Pecah Kemarau 17 Tahun, Sharul Aimy Raih Pingat Gangsa Sukan Asia Ke-19

Share

Ketika ini Sukan Asia ke-19 sedang berlangsung di China menyaksikan kontinjen Malaysia setakat ini berjaya mengutip 13 pingat dan berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhan.

Terbaru, Muhammad Sharul Aimy telah membanggakan kontinjen negara apabila dia berjaya memperoleh pingat gangsa dalam sukan gimnastik artistik kategori melombol.

Kejayaannya ini sekaligus menamatkan kemarau pasukan gimnastik yang kali terakhir memperoleh pingat pada edisi Sukan Asia ke-15 tahun 2006 menerusi Ng Shu Wai yang ketika itu memenangi pingat perak dalam acara yang sama.

BACA JUGA: Pelajar Kolej Poly-Tech Bangi Harumkan Nama Negara. Tahniah!

Bertempat di Huanglong Sports Centre Gymnasium, Sharul Aimy yang bertarung dengan lapan lagi peserta lain melakukan lompatan baik di percubaan kedua sekaligus mengumpul 14.466 mata untuk berada di kedudukan ketiga.

Podium sah menjadi milik  atlet berusia 22 tahun itu apabila atlet terakhir Ng Ka Ki dari Hong Kong gagal memintasnya. Wataru Tanigawa dari Jepun mengutip 15.016 mata keseluruhan selaku juara, manakala atlet Iran Mahdi Olfati meraih perak dengan catatan 14.783.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen