Selama 10 edisi penganjuran Dewi Remaja bermula dari tahun 1985/1986 yang menyaksikan Tengku Anis Tengku Ismail sebagai pemenang pertamanya, ternyata implikasi kemenangan tahun ini mencetuskan sedikit kontroversi setelah tersebarnya sebuah video tular.
Gelaran yang dimenangi Haneesya Hanee, 19 terpaksa ditarik kembali setelah dia melanggar beberapa syarat penyertaan yang telah ditanda tangani kesemua finalis. Sekaligus, dia menjadi pemegang gelaran paling singkat dalam sejarah penganjuran.
Jika nak diikutkan beberapa penganjuran Dewi Remaja sebelum ini, edisi 2014/2015 menyaksikan peserta, Mawar Rashid mencipta kontroversi kerana gagal menjawab dengan tepat definisi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Edisi tahun 2018/2019 kali ini terpalit dengan pembongkaran video tular melibatkan beberapa finalis yakni Haneesya Hanee, Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam satu hari selepas malam finale melabuhkan tirai
Dalam pada itu, menurut pihak penganjur, dua orang finalis yang terlibat iaitu Fazreen dan Ernisha juga dilarang menggunakan gelaran ‘top 12 finalis Dewi Remaja’ selepas ini.
Ads
Dalam pada itu, Haneesya Hanee mengakui tindakannya sesuatu yang kurang bijak dan menurut naluri remaja yang ingin mencuba perkara baru.
“Apa yang Hanee dapat pelajari dari peristiwa ini, jangan percayakan kawan kerana bukan semuanya berniat baik. Perlu hati-hati dalam berkawan dan memilih kawan.
“Ia juga berikan Hanee satu pengalaman besar dan begitu bermakna di sebalik arus media sosial hari ini. Masa yang sama Hanee minta agar diberi peluang kedua kerana Hanee amat meminati dunia seni dan modeling yang Hanee mula masuki pada usia 15 tahun,” katanya yang berkali-kali meminta maaf.
Ads
Masa yang sama, Haneesya Hanee juga meminta netizen agar tidak menyalahkan emaknya berdasarkan kecaman yang dilalui selepas video tular.
“Emak sudah cukup tertekan dengan semua yang berlaku. Hanee mengambil semua tanggungjawab ini kerana ia perlakuan Hanee,” katanya yang menangis.Masa yang sama Haneesya Hanee berkata dia akan bangkit demi kecintaannya pada dunia seni.
“Ya, berilah Hanee masa dan peluang. Tiada manusia tidak melakukan kesilapan dan Hanee belajar semua ini. Buat masa ini Hanee ingin berehat untuk beberapa hari dan kemudian teruskan lagi bidang modeling kerana sudah dapat tawaran,” katanya memaklumkan tawaran berlakon belum laigi diterimanya buat masa ini.
Ads
Ternyata dengan kontroversi ini menyaksikan bekas pemenang Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee merupakan pemenang tersingkat dalam sejarah penganjuran Dewi Remaja.
Apa pun sebagai manusia biasa, kita harus ada sikap meminta maaf dan memaafi di atas setiap perbuatan. Tidak hanya dirinya, kita juga adalah manusia yang tidak sempurna banyak melakukan kesilapan namun Allah masih menutupi aib kita.
Tidak semua orang berani meminta maaf di atas setiap kesilapan dilakukan secara berdepan dan sikap Haneesya Hanee ini wajar dipuji kerana dirinya berani. Ya, kita harus memberinya peluang kerana setiap manusia itu harus memiliki peluang kedua.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pencarian Dewi Remaja 2018/19 baru saja melabuhkan tirainya, namun rezeki ternyata berpihak kepada Anna Jobling kerana sudah terpilih untuk menjadi hos karpet merah di Anugerah Juara Lagu 33.
Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan antara salah satu acara tahunan terbesar dan sudah pasti ramai yang ingin menjadi sebahagian daripada pasukan berprestij ini.
Mendapat tawaran daripada sebuah stesen televisyen swasta tanah air seperti satu mimpi buat finalis tempat keempat Pencarian Dewi Remaja 2018/19.
“Saya sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh E! Show untuk menggendalikan acara karpet merah Anugerah Juara Lagu 33 semalam. Perasaan bercampur baur, happy dan gementar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjadi hos, apa lagi untuk satu acara yang besar seperti AJL,” jelas Anna.
Tidak mensia-siakan peluang yang ada, Anna menyahut cabaran yang diberi dan berusaha untuk melakukan sehabis baik bagi membuktikan bahawa dia juga mampu melakukan tugasan ini walaupun tiada pengalaman.
“Alhamdulillah, pada mulanya saya memang rasa nervous tetapi lama-kelamaan jadi lebih selesa pula untuk interview barisan selebriti yang ada. Lagi pun, tugasan ini memerlukan saya untuk berbahasa Inggeris, itu yang membuatkan saya lebih selesa dan confident. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu saya belajar untuk terus sukses dalam industri ini,” katanya.
Dayang Nurfaizah & Sufian Suhaimi pilihan Anna Jobling
“Saya berpeluang untuk menemubual Dayang dan Sufian sebelum acara bermula lagi. Tak sangka mereka antara pemenang malam semalam. Dayang was so humble dan dia buat saya rasa selesa macam bercakap dengan kawan-kawan. Hehe!”
