Seorang kanak-kanak berusia enam tahun berjaya mencipta rekod dunia bagi kategori wanita selepas berjaya menyusun kiub rubik dalam masa yang paling paling singkat.
Cao Qixian dari wilayah Jiangsu di China ini berjaya menyelesaikan kiub rubik 3x3x3 dalam purata 5.97 saat di Kejohanan Terbuka Antarabangsa Persatuan Rubik Kiub Dunia yang berlangsung di Singapura.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Malu ‘Kutip Sampah’, Pemuda Berkerja Demi Bela Nasib Adik Beradik Dan Ibu!
Menerusi laporan media antarabangsa, Qixian mendapat ilham untuk menyusun kiub rubik dengan pantas daripada sepupunya yang mengajarnya seni `speed-cubing’.
Bagaimanapun, selepas kira-kira setahun, Qixian menjadi sangat mahir sehingga ibu bapanya mendapatkan khidmat jurulatih speed cubing untuk melatih anaknya.
“Qixian gemar menyelesaikan kiub rubik dengan pantas sehingga dia berlatih selama dua hingga tiga jam hampir setiap hari,” jelas laporan.
Sementara itu, ibunya, Cao Qian berkata, dia tidak menyangka anaknya mampu mencipta rekod dunia baharu pada usia enam tahun.
“Kami tidak pernah menyangka Qixian akan memecahkan rekod dunia secepat ini,” katanya.
Sekadar informasi, kanak-kanak perempuan itu mula bermain dengan kiub rubik sejak dia berusia tiga tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.