
Pelakon jelita, Zahirah Macwilson menyifatkan setiap individu tidak sepatutnya menormalisasikan budaya merosakkan rumah tangga orang lain.
Menerusi perkongsian di Instastory, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memaklumkan setiap wanita seharusnya menghormati rumah tangga wanita lain.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu Cantik Luar & Dalam…” -Pujian Ibu Tercinta Buat Zahirah Macwilson
“Saya faham perasaan seorang isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga.
“Wanita perlu menghormati wanita lain dan berhenti menormalisasi kelakuan tidak sopan tersebut (rosakkan rumah tangga),” coretnya.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza berkata meruntuhkan perkahwinan orang lain, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak adalah satu perbuatan yang tidak bermoral.
“Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecah belahkan keluarga adalah sifat tidak bermoral,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Zahirah mendirikan rumah tangga bersama Aiman pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zahirah Macwilson
#GIRLPOWER: Enggan Toleh Belakang, Intan Serah Mahu Fokus Menjadi Atlet Bertaraf Antarabangsa

Penggemar bola sepak tanah air mesti tidak asing lagi dengan nama pemain sensasi bola sepak negara ini. Pernah diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan Liga Premier Futsal Malaysia 2019, Intan Serah kini makin giat memperluaskan sayapnya dalam industri sukan yang diminatinya dari kecil ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Anda Seorang Yang Inginkan Cabaran? Jom Uji Had Anda Di UA COMBINE 2023!
Beliau yang baru-baru ini dilantik sebagai duta jenama sukan popular, Under Armour bersempena dengan pertandingan UA Combine yang bakal berlangsung 9 September ini berkesempatan hadir ke sesi temuramah bersama pihak REMAJA pada Jumaat lepas.
Pernah bergelar atlet sukan olahraga, dirinya akui terdapat perbezaan ketara apabila bergelar atlet sukan individu dan berkumpulan.
“Sejujurnya bagi saya, disebabkan sukan olahraga adalah sukan individu jadi ianya sedikit sunyi. Training sorang-sorang, semua struggle sorang-sorang, makan sorang-sorang, menang pun sorang-sorang, jadi kepuasan itu hanya pada diri saya sahaja,
‘Tapi berbeza dgn sukan bola sepak kerana ianya sukan berkumpulan. Maka, kita rasa emosi dan susah payah itu bersama. Bak moto dalam filem Ola Bola, menang sama-sama, kalah sama-sama. Itulah apa yang saya rasakan dalam industri sukan bola sepak ini,” jelasnya.
Visi atlet muda ini juga selari dengan komitmen yang ditekankan oleh Under Armour, “Protect The House” iaitu sebuah gerakan yang menggalakkan semua atlet untuk mempunyai mentaliti; semangat berpasukan mampu mengatasi segalanya.
Atlet berusia 24 tahun ini juga cekal menghadapi setiap rintangan yang datang, terutama dari segi kecaman dan kritikan dari orang ramai terhadap prestasinya selaku seorang atlet.
“Kita dah beralih ke dunia sosial media, jadi kritikan dan kecaman yg saya dapat setiap kali keputusan game tidak menyebelahi, agak mengguriskan hati terutama sekali apabila ianya melibatkan ahli keluarga dan privasi saya,
“Sejujurnya, saya kurang membaca komen-komen diberikan cuma kadang kritikan tersebut sampai pada pihak ibu bapa saya. Maka sedikit sebanyak ianya membuatkan saya terkilan dengan situasi tersebut,
“Saya ada berpesan pada mereka untuk jangan terlalu fokus membaca komen berbaur negatif. Lebih baik fokus pada sisi positif, lihat berapa ramai yang menyokong saya selama ini berbanding dengan mereka yang asyik mahu mengkritik,” komen atlet tersebut.
Mahu fokus menjadi atlet bertaraf antarabangsa, pemain kelab Kelana United ini enggan menoleh ke belakang lagi dan mahu melebarkan lagi sayapnya sebagai seorang atlet di mata dunia.
“Perancangan saya buat masa ini adalah untuk menjadi pemain bertaraf antarabangsa, dengan membuka lebih banyak lagi peluang di luar sana,
“Saya turut berharap agar kawan-kawan atlet lain juga turut bersama-sama memajukan industri sukan Malaysia,” komennya.
Sekadar info, Under Armour baru-baru ini mengumumkan bahawa UA COMBINE, salah satu pertandingan kecergasan terbesar di rantau ini akan kembali untuk meneruskan komitmen mereka dalam mewujudkan penanda aras prestasi atlet yang muktamad.
Edisi tahun ini juga akan menyaksikan atlet dari pelbagai lapangan sukan turut bersaing di
Depot Sentul untuk mengejar ganjaran hadiah wang tunai sebanyak RM51,000.
Jika anda ingin menyaksikan dan menyertai keseronokan serta memberi sokongan kepada pesaing-pesaing di UA Combine 9 September ini, anda boleh mendaftar sebagai penonton di https://uacombinemy.com/spectators/
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Intan Serah, Under Armour
Alat Perubatan Yang Perlu Ada Di Rumah Ketika Waktu Pandemik, Semua Wajib Ambil Tahu

