Satu lagi kes COVID-19 terbaru yang berlaku di Damansara, IKEA telah memaklumkan bahawa pada 6 November 2020, salah seorang pekerja sambilan di IKEA Damansara disyaki positif COVID-19. Individu terbabit kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa yang menunggu untuk melakukan ujian swab.
Menurut laporan, pekerja sambilan itu terakhir sekali datang kerja pada 30 Oktober 2020. Sebagai langkah pencegahan yang proaktif, IKEA Damansara bertindak untuk menutup premis mereka bermula 7 November 2020 untuk menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian, sesuai dengan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan rakan sekerja, pelanggan, rakan kongsi dan komuniti adalah menjadi keutamaan IKEA. Pihak mereka akan terus melakukan tugas bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang ramai. Langkah-langkah yang dibuat termasuklah memastikan pelanggan mendaftar nama melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis, penjarakan sosial dan menyemak suhu badan pelanggan di semua pintu masuk.
Orang ramai juga sekali lagi dinasihati agar mengikut SOP yang diberikan dengan sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.
Sama-samalah kita berdoa agar penularan pandemik COVID-19 ini dapat dihentikan segera.
Sumber: IKEA