Mana ada rumahtangga yang tidak ada ujian. Pepatah “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari” memang tiada siapa meminta perkahwinan yang dibina dengan kasih sayang terputus di tengah jalan.
ARTIKEL BERKAITAN : Peguam Syarie Kongsi Hak Tuntut Ganti Rugi Jika Putus Tunang Dan Majlis Kahwin ‘Tak Jadi’
Baru-baru ini, viral satu rakaman video memperlihatkan seorang lelaki memecahkan cermin kereta yang dinaiki isteri dan anaknya. Disebabkan hanya sedikit sahaja ruang tingkap yang dibuka, lelaki terbabit dengan ganasnya memecahkan tingkap kereta wanita itu.
Sebaik sahaja tingkap kereta itu pecah, tangisan dua kanak-kanak kecil yang berada dalam kenderaan berkenaan mula kedengaran. Wanita berkenaan memuat naik sebuah hantaran di Facebook untuk menjelaskan kisah sebenar di sebalik rakaman tersebut.
Difahamkan, lelaki itu pada awalnya memaklumkan untuk memberikan wang kepada anak mereka namun apabila menghampiri kereta itu, dia mula naik angin dan memaut pada tingkap kereta yang dibuka sedikit sehingga pecah dan tercabut.
Jangan kata budak kecil, penulis pun trauma melihat aksi lelaki tersebut yang tiba-tiba memecahkan tingkap cermin kereta tersebut.
Mengikut laporan, lelaki itu sudah pun ditahan polis pada hari kejadian dan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Polis turut memaklumkan tindakan lelaki itu juga telah menyebabkan serpihan kaca turut terkena pada anaknya. Kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.
Rata-rata warganet terkesan dengan video tersebut dan mengecam tindakan lelaki tersebut. Malah, seorang penguna Twitter dengan nama @RafiCounsel yang juga merupakan seorang Peguam Syarie, berkongsi tip dan jalan penyelesaian bagi kes sebegini.
Menurutnya, ia boleh diatasi dengan membuat permohonan kepada mahkamah untuk perintah injuksi.
“Perintah injuksi ini nak mudah faham satu perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah keluarkan untuk menghalang mana-mana pihak dari mendekati pihak pemohon dalam tindakan ini dalam jarak yang ditetapkan oleh Mahkamah.
“Perintah ini boleh dimohon secara sebelah pihak (ex-parte) jika mempunyai unsur keterdesakan seperti mengancam keselamatan diri macam dalam video ditunjuk itu.
“Sebagai peguam biasanya memang kita akan advice
anak guam untuk proceed dengan permohonan untuk dapatkan perintah injuksi ini supaya dapat meredakan keadaan.Untuk info, perintah injunksi dalah satu perintah daripada mahkamah untuk menghalang atau mengarahkan seseorang daripada melakukan sesuatu. Jadi, perintah injunksi fitnah bermaksud permohonan kepada mahkamah untuk menghalang pemfitnah daripada terus mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan fitnah mengenai anda.
Menurut laporan Sinar Harian lagi, terdapat dua jenis perintah injunksi iaitu perintah berbentuk larangan (prohibitory) dan satu lagi berbentuk mandatori.
Perintah injunksi larangan bermaksud perintah yang melarang atau menghalang sesuatu pihak daripada melakukan sesuatu, seperti melarang pemfitnah daripada terus menyebarkan kenyataan fitnah mengenai anda, manakala perintah injunksi mandatori bermaksud perintah untuk mengarahkan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu, seperti memerintahkan agar pemfitnah untuk membuat permohonan maaf secara umum. Bagaimanapun, dalam kes saman fitnah, amat sukar untuk mahkamah meluluskan perintah injunksi mandatori.
Tambahan peguam Syarafi lagi,
“Kalau dalam sivil boleh mohon untuk dapatkan Emergency Protection Order (EPO) atau Interim Protection Order (IPO) atau Protection Order (PO).
“Cuma untuk step ini perlu dibuat laporan polis dan dapatkan panduan daripada Peguam Sivil untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Difahamkan, pasangan tersebut dalam proses ingin bercerai. Wanita berkenaan turut menjelaskan bahawa suaminya pernah mengugut untuk mengambil keretanya. Hmm….persoalannya perlu ke berkelakuan sebegini di depan anak-anak yang masih kecil tu.
ARTIKEL LAGI : Perkahwinan Dua Bulan Berakhir, Nynaa Harizal Failkan Penceraian
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Muhammad Syarafi, Sinar Harian