Pelajar Baharu Asasi & Diploma Akur Mula Sesi Akademik Ogos Ini Dalam Talian

Share

 

Nampaknya, pelajar baharu yang sudah bersedia untuk memulakan program Asasi dan Diploma bagi sesi akademik 2021/2022 bakal mengikuti program secara dalam talian bermula bulan Ogos ini.

Ini setelah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kelmarin mengeluarkan kenyataan rasmi tersebut setelah mengambil kira situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia buat masa ini.

KPT bagaimanapun memberikan kelonggaran untuk Universiti Awam (UA) mempertimbangkan kemasukan pelajar program Asasi dan Diploma untuk berada di kampus dan mengikuti profram secara fizikal bermula Oktober iini atau pada semester kedua kelak bergantung kepada kesediaan dan ketetapan Universiti Awam terbabit.

Sudah tentu, keputusan ini telah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan para pelajar dan kakitangan akademik di kampus serta enggan mengambil risiko.

Bagaimanapun, soal yuran pendidikan sama ada ia dikurangkan kerana tidak menggunakan kemudahan di kampus tidak disertakan dalam memo tersebut. Oleh itu, sekiranya korang mempunyai persoalan ini ataupun apa-apa persoalan lain, korang boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777 / 6949 / 6623 / 6628.

Pelajar juga boleh melayari laman web Universiti Awam mahupun laman sosial media mereka bagi mengetahui perkembangan terbaru mengenai kemasukan pelajar baharu ini.

Jika mengikut kepada pelan yang dibentangkan oleh kerajaan sekarang mengenai pengambil vaksin dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar sekolah (yang mengambil peperiksaan), tidak mustahil tidak lama lagi kelebihan sama diberikan kepada kelompok Universiti Awam agar sesi pengajaran dan pembelajaran di kampus dapat dilakukan tanpa masalah.

ARTIKEL BERKAITAN : Semua Guru Divaksin Sekurang-Kurangnya 1 Dos Sebelum Sekolah Dibuka – REMAJA

Apapun, selamat memulakan kehidupan sebagai pelajar peringkat tinggi semua!

Published by
FZ