“Begitu juga dengan Sufian Suhami, persembahannya cukup untuk membuatkan hati penonton tersentuh dan dia menyampaikan lagu Di Matamu itu dengan begitu baik sekali. Sudah tentu dua orang finalis ini menjadi pilihan saya untuk acara AJL semalam,” jawabnya lagi.
Perkembangan selepas Pencarian Dewi Remaja 2018/19
“Saya sekarang sibuk menghadiri casting dan sesi photoshoot sekarang. Selepas Dewi Remaja, kehidupan saya sedikit berbeza dengan sebelum ini. Kalau keluar rumah dah ada yang kenal dan ingin mengambil gambar bersama. Malah, di AJL semalam pun ramai yang menegur saya untuk bergambar,”
“Secara tak langsung saya rasa lebih confident untuk berhadapan dengan orang ramai. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong kami sejak dalam Dewi Remaja lagi.”
Tahniah kami ucapkan kepada Anna Jobling kerana berpeluang untuk menjadi hos karpet merah dalam acara besar seperi AJL ini. Semoga rezeki Anna akan terus bersinar and all the best to you, girl!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kami masih pelik dengan obsesi peserta ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 terhadap tarian kumpulan Blackpink ini.
Setakat ini, kami telah melihat lebih 10 orang peserta yang memilih lagu tersebut dan menari di hadapan juri.
Kenapa agaknya ia menjadi pilihan mereka, sedangkan ada banyak lagi lagu rancak lain sekarang?
01
Popular, simple as that.
Tentulah, single seperti Ddu-du Ddu-du perlukan viewers yang ramai di YouTube untuk ia dikenali ramai di Malaysia. Cumanya, apa yang membuatkan Ddu-du Ddu-du lebih epik daripada single grup K-pop perempuan sebelum ini adalah kerana ia merupakan video Korea paling banyak ditonton dalam masa 24 jam selepas dimuat naik di YouTube.
Beat that.
02
Supermarket pun memainkan lagu ini setiap hari, I kid you not.
Kesimpulannya = popular.
03
Step tarian mudah untuk diingati lalu membuatkan ia senang ditiru. Sebab itulah bila kami meminta peserta Dewi Remaja menari, mereka akan memilih Ddu-du Ddu-du.
Terutamanya part menembak tu. Amboi, macam nak tembak juri betul-betul!
04
Terlalu ramai yang melakukan video dance cover untuk Ddu-du Ddu-du sehinggakan korang tak boleh ter-miss video mereka pada timeline media sosial.
Nampaknya, fenomena Gangnam Style wujud kembali.
05
Kerana Ddu-du Ddu-du mengajak peminat untuk mengenali karakter ahli-ahlinya. Ingat tak dahulu pada akhir 90-an, Spice Girl cukup terkenal dengan jolokan nama Spice mereka?
Blackpink cuba melakukan perkara yang sama dengan menyebut nama ahli mereka. Taktik itu membuatkan ramai yang mudah menerima lagu dan muzik video ini.
Cer tengok alasan mereka pula..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan saja gelaran juara yang ditarik, malah gelaran sebagai finalis juga gugur begitu je..
Insiden video kontroversi tular yang melibatkan pemenang pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee dan beberapa lagi orang finalis lain mendapat pelbagai respon daripada netizen.
Ada yang berpendapat perbuatan Haneesya tersebut melampaui norma seorang peserta muda yang sedang bertanding untuk menjadi wajah role model kepada remaja seluruh Malaysia.
Ada juga yang berkata insiden berlaku atas kekhilafan diri sendiri dan dia telahpun mengakui kesalahan tersebut melalui sidang media yang dianjurkan sekitar tengah hari tadi. Lalu, penarikan tersebut dilihat seakan tidak adil buat Haneesya yang telah melakukan yang terbaik sepanjang berlangsungnya pencarian Dewi Remaja.
BAGAIMANAPUN..
Perbuatan tersebut nyata melanggari klausa kontrak yang telah ditanda tangani oleh para peserta sebelum mereka mula bertanding untuk episod pertama.
Di bawah salah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang telah mereka persetujui, ia melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta Majalah Remaja DAN yang menjejaskan reputasi para peserta sendiri.
Lantas setelah menyiasat, pihak penganjur mendapati insiden tersebut berlaku semasa para finalis masih berada dalam peringkat pertandingan dan tindakan sewajarnya perlu diambil memandangkan syarat yang ditetapkan telahpun dilanggar.
Ini menjelaskan mengapa kemenangan dan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Haneesya Hanee terpaksa ditarik semula setelah tempoh 72 jam.
Manakala bagi dua lagi orang finalis yang terlibat di dalam video itu iaitu Fazreen Fazeera dan Ernisha, gelaran finalis (Top 12) Dewi Remaja mereka juga terpaksa ditarik balik dan mereka dilarang daripada menggelarkan diri sebagai finalis pada masa akan datang.
Kami faham finalis Dewi Remaja kesemuanya masih muda dan baru ingin mengenal erti dunia. Namun, peraturan tetap peraturan, and it is there to turn them into disciplined and matured young ladies.
Kami doakan agar insiden ini dijadikan pengajaran bukan saja untuk pihak Haneesya Hanee, Ernisha dan Fazreen Fazera. Tetapi juga pengajaran kepada kita semua untuk sentiasa berwaspada dengan perbuatan diri sendiri. Kita mungkin berasa seronok untuk jangka masa sekejap tetapi implikasinya mungkin akan datang untuk meranapkan segala keseronokan itu.
Jumpa lagi pada edisi pencarian Dewi Remaja yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...