Tengahari tadi, Menteri Pertahanan Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan Angkatan Tentera Malaysia akan membantu pihak Polis DiRaja Malaysia dalam mengawal pergerakan rakyat Malaysia yang masih berdegil tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah memasuki hari ke tiga sejak dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan bakal berakhir 31 Mac ini.
Dengan peningkatan kes sebanyak 900 orang dijangkiti (setakat berita ini ditulis) ditambah sikap rakyat Malaysia yang memandang remeh isu langkah kawalan pergerakan ini, maka pihak ATM dipanggil untuk membantu pihak Polis dalam menangani isu ini.
Baca pseorang peguam, Nor Zabetha mengenai dua perbezaan maksud iaitu tentera bantu polis VS tentera ambil alih yang kita semua patut tahu. Serta kuasa yang diberi kepada pasukan ini bagi mana-mana rakyat yang degil masih keluar rumah.andangan
Saya menonton sidang media secara FB live Astro Awani oleh Menteri Pertahanan berkenaan bantuan tentera bermula Ahad ini
Ayat yang digunapakai adalah MEMBANTU pihak polis. Tapi diruang komen FB Live tersebut tak henti-henti menyebut perkataan ‘tentera ambil alih’. Beza perkataan itu. Membantu dengan ambil alih.
Kalau ambil alih betul-betul, memang ‘masaklah’ semuanya. Sebab itu ayatnya bantu, bukan tentera ambil alih kuasa.Jadi jangan kita guna ayat ‘ambil alih’. Boleh mencetuskan panik. Lain macam perkataan tu, kalau emergency dalam rumah, saya pun jadi takut hendak keluar rumah.
Tentera mereka tegas, mereka patuh arahan dan mereka akan laksanakan. Tiada kompromi. Kalau dengan polis, mungkin mereka boleh bagi muka sikit. Moto polis “Mesra, Cepat dan Betul”. Adalah ‘kemesraan’ disitu berbanding tentera.
Walaupun tentera membantu dan tegas, jangan risau segala garispanduan melalui Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 bawah Akta 342, yang telah diwartakan adalah terpakai.
Mulai Ahad ini, kalau tentera membantu, masih boleh bekerja bagi perkhidmatan perlu, masih boleh beli barang keperluan.Masih ikut cara yang sama. Kita ikut yang yang dah berjalan 2 hari perintah ini, sama sahaja.
Masih boleh keluar untuk perkara-pekara dalam peraturan iaitu:
Menteri tambah lagi ayat, Tentera akan membantu polis untuk memantau dan memastikan agar rakyat MEMATUHI arahan supaya rakyat berada dalam rumah masing-masing. Janganlah kita hendak keluar pergi beriadah atau lepak mamak.
Jadi maksudnya, bantuan ini bukan yang saja-saja lalu lalang. Bantuan ini yang menyuruh patuh arahan duduk rumah terhadap mereka yang jenis tak faham bahasa, sudah kata tak boleh, masih degil. Kalau masih tak faham bahasa…
Seperti yang telah saya jelaskan selaras dengan Seksyen 15(2) Polis dan Tentera diberi kuasa untuk MENGGUNAKAN KEKERASAN yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi. Jadi janganlah berdegil kalau tak mahu dikasari.
Banyak update yang saya terima dalam group Whatsapp, ada yang main futsal dipadang, ada yang berbasikal, ada yang pergi kenduri di kawasan luar bandar. Haih, saya tak faham, apa jenis pemikiran ini.
Oleh Nor Zabetha