Foto: The Star

Seorang pelajar berusia 17 tahun dari Batu Berendam, Melaka telah dilaporkan menerima kompaun bernilai RM10,000 kerana tidak menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas atau menulis maklumat peribadi ketika mengunjungi sebuah kedai runcit.

Pelajar Tingkatan lima yang merahsiakan namanya itu memberitahu dia dikompaun pada hari Ahad (14 Mac) ketika bergeras ke kedai runcit berhampiran rumahnya untuk membeli ubat buat ibu.

“Saya hanya bertanya sama ada terdapat jenama paracetamol tertentu di kedai runcit tersebut dan ketika keluar dari kedai, polis yang berpakaian biasa melihatnya dan mengeluarkan kompaun,”

Pelajar 17 Tahun Dikompaun RM10,000 Kerana Gagal Imbas Kod MySejahtera
Foto: The Star

Tambah pelajar itu lagi, dia tidak diberikan kesempatan untuk menjelaskan situasi dan kompaun tetap dikeluarkan sejurus selepas itu. Namun katanya, dia tetap memahami polis itu sedang menjalankan tugas mereka.

Ads

Menurut laporan The Star, pelajar itu mempunyai adik perempuan yang masih bersekolah dan menjelaskan bahawa gaji ayahnya tidak mencukupi untuk membayar kompaun tersebut. Manakala ibunya hanya seorang suri rumah.

Remaja itu juga meluahkan hasratnya agar dia dapat membuat rayuan terhadap kompaun itu dan mencari wang untuk menyelesaikannya tanpa membebankan ibu dan ayah.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad menjelaskan bahawa pelajar tersebut boleh membuat rayuan meminta pegawai kesihatan daerah Melaka Tengah untuk mengurangkan denda tersebut.

Ads

Sementara itu, ADUN Kota Laksamana Low Chee Leong mencadangkan agar perkara yang berkaitan dengan prosedur operasi standard (SOP) semasa perintah kawalan pergerakan pemulihan dan kompaun diletakkan di bawah Pejabat Ketua Menteri (CMO).

Ini kerana ramai yang keliru, termasuk pemilik restoran yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap pelaksanaan SOP yang tidak jelas semasa PKP.

Ads

Hm, makin banyak pula kes kita dengar tentang individu yang disaman RM10,000 disebabkan tidak mengikut SOP. Jadi guys, selepas ini walaupun nak masuk kedai sebentar sahaja, scan terus MySejahtera sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.

Orang kata, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Sumber: The Star

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI