Kekurangan bukan halangan untuk berjaya. Inilah dibuktikan oleh seorang pelajar yang mengalami masalah penglihatan dan buta mata kanan akibat penyakit glaukoma antara yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan, hari ini.
SINAR HARIAN negeri Terengganu melaporkan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Abang, Dungun, Ahmad Shahir Safwan Ahmaf Sabri, 18, mendapat 5A termasuk satu A+ bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah.
Keputusan cemerlang yang dicapai itu membolehkan dia tersenarai sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik Terengganu.
Ahmad Shahir Safwan hadapi masalah glaukoma hingga menjejaskan penglihatannya sehingga mata kanannya menjadi butaAhmad Shahir Safwan (tengah) bersama ibu dan bapanya, Salwanu Ambak dan Ahmad Sabri Omar melihat keputusan SPM yang diperoleh hari ini
Anak kepada pasangan pengawal keselamatan dan guru itu berkata, dia mengalami kerosakan saraf optik pada mata sebelah kanan manakala mata sebelah kiri cuma boleh berfungsi 20 peratus.
“Saya disahkan menghidapi glaukoma sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan tiga. Pada mulanya, saya banyak rahsiakan keadaan diri daripada pengetahuan ibu bapa saya sebab tak nak mereka susah hati.
“Sehinggalah satu ketika memang saya dah tak boleh melihat langsung. Ibu bapa saya bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan menghidap penyakit itu,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman SPM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, di sini.
Pelajar kudung tangan sebak dinobat pelajar terbaik
Ads
Seorang lagi calon berkeperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu tidak dapat menahan sebak apabila diumumkan pelajar terbaik SPM sekolah.
Muhammad Rizdwan Roslan, 18, yang kudung tangan kiri berkata, dia tidak menyangka akan memperoleh keputusan 9A dan 1B dalam SPM memandangkan dia hanya mendapat 6A ketika peperiksaan percubaan lalu.
Muhammad Rizdwan menggunakan tangan kirinya menjawap semua soalan dalam SPM dan dianugerahkan pelajar cemerlang adalah sesuatu di luar jangkaannyaBarisan pelajar cemerlang dari SMK Pengkalan Chepa 2 yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2018.
Menurutnya, dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang kejuruteraan.
“Walaupun tangan saya kudung sejak lahir, saya tidak mahu meletakkannya sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita sebagai seorang jurutera.
“Saya mahu cipta pelbagai mesin yang boleh memudahkan tugas harian kita dan mencipta sejarah calon OKU juga mampu berjaya seperti pelajar normal lain,” katanya.
Ads
Anak sulung dari empat beradik ini berkata, dia mahu menjadi contoh kepada adik-beradiknya dan kebanggaan kepada ibu bapanya yang bekerja di Jabatan Meteorologi Malaysia Kelantan.
Drama Korea jadi pembakar semangat untuk berjaya
Teruja melihat kehebatan doktor dalam drama Korea Selatan memberi ilham dan semangat kepada pelajar cemerlang SPM 9A SMK Puncak Alam, untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.
Muhammad Afwan Syahmi Md Adnan, 18 yang juga anak ketiga dari empat beradik itu yang cukup meminati drama Korea dan rancangan masakan itu berkata, dia mempunyai kaedah menelaah pelajaran sendiri apabila membuat latihan di depan televisyen.
Ads
“Saya memang ‘study’ sambil tengok TV sebab itu saja cara untuk saya fokus tak suka suasana senyap-senyap ni. Kena ada suara atau bunyi-bunyi dari TV barulah boleh buat latihan.
“Saya juga memang minat subjek Sains dan suka tengok drama doktor hebat buat rawatan dan tolong selamatkan orang. Jadi dari situ saya mahu jadi seorang doktor yang berjaya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian Negeri Selangor.
Muhammad Afwan Syahmi bersama ibunya, Zainab Omar, 55, gembira dengan keputusan cemerlang 9A yang diperoleh sekali gus menjadi pelajar terbaik SMK Puncak Alam.Barisan pelajar cemerlang SMK Puncak Alam yang mendapat keputusan membanggakan hari dalam SPM 2018
Muhammad Afwan Syahmi turut menjadikan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha sebagai role model untuk berjaya.
“Saya mahu jadi sepertinya dan mahu jadi yang lebih baik dari abang dan kakak saya yang juga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang masing-masing.
