Rasanya sudah banyak video-video tular yang memaparkan kepayahan pelajar di pedalaman untuk ke sekolah, terutamanya di kawasan pedalaman Sabah. Bukan hanya mengalami kesukaran, malah mereka juga seperti ‘bertarung nyawa’ untuk pergi menuntut ilmu.
Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan murid menyeberang sungai dengan hanya menggunakan perahu kecil. Video berdurasi 1 minit 48 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Pia Pinah Mahadi.
Dapat video ini dari WS group P179 Ranau. Terkejut jantung😫
Lokasi ; Kg Mangkabusu,Pitas Sabah.
Walaupun exam UPSR dan PT3 sudah di mansuhkan ,pelajar-pelajar ini tetap gigih pergi ke sekolah..
Difahamkan kejadian itu berlaku Kg Mangkabusu, Pitas, Sabah. Jelas Pia, walaupun peperiksaan UPSR dan PT3 sudah dimansuhkan, namun pelajar-pelajar ini tetap gigih untuk pergi ke sekolah.
Menurut Sinar Harian, situasi ini berlaku selepas jambatan gantung dihanyutkan banjir pada tahun lalu menyebabkan kira-kira 30 murid dari kampung itu terpaksa berulang alik menggunakan perahu kecil menyeberang sungai untuk ke sekolah.
Hal ini telah menyebabkan sesi persekolahan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Mandurian, Pitas, terganggu apabila mereka kerap tidak dapat hadir ke sekolah jika paras air sungai meningkat dan deras.
Ads
Seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Maratin Manjungkat berkata dia terpaksa berulang alik sebanyak 12 kali sehari dengan menggunakan perahu bagi menghantar dan mengambil murid-murid berkenaan ketika pergi dan pulang dari sekolah.
“Saya bawa semua murid untuk menyeberang sungai itu dan sampan digunakan untuk menghantar mereka kecil saja. Sepatutnya sampan itu hanya mampu menampung empat kanak-kanak dalam satu-satu masa,”
“Saya terpaksa berulang alik sebanyak enam kali setiap pagi dan enam kali lagi pada tengah hari untuk membawa murid-murid berkenaan secara bergilir-gilir kerana bimbang sampan melebihi muatan dan membahayakan mereka,” jelasnya.
Ads
Video yang tular itu telah dirakam oleh salah seorang penduduk kampung. Jelasnya lagi, sekarang ini murid-murid sedang menghadapi peperiksaan. Jadia dia terpaksa bawa mereka menyeberang walau dengan apa cara sekali pun kerana bimbang mereka akan ketinggalan menduduki peperiksaan.
Situasi ini nampaknya seperti tidak ada kesudahannya. Sepatutnya hal-hal sepert ini sudah tidak berlaku lagi pada tahun 2022. Di harap pihak berwajib segera menjalankan tanggungjawab dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Beberapa klip video dimuat naik graduan dari negara barat mencuri tumpuan rakyat Malaysia gara-gara menggunakan lagu rasmi UiTM ketika merakam momen graduasi mereka.
Dua hantaran video telah menjadi sorotan warganet Malaysia kerana lagu kebanggaan universiti itu iaitu ‘UiTM di Hatiku’ digunakan masyarakat di luar negara.
Menerusi akaun @whiteboy_612, dia dilihat menggunakan lagu UiTM sebagai latar videonya sekali gus dihujani komen lucu daripada netizen.
Majoriti warganet berseloroh bertanya individu tersebut graduan dari UiTM mana.
Menjengah ke akaun @d0ublechin2.0 pula, ruangan komentar gadis mat saleh itu juga dibanjiri komen-komen selepas menggunakan lagu berkenaan.
“Akak belajar dekat UiTM Jengka ke,” antara komen yang ditinggalkan.
“UITM going international! Hahaha,” komen pula pengguna lain.
Pastinya menambah rasa bangga dalam kalangan bekas graduan universiti itu apabila lagu tersebut mendunia dan digunakan graduan dari universiti luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pereka fesyen ternama, Jimmy Couture meluahkan rasa kesal apabila Miss Grand Malaysia 2021 dikatakan telah menolak busana rekaannya di saat-saat akhir.
Menurut Jimmy di hantaran instagramnya, dia telah mengeluarkan kos bajet yang besar untuk menyiapkan rekaan busana ‘Evening Gown’ yang akan disarungkan pada peringkat ‘Preliminary’, namun busana tersebut hanya akan digayakan pada sesi sidang media.
Pereka fesyen ini juga keliru kerana katanya ratu cantik itu juga telah sudah mempunyai pereka busananya tersendiri. Jimmy turut menjelaskan bahawa dia telah mengeluarkan wang yang banyak dan mengerah tenaga untuk menyiapkan rekaan itu.
“Jgn minta minta bju kat designer lain kalau da ada own designer.. Org keluar duit. Now sape nk ganti rugi hasil kje aku masa aku modal aku??”
Walau bagaimanapun, Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran telah pun membuat kenyataan balas di laman instagramnya, namun kenyataannya itu diselar oleh Jimmy Couture yang mengatakan bahawa ratu cantik itu telah memusingkan jawapannya.
Apa-apa pun diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik diantara kedua-dua belah pihak. Bak kata mereka, industri pageant di Malaysia ini kecil sahaja. Nak tak nak nanti tetap bersua muka kan? Semoga dapat diselesaikan dengan baik ya.
Hari ini kecoh di media sosial berikutan pengakuan penyanyi, Nora Ariffin bahawa video remaja bercium di khalayak ramai adalah anak perempuannya, Puteri Nor Dahlia.
Ramai melihat penyanyi ini mempunyai hati yang sangat luhur kerana berani mengaku kesalahan anak sendiri (ramai ibu bapa mungkin tiada keberanian sebegini) malah mahu mengakui sudah memberikan didikan terbaik untuk puterinya itu.
“Sebagai seorang ibu, saya sudah cuba sedaya-upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan. Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk diperbaiki dan belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya.
.
Gadis lain buat laporan polis
Bagaimana di sebalik isu panas ini, sejak semalam di twitter, seorang gadis atas nama @-nralya atau nama sebenarnya Nur Alya Batrisya Baharoddin yang berusia 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Gombak berikutan dirinya menerima kecaman dan dipanggil sebutan kesat oleh orang ramai yang beranggapan pelaku dalam video berkenaan adalah dirinya.
Dalam bebenangnya, @-nralya meminta orang ramai mencari gadis berkenaan (sebelum tahu ia adalah anak kepada Nora) kerana dirinya menerima kecaman hebat. Ini kerana nama instagramnya sama seperti Instagram milik anak penyanyi tersebut.
Berikut adalah tweetnya.
Korang please help me viral this. Loudly crying face i have no idea who is this girl tapi aku dipanggil be**** sun*** disebabkan oleh muka aku sama dengan dia. Loudly crying face sekrang ni followers aku increase sbb ni. Allahu aku takut.
Disebabkan kecaman itu, dirinya telah membuat satu laporan polis kerana berasa terancam dan tertekan sedangkan dirinya tidak melakukan perbuatan tersebut.
Takut bila kecaman tersalah tempat kerana tiada usul periksa. Dah orang lain terima akibat dan kesannya.
Apa pun dengan pendedahan dari Nora itu, sudah pasti nama Alya bersih kerana penyanyi itu mengaku itu adalah anaknya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...