Inpirasi

Pegawai Kadet ALK-UPNM, As’ad Berjaya Tamatkan Pengajian Ketenteraan Elit Di Royal Air Force College

Share

Baru-baru ini, Pegawai Kadet Muhammad As’ad Najmuddin dari Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, meraih perhatian ramai apabila berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama tujuh bulan di salah sebuah institusi paling berprestij di dunia, Royal Air Force College Cranwell, United Kingdom.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia, As’ad telah mengikuti kursus Modular Initial Officer Training Course No 33 yang berlangsung dari 2 September 2024 sehingga 3 April 2025.

“Sepanjang tempoh latihan, Pegawai Kadet Muhammad As’ad telah menjalani pelbagai modul yang menguji ketahanan mental, fizikal dan kepimpinan beliau dalam menghadapi cabaran di dunia ketenteraan yang penuh dinamik,” tulis perkongsian tersebut.

Sumber: Facebook TUDM

Walaupun berbeza persekitaran dan budaya, namun dengan dedikasi dan semangat juang tinggi As’ad berjaya menamatkan latihan tersebut dengan cemerlang selaras keperluan TUDM dalam usaha melahirkan pegawai yang berkualiti. 

Dalam pada itu, majlis perbarisan tamat latihan yang cukup berprestij itu juga disempurnakan oleh Air-Vice Marshall Townsend, Air Officer Commanding No 22 Group of the Royal Air Force dan beliau sendiri beri penghormatan atas pencapaian hebat As’ad.

Sumber: Facebook TUDM

“Kejayaan ini menandakan langkah penting dalam kerjaya ketenteraan beliau dan  Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah”

“Kejayaan ini tidak hanya menjadi kebanggaan TUDM tetapi juga bukti komitmen dan kecemerlangan anak bangsa dalam persekitaran pertahanan yang semakin mencabar,” jelas perkongsian itu lagi.

Sementara itu, latihan ini turut menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang dalam karier ketenteraan beliau serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mengejar impian.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE