan Tudyk
Tanah naga yang wujud daripada 5 clans tidak lagi didiami oleh naga kecuali seekor naga yang bernama Susi. Ketika kuasa jahat menyerang tanah tersebut, seorang pejuang bernama Raya mencari naga terakhir, Susi yang dipercayai boleh menyelamatkan mereka.
2. Demon Slayer – Kimetsu No Yaiba The Movie: Mugen Train
Filem sekuel daripada siri anime 2019 “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba” ini menceritakan tentang Tanjiro dan kumpulannya setelah mereka berjaya menyelesaikan latihan di Butterfly Mansion. Mereka kini sedang berusaha untuk menangani kes yang melibatkan lebih daripada 40 orang hilang secara misteri di dalam kereta api Mugen.
Mengisahkan tentang Nobita yang telah berjaya mengubah masa depannya menjadi lebih baik dan bernikah dengan Shizuka. Namun, kerana putus asa, dia memutuskan untuk kembali dengan nenek kesayangannya yang meninggal dunia ketika dia masih di tadika.
Neneknya gembira apabila Nobita telah kembali ke masa lampau dan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan bakal pengantin perempuan cucunya itu.
Filem Thai ini menceritakan tentang Ina yang terbeban dengan hutang setelah bekas kekasihnya melarikan diri. Dia melihat peluang untuk membalas dendam kepada bekas kekasihnya itu setelah berjaya menangkap seorang penipu yang menipunya. Daripada melaporkan penipu kepada polis, dia mengupah si penipu tersebut untuk membantunya menipu bekas kekasihnya.
Ads
5. Don’t Look Back
Pelakon: Kourtney Bell, Will Stout, Skyler Hart
Caitlin Kramer adalah seorang wanita yang berusaha untuk beralih dari masa lalu yang tragis. Suatu hari, dia dan beberapa orang lain menyaksikan seorang lelaki diserang hingga mati. Selepas kejadian itu, saksi mati secara misteri satu persatu. Sebelum dia menjadi mangsa, Caitlin harus mengetahui apakah ini adalah tindakan balas dendam yang disebabkan oleh pembunuh yang berkaitan dengan kematian lelaki itu?
6. Godzilla Vs Kong
Pelakon: Alexander Skarsgard, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González
Ketika umat manusia berjuang untuk masa depannya, makhluk kolosal Godzilla dan Kong bertembung satu sama lain dalam pertempuran. Misi Raja ke wilayah yang belum dipetakan menggali petunjuk mengenai asal-usul Titans dan konspirasi manusia mengancam untuk menghapus kewujudan Godzilla dan Kong di bumi selama-lamanya.
Tapi nampak gayanya, peminat Kpop di Malaysia kena berjimat cermat dan menabung kerana satu lagi Kumpulan pop terkenal dari Korea Selatan, bakal terbang ke Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan, SUPER JUNIOR sedang melakukan konsert jelajah dunia mereka ‘SUPER SHOW 9 : ROAD’ di pelbagai wilayah seluruh dunia, termasuk Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur sendiri.
Terbaru, penganjur untuk konsert SUPER JUNIOR di Kuala Lumpur iaitu Star Planet, telah mengumumkan bahawa kumpulan itu akan membuat persembahan di Axiata Arena pada 10 Oktober 2022 ini jam 5 petang.
Tambahan, maklumat lanjut untuk konsert SUPER JUNIOR ‘SUPER SHOW 9: ROAD in Kuala Lumpur’ akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Sebelum ini konsert artis popular Korea Selatan, Super Junior World Tour – Super Show 8: Infinite Time in Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada 1 Mac lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil telah dibatalkan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda ketika itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, pelakon meningkat naik, Zaki Azeman akhirnya memaklumkan dia dan isteri tercintanya yang juga personaliti media sosial, Siti Nur Shahira Ahmad atau Raa Suzuran bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon drama popular Ombak Rindu The Series itu menerusi sebuah hantaran video di platform Instagram miliknya.
“Bismillahirrahmanirrahim Aku Terima Orang Ketiga Sepenuh Hatiku #ZRJunior.” coretnya ringkas.
Menerusi hantaran tersebut turut dilihat pelakon tinggi lampai itu sempat mengimbau semula momen manisnya bersama isteri tersayang ketika di mailis resepsi mereka, pada tahun lalu.
Pelakon Telefilem Telunjuk Iblis itu bagaimanapun masih ‘merahsiakan’ jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menumpang gembira atas berita tersebut selain mereka mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
“Syukur Alhamdulillah, tahniah brother and family,” komen penyanyi Mark Adam.
“MasyaAllah Tabarakallah, tahniah both of you. Alhamdulillah,” komen juga penyanyi Farisha Iris.
Sekadar infotmasi, Zaki dan Raa Suzuran telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Mei 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Dato’ Sri Rossa sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Populariti penyanyi asal Indonesia yang memuncak menerusi lagu-lagu hit menjadikan beliau seorang ikon dalam dunia muzik Nusantara.
Sama ada anda tahu atau tidak, penyanyi bersuara merdu ini memiliki seorang cahaya mata lelaki. Diberi nama Rizky Langit Ramadhan, persona dan juga wajah kacak remaja berkulit putih bersih dan berambut panjang ini membuatkannya menjadi perhatian.
Bakal Menginjak Usia 16 tahun
Rizky Langit Ramadan bakal menginjak usia 16 tahun pada 3 Oktober 2022. Dia dilahirkan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa bulan suci ramadan, oleh itu namanya diakhiri dengan kalimah Ramadhan.
Bapanya Merupakan Seorang Pemuzik
Rizky merupakan anak tunggal Rossa Hasil perkongsian hidupnya dengan dengan bekas suami, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali dengan nama Yoyo. Dia merupakan bekas pemain dram kumpulan PADI.
Tinggi Melangit
Jika dilihat dari gambar yang dimuat naik di dalam media sosial, Rizky terlihat sangat tinggi apabila berdiri disamping kedua orang tuanya. Biarpun masih muda ketinggiannya dikatakan sudah mencecah 176cm.
Berbakat Dalam Dunia Muzik
Mungkin dia belum lagi bergelar seorang penyanyi mahupun pemuzik, namun dalam beberapa hantaran video yang dimuat naik bapanya. Rizky tampil menyanyi dalam acara kecil-kecilan yang dianjurkan keluarga. Boleh tahan sedap juga suaranya!
Akrab Dengan Ibu
Sebagai anak tunggal kepada Rossa, Rizky dilihat sangat rapat dengan ibunya. Rossa sendiri acapkali memuat naik sesi pemotretan mereka bersama dalam pelabagai jenis busana dan telatah mereka membuatkan siapa yang melihat akan tersenyum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Rossa & Yoyo Prasetyo
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam suasana ekonomi kini dikaitkan dengan tekanan kewangan dan keresahan emosi, ramai individu kini berada dalam dilema mencari hala tuju baharu dalam hidup mereka.Lebih-lebih...