Pegang Title ‘Ratu Sabah’, Lydia De Sal Mampu Beri Saingan Dalam Dewi Remaja 2018/19

Share

Satu-satunya wakil peserta dari Borneo, Lydia De Sal tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba nasib di tanah Semenanjung buat pertama kalinya.

“Terus terang memang Lydia ambil risiko. Guna gaji sendiri pergi audition, then terpilih sebagai Top 20 dan terbang lagi ke KL berharap dapat masuk Top 12. Syukur Alhamdullilah Lydia akhirnya masih berada di sini,”

“Berada dalam Dewi Remaja ini membolehkan Lydia belajar sesuatu yang baru ini dan Lydia ingin menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk menunjukkan bakat. Mungkin ada yang lihat potensi Lydia dan bolehlah Lydia mencari rezeki di Semenanjung,”

Dalam masa yang sama, Lydia berharap dapat menjadi inspirasi untuk mereka di luar sana supaya lebih percaya pada diri sendiri dan berani mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru.

Sering kali mengambil bahagian dalam acara ‘ratu cantik’ di Sabah, gadis ini pastinya bakal memberikan saingan sengit kepada semua peserta Pencarian Dewi Remaja kali ini.

Korang nak tahu dah berapa banyak Lydia menyertai pertandingan di Sabah? Nah, berikut kami senaraikan antara pencapaiannya sejak usia 15 tahun lagi.

  • Unduk Ngadau 2013-2015, sekitar kampung dari daerah Inanam, Pekan Menggatal, Kota Marudu, Matunggong.
  • Ratu Mitarab Momogun Runggus peringkat Daerah Matunggong
  • Mitarab Momogun Runggus peringakat negeri 2017 Top 6

Pageant

  • Dewi Remaja sabah 2017
  • Ratu Tahun baru cina Dearah Pitas 2018
  • Ratu Grand Merdeka Mall 2018
  • Winner Aura Ambassador DHg event

Dewi Remaja Sabah

Dewi Remaja Sabah adalah pertandingan besar yang pertama Lydia sertai tahun lepas. Disinilah dia menimba pengalaman dan mencari ilmu berguna untuk dibawa dalam setiap pertandingan yang disertainya.

“Dalam pertandingan Dewi Remaja Sabah Lydia masih fresh lagi. Catwalk pun macam robot dan tak pandai juga nak pose kalau ada photoshoot. Pertama kali photoshoot, muka Lydia paling buruk. Lydia rasa sangat down dan terus berfikiran negatif sehingga rasa nak tarik diri,”

“Cuma Lydia kalau dah masuk satu-satu pertandingan, Lydia mesti akan habiskan juga. Waktu ini memang Lydia cuba positifkan diri. Penat memanglah penat sebab Lydia perlu memberikan komitmen selama tiga bulan untuk pertandingan ini,”

“Tapi akhirnya Lydia dapat apa yang dah diusahakan. Bila dinobatkan sebagai pemenang Dewi Remaja Sabah, itulah pengalaman manis dalam hidup kerana Lydia tidak kecewakan keluarga dan penyokong. Bila diumumkan sebagai juara, rasa macam nak lompat daripada pentas pergi peluk Mommy,” jelasnya memberitahu bahawa keluarga dan rakan-rakan antara yang sering memberikan sokongan.

Melihatkan kesungguhan Lydia, kami pasti gadis ini mempunyai semangat yang tinggi dalam setiap perkara yang dia lakukan. Mengakui bahawa pada mulanya dia tidak berapa biasa dengan environment

di Semenanjung, namun itu bukan halangan untuk dia meneruskan impiannya itu.

“Mula-mula Lydia tidak berapa biasa sebab mungkin masalah bahasa juga membuatkan ia sukar sedikit. Mereka tak faham apa yang Lydia cakap dan Lydia pun tak faham apa yang mereka cakap. Hehe!Tapi lama-lama dah dapat biasakan diri dan sudah mula faham. Jadi senanglah Lydia bergaul dengan yang lain,” jelasnya mengakhiri perbualan.

Jangan lupa saksikan Pencarian Dewi Remaja 2018/19 yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Ria HD bermula 25 November, jam 10.30 malam.

Published by
Noor Ain Norman