Seorang pelatih industri (intern) sebuah hospital di wilayah Nonthaburi, Thailand membelasah pekerja senior dengan menggunakan seni mempertahankan diri, Muay Thai ketika lelaki berkenaan cuba mencabulnya.
Menerusi laporan Thaiger, mangsa yang dikenali sebagai Baitong, berkongsi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian pada tahun lalu itu di laman Facebook, 14 Jun lepas.
Menurutnya, dia bertindak demikian sebagai amaran kepada lelaki ‘miang’ itu selepas mendapat tahu suspek melakukan perkara serupa kepada mangsa lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Thailand Jadi Negara Pertama Di Asia Tenggara Iktiraf Perkahwinan Sejenis
Ketika kejadian, dia memesan makanan dari gerai berhampiran hospital pada waktu tengah malam.
Oleh kerana sibuk dan tidak dapat mengambil makanan yang tiba, suspek menawarkan bantuan untuk membawa makanan itu. Ketika mahu mendapatkan makanan daripada suspek, lelaki itu memeluk Baitong dari belakang.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 61 Tahun Telan Ratusan Vitamin Untuk Hidup Lebih Lama
Gadis itu memusingkan badannya ke arah suspek lalu menendang lelaki tersebut beberapa kali sehingga pelukannya dilepaskan.
Susulan kejadian itu, mangsa menamatkan latihan praktikal di hospital berkenaan selepas membuat laporan kepada pihak atasan dan polis.
Suspek dikenakan tindakan disiplin oleh hospital sebelum diberhentikan kerja kerana melakukan perkara serupa kepada pelatih lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER VIDEO: X Red Skull