Pelakon jelita, Zahirah Macwilson menyifatkan setiap individu tidak sepatutnya menormalisasikan budaya merosakkan rumah tangga orang lain.
Menerusi perkongsian di Instastory, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memaklumkan setiap wanita seharusnya menghormati rumah tangga wanita lain.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu Cantik Luar & Dalam…” -Pujian Ibu Tercinta Buat Zahirah Macwilson
“Saya faham perasaan seorang isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga.
“Wanita perlu menghormati wanita lain dan berhenti menormalisasi kelakuan tidak sopan tersebut (rosakkan rumah tangga),” coretnya.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza berkata meruntuhkan perkahwinan orang lain, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak adalah satu perbuatan yang tidak bermoral.
“Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecah belahkan keluarga adalah sifat tidak bermoral,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Zahirah mendirikan rumah tangga bersama Aiman pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zahirah Macwilson