
Negara jiran kita Indonesia kini menjadi tuan rumah bagi acara berprestij MotoGP 2022 yang berlangsung pada 18 Mac lalu. Sirkuit Mandalika di Lombok menjadi tempat pertarungan dimana penonton dapat menyaksikan aksi pelumba MotoGP terkenal seluruh dunia.

Namun apa yang menariknya tahun ini, selain daripada liputan perlawanan, kehadiran seorang pawang hujan di Grand Prix Indonesia menjadi tumpuan ramai dan menjadi tular di media sosial. Ramai yang berkongsi video pawang hujan itu berada di hentian pit dengan niat untuk menghentikan hujan.

Rara Isti Wulandari melakukan ritual itu agar cuaca di sekitar Sirkuit Mandalika tidak dibasahi hujan sewaktu perlawanan MotoGP berlangsung. Sebelum ini juga, Rara pernah menjadi pawang hujan bagi acara pembukaan Sukan Asia 2018. Wanita ini mengakui bahawa dia telah dipanggil untuk berkolaborasi dengan pasukan keselamatan di sirkuit itu.
Jom kita lihat aksi si pawang hujan ini di Sirkuit Mandalika, Lombok Indonesia.
Watch on TikTok
Watch on TikTok
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=gboUm1B8Sm4
Bila Oppa Ji Suk Jin Pilih Lagu Bahasa Melayu Di TikTok, Ini Hasilnya!

Orang kata, if you can’t beat them join them..
Trend memuat naik video TikTok sambil menyanyikan lagu berbahasa Melayu sama ada dari Malaysia mahupun Indonesia sudah semakin digemari.
Ia bukan saja popular di kalangan masyarakat di negara kita dan Indonesia. Malah warga TikTok dari negara asing turut tak terkecuali, termasuklah ahli program Running Man, Ji Suk Jin!
Hari ini, selebriti Korea Selatan berusia 53 tahun itu membuktikan usia hanyalah angka apabila beliau turut sama terjebak dalam trend TikTok.
Video yang kini viral di Twitter itu menampakkan oppa Suk Jin menyanyikan lagu Izinkan – sebuah lagu Indonesia yang dipopularkan oleh Thomas Arya dan Iqa Nizam.
Jee Seok Jin via Tik Tok 😂 pic.twitter.com/gliAFnm7I0
— Running Man 런닝맨 (@SBSRunningManKR) January 22, 2020
Menariknya, cara Suk Jin menggerakkan mulut (miming) kepada lagu tersebut cukup on-point walaupun beliau tidak mengetahui makna lirik yang dinyanyikan.
Aduh, terhibur sekejap!
Sebelum ini, Suk Jin pernah viral kerana memakai aksesori kepala mirip songkok hitam.
Trend TikTok sudah semakin popular sehinggakan pengusaha elektronik Korea Selatan, Samsung juga telah mengeluarkan TV Samsung Sero yang boleh menegak untuk peminat TikTok dan IGTV.
Lain Macam, TV Menegak Samsung Ini Khas Untuk Pengguna TikTok?
Tak Perlu Bayar PTPTN Hingga March 2021, Ini 6 Langkah Mohon Bagi Yang Layak

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia sebelum ini ada mengumumkan satu bantuan yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang akan diperkenalkan bagi membantu rakyat dan ekonomi.
Bantuan ini termasuk bagi peminjam PTPTN yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir, keputusan moratorium ini tentunya sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan mereka.
Buat anda yang layak, berikut merupakan cara untuk mohon penangguhan bayaran bagi tahun 2021.
CARA MOHON PENANGGUHAN KHAS BAYARAN PINJAMAN PTPTN
1. Semak penyata pinjaman dengan login masuk di link di bawah.
https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
2. Jika tidak ingat password, *klik lupa kata laluan, password sementara akan diberi di email yang baru kemaskini.
3. Selepas dah login masuk, cari semak penyata baki pinjaman.
4. Skrol ke bawah dan anda akan nampak no pinjaman anda.
5. Simpan No Pinjaman anda untuk permohonan penangguhan Bayaran Balik.
6. Isi permohonan penangguhan anda di link bawah dengan masukkan no ic serta no pinjaman. https://www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik/#
Senang je kan nak isi permohonan ni, tapi kalau korang malas nak login semua korang juga boleh terus message di FB SSPN-i Plus PTPTN dan bertanyakan terus No Pinjaman kepada pihak pengurusan. Mereka akan bantu secepat mungkin: https://sspniplus.com.my/hubungi-kami/
So, diharap berita ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan korang, lagi-lagi yang bercuti tanpa gaji tu. Harap cepat lah wabar ini hilang…huhu
Inisiatif Yang Telah Diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Sepanjang 100 Hari Menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-8

