Jaguh olahraga tanah air, Umar Osman berjaya merakam masa yang amat menakjubkan dengan catatan bawah 46 saat (s) apabila beraksi pada final 400 meter (m) pada Sukan Universiti Dunia (Universiade), yang berlangsung di Chengdu, China, baru-baru ini.
Atlet berusia 20 tahun itu terus mencipta sensasi tersendiri apabila memecahkan rekod kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam, dengan masa baharu 46.09s, pada kelmarin.
ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower: ‘Birthday’ Ke-20 Aaliyah Yoong Hanifah Bertambah Manis Dengan 3 Pingat Emas
Selain itu, Umar juga merakam masa tersebut sewaktu separuh akhir 3 di Stadium Shuangliu sehari selepas memecahkan rekod kebangsaannya di peringkat saringan dengan catatan 46.33s di peringkat saringan kelmarin.
“Semalam saya berjaya kurangkan masa saya hampir 0.30 saat. Namun, saya perlu lebih berusaha keras untuk dapatkan catatan sub-46 dan saya akan cuba lakukannya di final esok (hari ini),” katanya kepada media.
Menariknya, masa dilakukan atlet dari Johor itu pada kelmarin adalah catatan keempat terpantas di separuh akhir, di belakang empat lagi pesaing yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Astro Awani