Tatkala negara masih lagi berada dalam fasa lockdown yang kebanyakannya tidak dibenarkan untuk keluar bekerja, kempen bendera putih telah pun dilancarkan oleh rakyat untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.
Tempoh PKP kali ini menyebabkan lebih ramai yang terkesan kerana sudah berbulan lamanya kita hanya terkurung di dalam rumah. Ini secara tidak langsung memberikan tekanan dan terdapat individu yang mengalami kesempitan sama ada kewangan, sosial dan emosi.
Justeru itu, kempen bendera putih ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk membantu individu yang memerlukan bantuan.
Hal ini telah menarik perhatian sekumpulan pelajar yang telah mencipta sebuah aplikasi bagi membolehkan individu susah mendapatkan bantuan dengan segera.
Dikenali sebagai Sambal SOS, aplikasi ini membolehkan pengguna memuat naik gambar rumah yang memasang bendera putih di luar kediaman mereka dalam peta tersebut.
Ads
Pengguna lain aplikasi tersebut yang berminat untuk membantu menghantar bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan boleh mengetahuinya daripada sini. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari food bank terdekat, bagi mereka yang tidak mampu membeli keperluan makanan.
Ads
Tiga remaja yang dikenali sebagai Sidharrth, Shaun dan Cornelius itu mengatakan bahawa mereka mewujudkan aplikasi ini adalah kerana ingin membantu memudahkan masyarakat menerima bantuan.
Aplikasi yang dibina tiga hari ini masih lagi dalam usaha untuk dinaiktaraf bagi menambah baik lebih banyak ciri dan merekrut sukarelawan untuk bersama-sama menjayakan projek ini.
Orang ramai boleh memuat naik foto rumah yang mengibarkan bendera putih tanpa mendedahkan wajah ahli keluarga, plat nombor atau maklumat yang mengganggu privasi mereka.
Ads
Team mereka akan memeriksa terlebih dahulu semua gambar yang dihantar sebelum memuat naik maklumat di aplikasi itu untuk kegunaan orang ramai. Ini bagi mencegah spam di aplikasi tersebut, melindungi privasi mereka dan hanya memaparkan individu yang benar-benar memerlukan bantuan.
Sememangnya ini adalah satu inisiatif yang baik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan memudahkan mereka menerima bantuan. Diharap dengan adanya aplikasi ini dapat memperluaskan lagi bantuan yang boleh diberikan kepada masyarakat sekeliling.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti terkenal di media sosial ini. Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula popular dalam kalangan rakyat Malaysia apabila dia memuat naik video tutorial masakannya di Instagram.
Dengan jutaan pengikut setia yang meminati konsep video masakan yang dipersembahkan, anak jati Kelantan ini kemudiannya menceburi bidang perniagaan menerusi penghasilan produk Sambal Nyet Berapi.
Baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Gordon memberikan reaksi terhadap resipi Burnt Sugar Steamed Pudding yang disediakan oleh Khairulaming.
Sekiranya anda menonton video itu, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman menjelaskan bahawa dia mengambil inspirasi daripada buku Gordon Ramsay’s Uncharted: A Culinary Adventure With 60 Recipes From Around the Globe untuk menghasilkan pencuci mulut berkenaan.
Gordon dilihat memuji teknik masakan Khairul sepanjang video reaksi itu yang disifatkan sangat menarik dan tepat. Cef selebriti dari United Kingdom itu ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila melihat hasil akhir juadah yang disediakan oleh Khairulaming.
”Saya akan berada di Malaysia minggu depan dan saya akan tunjuk kepada kamu sekali lagi. Tahniah,” ujar Gordon.
Khairulaming berkata menerusi ciapan di laman Twitter, “Guysss Gordon Ramsay duet video masak sayaaaa.”
Khairul berkata dalam video balasnya bahawa dia hanya menyedari video reaksi berkenaan pagi tadi, “Tadi aku bangun tidur lepas tu semua orang duduk tag aku yang Gordon Ramsay dah react video masak weh seriouslah? Aku harap dia tak makilah. Aku takut dia marah ke maki apa kan. Kita tengok dulu apa reaction dia.”
Dalam pada itu, Khairulaming juga sempat berseloroh di hujung videonya ketika membalas video Gordon, “Haaa datang Malaysia. Saya bagi sambal.”
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu lepas kita sudah mendengar berita tentang China sudah menutup sebahagian besar hospital sementara yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 selepas jumlah jangkitan wabak tersebut semakin menurun di negara tersebut.
Sebuah video viral di Facebook yang telah dikongsi oleh Rizal Sazali memperlihatkan kesemua petugas-petugas kesihatan pulang ke tempat asal mereka di China setela pandemik COVID-19 berada dalam kawalan dan beransur pulih.
Kesemua petugas2 kesihatan balik ke tempat asal masing2 di China stelah pandemik Covid19 berada dlm kawalan dan beransur2 hilang….Tgok mcm mana rakyat mberi penghormatan kpd mereka semua…They really deserve such a respect…No 1 Frontliner😚🥰🥰
Bas yang dinaiki oleh petugas kesihatan tersebut diiringi oleh pihak polis sambil disambut dengan penuh rasa hormat oleh masyarakat disana.
Sebak menonton video tersebut, netizen di Malaysia turut meninggalkan komen dan berharap agar negara kita turut diberikan kesembuhan dari penularan wabak ini.
Oleh itu guys, tolonglah jangan keluar rumah dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Kita boleh hentikan wabak ini dengan menjaga setiap kawalan pergerakan ini. Diharap agar Malaysia juga kembali pulih seperti dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat peminat bola sepak tanah air, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan penjualan ‘Tiket Kombo RM100’ bagi membolehkan penyokong setia Harimau Malaya menyaksikan kesemua enam perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil Jun ini.
Dengan harga tiket tersebut, korang akan dapat menonton perlawanan Bahrain lwn Bangladesh dan Turkmenistan lwn Malaysia pada Rabu, 8 Jun 2022, Bangladesh lwn Turkmenistan dan Malaysia lwn Bahrain pada Sabtu, 11 Jun 2022 serta Bahrain lwn Turkmenistan dan Malaysia lwn Bangladesh pada Selasa, 14 Jun 2022, kesemuanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil iaitu satu perlawanan sebelah petang dan satu lagi perlawanan (membabitkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon) sebelah malam.
Menurut Naib Presiden FAM, penjualan tiket kombo itu dibuat bagi memudahkan para penyokong setia Harimau Malaya yang ingin hadir pada ketiga-tiga hari perlawanan tersebut tanpa perlu membuat pembelian tiket secara berasingan, malah dapat menikmati diskaun harga sebanyak hampir 20 peratus.
Walau bagaimanapun, tawaran ‘Tiket Kombo RM100’ ini hanya akan dibuka penjualannya untuk tempoh masa selama dua minggu sahaja bermula Isnin depan, 16 Mei 2022 hingga Ahad, 29 Mei 2022 secara dalam talian di www.tickethotline.com.my
Selepas tempoh itu, penjualan tiket tetap akan diteruskan sehingga hari perlawanan tetapi ia akan dijual secara berasingan iaitu pada harga RM40 bagi setiap perlawanan. Malah, FAM turut menawarkan tiket untuk kategori tempat duduk Grandstand yang berharga RM60 bagi satu perlawanan.
Ha apa lagi guys, jangan lepaskan peluang ini dan tunjukkan sokongan padu korang kepada pasukan Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Asia 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...