Isi Kandungan
ToggleKes positif COVID-19 di negara kita nampaknya masih lagi mencatatkan angka yang membimbangkan, malah lebih ramai kenalan rapat mula dijangkiti virus pandemik ini. Risau, panik, sedih, perasaan bercampur baur memikirkan sekiranya ia berlaku kepada diri dan keluarga sendiri.
Walaupun kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada wabak ini, namun seeloknya biarlah kita mempunyai sedikit pengetahuan tentang keperluan atau apa sahaja yang perlu dilakukan sekiranya ia berlaku di depan mata.
Korang boleh rujuk laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau pun Public Health Malaysia bagi mendapatkan info dan panduan berkaitan COVID-19.
Kali ini, Remaja nak kongsikan alat perubatan yang perlu ada ketika pandemik untuk dijadikan rujukan apabila perlu.
Tak salah kalau kita ambil tahu dan jadi lebih peka terhadap orang sekeliling kan? Berikut antara yang dikongsi oleh Public Health Malaysia.
1. Alat tekanan darah

Mengukur tekanan darah dan kadar nadi. Tekanan darah normal adalah:
• Sistolik: 120 (julat 90-139) mmHg
• Diastolik: 80 (julat 60-89)
Sistolik bawah <90 atau diastolik <60 dikira sebagai tekanan darah rendah dan bahaya. Nadi yang normal adalah 60-100 degupan jantung seminit.
2. Termometer

Termometer untuk mengukur suhu badan. Suhu 37.5 darjah Celsius atau lebih dikira demam. Suhu melebihi 39.4 darjah Celsius dikira demam tahap tinggi.
3. Oximeter

Posisi jari memainkan peranan dalam bacaan. Pembetulan posisi jari atau percubaan jari lain digalakkan jika bacaan tidak selari.
• 95 dan ke atas: Teruskan pemantauan di rumah
• 93-94: Dapatkan nasihat doktor
• 92 atau kurang: Kecemasan, dapatkan nasihat segera- telefon 999
Duduk & bangun
Duduk tegak, paha dan lutut 90 darjah dengan SPO2 di jari. Mulakan jam randik. Bangun dengan tegak dan duduk semula. Ulang sehingga seminit.
Tanda oksigen bahaya
Oximeter menurun tiga peratus dan terdapat sesak nafas.
Kiraan nafas
Minta bantuan untuk mengira kadar pernafasan. Gunakan jam randik kira pernafasan dalam masa seminit.
– Tahap sederhana
Oximeter 93-94 peratus dan nafas 21-30 nafas seminit
– Tahap teruk
Oximeter kurang dari 93 dan nafas lebih dari 30 nafas seminit
Jika pesakit berada dalam keadaan yang teruk, korang boleh terus hubungi talian 999 untuk dapatkan bantuan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)
Bagai Naik Kapal Titanic Di Ruang Udara! Taman Tema Air Terbaru ‘SplashMania’ Diserbu Orang Ramai

Dari lebuhraya Elite lagi sudah jelas kelihatan kelibat sebuah kapal gergasi di ruang udara.
Siapa sangka, kapal kayu tersebut merupakan salah satu daripada tarikan taman tema air terbaru yang dibuka di Selangor iaitu SplashMania Gamuda Cove.
Dibangunkan oleh pihak pemaju Gamuda Land, taman tema berkeluasan 18 ekar ini telahpun mula dibuka kepada orang ramai sejak 6 Febuari 2023.
Paling mencuri perhatian tentulah tarikan kapal yang berada pada ketinggian bangunan 6 tingkat dari aras tanah ini. Dikenali sebagai ‘Amazonia’, idea di sebalik pengenalan struktur utama SplashMania ini diambil daripada kapal persiaran ikonik, Titanic.

Biarpun perlu mendaki anak tangga hingga tiba di puncak, sebaik sahaja tiba di atas, segala lelah dan kepenatan korang tentunya hilang serta-merta apabila mata disuakan dengan pemandangan yang cukup indah.
Kapal tersebut dibahagikan kepada bahagian ‘forward station’, ‘aft station’ dan badan kapal di tengah yang diperkemas dengan geladak atau dek, persis kapal laut sebenar!
Korang bolehlah membuat aksi bagaikan watak Jack dan Rose dalam filem Titanic di ruang anjung. Tapi ingat! ruang di hujung kapal yang ‘tergantung’ di tengah udara ini hanya membenarkan empat orang berdiri di atasnya pada satu-satu masa bagi tujuan keselamatan.
Menarik untuk REMAJA kongsikan, tarikan Amazonia ini juga menempatkan beberapa gelongsor air ‘thrilling’ dari bahagian badan kapal ke kawasan bersebelahan dengan pantai Ombak King Cove di bawah. Jika korang mempunyai tahap adrenalin tinggi, jangan terlepas peluang mencuba Plunge, Maniac Racers dan Sumaumeira Drop yang merupakan gelongsor air ‘free fall’ pada kedudukan 75 darjah ke bawah!
Selain itu, khabarnya terdapat dua lagi tarikan lain di atas ‘kapal’ Amazonia ini yang masih belum dibuka buat masa ini. Ia termasuklah pengalaman zip line bernama ‘Zoomi’s Runway’ dari puncak kapal yang akan membawa pengunjung turun ke kawasan pantai di Ombak King Cove.


Satu lagi tarikan yang bakal dibuka adalah terjunan Bungee Jump bernama ‘Sky Leap’ dari bahagian tepi kapal ke kawasan kolam Ombak King Cove di bawah. Haa, berani tak? Hehe..

Apa yang REMAJA boleh simpulkan, kepada korang yang belum pernah berkunjung ke taman tema air SplashMania Gamuda Cove ini, ia merupakan satu pengalaman berbaloi untuk dicuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Segala kemudahan yang disediakan di sini lengkap dan selesa untuk digunakan.
BACA LAGI: Wow! Taman Tema Pertama Columbia Pictures Bakal Dibuka Di Negara Jiran – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.