Hari ini kecoh di media sosial berikutan pengakuan penyanyi, Nora Ariffin bahawa video remaja bercium di khalayak ramai adalah anak perempuannya, Puteri Nor Dahlia.
Ramai melihat penyanyi ini mempunyai hati yang sangat luhur kerana berani mengaku kesalahan anak sendiri (ramai ibu bapa mungkin tiada keberanian sebegini) malah mahu mengakui sudah memberikan didikan terbaik untuk puterinya itu.
“Sebagai seorang ibu, saya sudah cuba sedaya-upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan. Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk diperbaiki dan belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya.
.
Gadis lain buat laporan polis
Bagaimana di sebalik isu panas ini, sejak semalam di twitter, seorang gadis atas nama @-nralya atau nama sebenarnya Nur Alya Batrisya Baharoddin yang berusia 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Gombak berikutan dirinya menerima kecaman dan dipanggil sebutan kesat oleh orang ramai yang beranggapan pelaku dalam video berkenaan adalah dirinya.
Dalam bebenangnya, @-nralya meminta orang ramai mencari gadis berkenaan (sebelum tahu ia adalah anak kepada Nora) kerana dirinya menerima kecaman hebat. Ini kerana nama instagramnya sama seperti Instagram milik anak penyanyi tersebut.
Berikut adalah tweetnya.
Korang please help me viral this. Loudly crying face i have no idea who is this girl tapi aku dipanggil be**** sun*** disebabkan oleh muka aku sama dengan dia. Loudly crying face sekrang ni followers aku increase sbb ni. Allahu aku takut.
Disebabkan kecaman itu, dirinya telah membuat satu laporan polis kerana berasa terancam dan tertekan sedangkan dirinya tidak melakukan perbuatan tersebut.
Takut bila kecaman tersalah tempat kerana tiada usul periksa. Dah orang lain terima akibat dan kesannya.
Apa pun dengan pendedahan dari Nora itu, sudah pasti nama Alya bersih kerana penyanyi itu mengaku itu adalah anaknya.