Lebih biasa dilihat dalam filem, sudah pasti kepulangan Kim Tae-ri dalam arena K-Drama dinantikan ramai. Malah, penampilan Kim Tae Ri sebagai pelajar sekolah menengah dan remaja membuatkan netizen mempersoalkan usia sebenar beliau.
ARTIKEL BERKAITAN : 15 K-Drama Yang Bakal Ditayangkan Di Netflix Sepanjang 2022
Untuk pengetahuan semua siri K-drama terbaru di Nerflix iaitu “Twenty Five, Twenty One” berlatarbelakangkan tahun 1998 di mana ia membawa kisah Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) dan Na Hee-do (Kim Tae-ri) yang pertama kali berjumpa ketika mereka berusia 22 dan 18 tahun dan jatuh cinta apabila bertemu kembali pada usia 25 dan 21 tahun.
Bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat seperti Nam Joo-hyuk, Kim Ji Yeon, Choi Hyun Wook dan Lee Ju Myung. K-drama ini mengisahkan tentang zaman remaja dalam masa ketika impian kelihatan di luar jangkauan, seorang seorang remaja pemain pedang mengejar cita-cita besar dan bertemu dengan seorang lelaki muda yang bekerja keras dalam usaha membina semula hidupnya.
Kali kedua Kim Tae-ri bekerjasama dengan pengarah Jung Ji-hyun selepas “Mr. Sunshine” yang ditayangkan pada 2018. Menurut pelakon ini lagi,
“Skripnya sangat menyeronokkan. Terdapat pelbagai genre thriller kini, dan di antaranya, drama ini sangat cantik, menggetarkan jiwa dan menaikkan semangat. Hee-do ialah seorang yang ceria dan bertenaga. Saya suka kerana dia merupakan satu watak yang belum pernah dimainkan saya.”
Nama Kim Tae Ri sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan Korea Selatan. Artis cantik yang dilahirkan pada tahun 1990 ini membuat debut filemnya pada tahun 2016.
Kecantikan wanita berusia 31 tahun ini membuatkan dia dikagumi oleh peminatnya. Berikut adalah fakta menarik tentang Kim Tae Ri.
1. Datang Dari Keluarga Susah
Semasa kecil, Kim Tae Ri dibesarkan oleh neneknya. Merupakan lulusan Universiti Kyung Hee dalam jurusan Kewartawanan dan Komunikasi ini dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Kim Tae Ri pernah melakukan beberapa pekerjaan semasa dia di sekolah antaranya bekerja di KFC, syarikat akhbar dan kafe, sebelum dia dapat meneruskan kerjaya dalam industri hiburan.
2. Model
Sebelum bergelar artis, Kim Rae Ri memulakan kerjayanya sebagai model. Malah, Kim Tae Ri muncul dalam iklan televisyen untuk beberapa jenama. Bukan itu sahaja, Kim Tae Ri juga pernah menjadi model untuk klip video ‘Spring Is Coming’ daripada Tafka Buddha.
3. Filem
Nama Kim Tae Ri mula dikenali sejak berlakon dalam filem Handmaiden pada 2016. Ketika itu Kim Tae Ri berjaya mengenepikan 1,500 calon watak dalam filem Handmaiden.
Pada 2017, Kim Tae Ri membintangi filem berjudul 1987: When the Day Comes dan menjadi filem box office yang berjaya. Namanya semakin popular. Setahun kemudian, Kim Tae Ri kembali berlakon dalam sebuah filem berdasarkan komik berjudul Little Forest.
4. K-Drama
Kim Tae Ri membuat debutnya dalam drama televisyen menerusi siri berjudul Mr Sunshine
. Drama Korea yang turut dibintangi oleh Lee Byung Hun ini telah berjaya mencapai rating yang tinggi. Mr Sunshine mengisahkan tentang seorang askar yang kembali ke tanah airnya selepas beberapa tahun. Selepas kembali ke Korea, dia jatuh cinta dengan anak perempuan bangsawan, lakonan Kim Tae Ri.Jangan terlepas untuk menyaksikan “Twenty Five, Twenty One” yang masih di tayangkan di Netflix.
BACA LAGI : 4 Ratu Cantik Yang Membanggakan Malaysia Sepanjang 2021. Menariknya, Mereka Semua Berdarah India
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.