Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday Saturday, Sunday!
Begitulah bait-bait lirik lagu Seven dari penyanyi terkenal Jungkook yang semakin hari semakin dikenali ramai dek kerana pengaruhnya sebagai ahli kumpulan K-Pop popular, BTS.
ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS Tewaskan Taylor Swift! Raih 15 Juta Penstriman Di Spotify Menerusi ‘Seven’
Penyanyi berusia 25 tahun itu dilaporkan terus meraih kejayaan dengan single debut
solo rasminya, Seven.Lagu yang menampilkan penyanyi rap Amerika Latto itu menjadi lagu pertama artis solo K-Pop yang debut di No.1 carta Lagu Teratas Global Spotify bulan lepas.
Menurut Soompi, Seven juga menjadikan Jungkook artis lelaki pertama di dunia yang melebihi 15 juta aliran hari pertama dengan lagu baharu di Spotify.
Pencapaian beliau yang membanggakan tersebut turut dilaporkan hanya menduduki tempat kedua selepas penyanyi dan penulis lagu popular Amerika Taylor Swift. Wowww!
Selepas keluarannya, Seven terus mengambil takhta di tempat teratas carta global Spotify. Ini menandakan Jungkook sebagai artis Korea pertama dalam sejarah yang menduduki rank
No.1 pada carta Lagu Teratas Global Spotify selama 28 hari berturut-turut.Penyanyi muda ini turut dilaporkan artis Korea Selatan pertama yang mendahului carta global mingguan Spotify selama empat minggu berturut-turut.
Sekadar info, Seven ialah lagu pop romantik dengan bunyi gitar akustik dan melodi yang menarik. Bait-bait lirik lagu berkenaan berkaitan individu yang ingin menghabiskan keseluruhan masanya dengan orang yang tersayang.
Sebelum ini, lagu itu muncul di tempat teratas Billboard Hot 100 dan Global 200 AS, yang merupakan momen pertama kali Jungkook berada dalam carta tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Koreaboo, Soompi