Hari ini genap 100 hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 sejak 1 Mac lalu.
Beliau harus menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik COVID-19.
Pelbagai inisiatif penting telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin, terutamanya daripada aspek kesihatan, ekonomi dan sosial ketika negara berhadapan dengan situasi pandemik dan kejatuhan harga minyak dunia.
Berikut antara inisiatif utama yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri ke-8:
9 Mac: Umum Kabinet merangkumi 32 menteri, dan buat pertama kali dalam sejarah tidak menamakan timbalan perdana menteri, sebaliknya mengumumkan pelantikan empat menteri kanan.
11 Mac: Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bagi mendepani cabaran ekonomi negara.
– Lancar tabung khas bantu pesakit COVID-19
13 Mac: Meningkatkan bilangan hospital bagi merawat kes COVID-19 melalui kolaborasi dengan hospital swasta, hospital tentera dan hospital universiti.
16 Mac: Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19 termasuk menutup pintu sempadan negara kepada warga asing.
19 Mac: Umum peruntukan tambahan RM160 juta kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk disalurkan kepada 26 hospital di negara ini, bagi pembelian aset perubatan dan aset bukan perubatan, susulan gelombang kedua wabak itu di negara ini.
23 Mac: Umum peruntukan tambahan RM500 juta kepada KKM bagi menangani gejala COVID-19, RM100 juta untuk lantik 2,000 kakitangan kesihatan baharu, dan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 tahun dibenar membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi meringankan beban ketika menghadapi cabaran COVID-19.
25 Mac: Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April 2020, dan umum penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat.
27 Mac: Bentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatan Rakyat berjumlah RM250 bilion bagi manfaat rakyat dengan tiada golongan yang akan tercicir dan lebih separuh daripada peruntukan iaitu hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat serta meringankan beban rakyat.
– Antaranya pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada kumpulan M40 dan ke bawah, RM1 bilion peruntukan tambahan kepada KKM bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan, elaun khas petugas barisan hadapan sebanyak RM600 sebulan mulai 1 April.
– Program subsidi upah diperkenal bagi membantu majikan mengekalkan pekerja mereka dengan peruntukan RM5.9 bilion dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang.
6 April: Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) bernilai RM10 bilion khusus untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
10 April: Umum tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April dan beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat sepanjang PKP berkuat kuasa.
15 April: Kerajaan mengumumkan sebanyak US$300 juta atau RM1.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat.
1 Mei: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei.
10 Mei: PKPB yang berkuat kuasa sehingga 12 Mei akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020.
30 Mei: Muhyiddin mahu Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dipinda supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
5 Jun: Mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berjumlah RM35 bilion bagi memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.
7 Jun: Mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos tahun ini apabila negara memasuki fasa pemulihan pandemik COVID-10 dalam tempoh itu.
Dalam situasi mencabar yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, Tan Sri Muhyiddin banyak mengumumkan bantuan yang bakal diperoleh oleh masyarakat. Malah, setiap kali perutusan yang akan di buat oleh beliau, rata-rata masyarakat Malaysia sudah siap sedia di depan televisyen bagi menantikan pengumuman beliau.
Kami doakan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk terus meneraju negara Malaysia dengan baik.
Terima kasih PM!
Sumber: BERNAMA