“Nak berjaya satu saja rahsianya, niat kita nak belajar hanya kerana ALLAH. Kena juga hormat cikgu dan rajin buat latihan selain tuisyen sebab saya ni jenis suka belajar,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas dua tahun pandemik COVID-19 yang menyekat perjalanan ke luar negara, kini industri pelancongan nampaknya sudah mula ‘bernafas’ kerana sedikit demi sedikit penerbangan ke luar negara sudah pun dilancarkan.
Terbaharu, syarikat penerbangan AirAsia X (AAX) telah pun kembali dan bakal membuat penerbangan baharu ke London, Dubai dan Istanbul. Sasaran itu adalah berdasarkan kepada penyambungan semula operasi penerbangan jarak jauh pada awal tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, usaha ini dilakukan seiring dengan peningkatan semula permintaan untuk perjalanan jarak jauh disebabkan banyak negara sudah mula membuka kembali pintu sempadan antarabangsa mereka.
AAX menawarkan penerbangan ke tujuh laluan popular dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul, Tokyo, Sapporo, Osaka, dan dari Osaka ke Honolulu. Korang sudah mula boleh membuat pembelian secara online hingga 26 Jun depan untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2022 hingga 26 Mac 2023.
Harga tiket penerbangan yang ditawarkan bermula daripada RM499 (tambang sehala) untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islamophobia atau ketakutan terhadap Islam merupakan satu gejala yang telah lama bernanah pada masyarakat dunia, namun hanya kebelakangan ini saja ia semakin menjadi-jadi.
Baru-baru ini seorang bilal berusia 70-an ditikam di sebuah masjid di London ketika melaungkan azan Asar semalam.
Menurut BBC, suspek berusia 29 tahun itu telah pun ditahan atas tuduhan ‘ cubaan untuk melakukan pembunuhan ‘ namun menganggap insiden ini bukan serangan pengganas.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson turut memuat naik status di twitter meluahkan kekesalan atas insiden yang belaku ini.
I’m deeply saddened to hear of the attack at the London Central Mosque. It’s so awful that this should happen, especially in a place of worship. My thoughts are with the victim and all those affected.
“Kejadian seperti ini tak patut berlaku, lagi-lagi di tempat beribadah. Doa saya untuk semua orang yang terkesan dengan insiden ini.”
Dalam satu kenyataan dipetik Central Mosque Trust berkata bahawa penyerang itu segera diberkas oleh jemaah yang ada pada ketika itu sehingga polis tiba dan menahannya.
Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial dari dalam masjid di Regent’s Park menunjukkan seorang lelaki kulit putih berbaju merah ditahan dan digari oleh pegawai polis.
BREAKING NEWS: We are hearing unconfirmed reports that a muadhin has been stabbed at London Central Mosque. More details to follow. pic.twitter.com/YQhU50hrBM
Berapa saksi mengatakan, bilal ii telah ditikam di bahagian leher dan suspek yang menikamnya ini dikatakan sering datang ke masjid tersebut sejak enam bulan lalu.
Apa yang mengejutkan, lelaki ini berani melakukan perkara ini walaupun terdapat lebih kurang 100 orang di dalam masjid ketika insiden ini berlaku.
Update terkini menerusi twitter melaporkan bilal tersebut dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.
The mu’adhin who was stabbed in the neck yesterday at London Central Mosque is recovering in hospital without life-threatening injuries. pic.twitter.com/zsyGlcC9Zy
Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah membuka mulut mengenai isu adegan panas bagi drama Perempuan Itu yang tular di media sosial sejak Jumaat malam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh TV3 lewat malam tadi menerusi akaun media sosialnya, ia memandang serius akan kontroversi yang tercetus ini dan mengambil berat akan suara serta pandangan masyarakat yang terkejut dengan klip acah (teaser) drama itu setelah ia dimuat naik oleh salah seorang pelakonnya, Zul Ariffin.
“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi.
“Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).”
Tambah mereka lagi, stesen televisyen itu juga selalu mengingatkan semua pihak meliputi produksi dan para pelakon supaya lebih peka kepada tindak-tinduk yang dilakukan.
“Mereka yang terbabit itu perlu menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya,” catat mereka.
Menerusi ruangan komen, warganet menyokong kenyataan yang dikeluarkan itu dan berharap agar tindakan serius dikenakan kepada pihak berwajib kerana telah merendahkan martabat karya seni tempatan dengan melanggar norma sensitiviti masyarakat di Malaysia.
Adakah drama Perempuan Itu masih akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini mengikut perancangan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!