Esok, seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan akan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14.

 

Bagi pengundi yang sedang berkhidmat, belajar atau sedang bermigrasi di luar negara pula, mereka akan dapat merasai pengalaman mengundi secara pos demi menjalankan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia.

Menariknya, media sosial telah dijadikan ruang perkongsian sesama pelajar di luar negara serta untuk berkongsi dengan rakan di Malaysia mengenai ‘perjalanan’ kertas undi yang telah mereka pos. Maklum sajalah, kali pertama ingin mengundi pastinya ada beberapa perkara yang kita tidak faham sepenuhnya mengenai undi pos. Jadi, platform seperti Facebook dan Twitter diguna sebaik mungkin untuk berinteraksi.

Pelajar Di UK Ini Kongsi ‘Perjalanan’ Undi Pos Untuk PRU 14, Sempat Atau Tidak Untuk Sampai?
Antara perkongsian yang berlaku di Facebook, di kalangan pelajar dan rakyat Malaysia yang kini menetap di United Kingdom.

 

Salah seorang pelajar yang menarik perhatian kami adalah Qaisy Jaslenda yang kini sedang menuntut di Bartlett School of Architecture, UCL, University of London. Melalui akaun Facebook miliknya, Qaisy berkongsi mengenai pengalamannya sebagai pengundi pos kali pertama.

Agak-agak, sempat sampai atau tidak kertas undinya itu?

 

* * * * *

 

1 Mei 2018
Pada jam 22:32, kertas undi pos saya telah dihantar ke FedEx Shah Alam, Malaysia untuk ke London.

 

Pelajar Di UK Ini Kongsi ‘Perjalanan’ Undi Pos Untuk PRU 14, Sempat Atau Tidak Untuk Sampai?
Tepat seminggu yang lalu.

 

Ads

2 Mei 2018
Pada jam 20:21, kertas undi tersebut sudah dalam perjalanan.

 

3 Mei 2018
Pada jam 14:07, saya terima sms memaklumkan kertas undi tersebut akan sampai di London pada 4 Mei 2018.
Pada sekitar jam 23:00 malam, saya periksa tracking number di website FedEx. Kertas undi tak dapat dikenalpasti.

Pelajar Di UK Ini Kongsi ‘Perjalanan’ Undi Pos Untuk PRU 14, Sempat Atau Tidak Untuk Sampai?
SMS yang diterima Qaisy.

 

4 Mei 2018
Kertas undi masih tak dapat dikenalpasti menerusi website FedEx. FedEx juga tidak dapat dihubungi melalui telefon.

 

Pelajar Di UK Ini Kongsi ‘Perjalanan’ Undi Pos Untuk PRU 14, Sempat Atau Tidak Untuk Sampai?
Status FedEx pada 4 Mei 2018.

 

5 Mei 2018
Menerusi website FedEx, kertas undi tersebut didapati masih di Sepang, Malaysia. Jangkaan masa sampai ke London masih tidak ada.

Ads

 

Pelajar Di UK Ini Kongsi ‘Perjalanan’ Undi Pos Untuk PRU 14, Sempat Atau Tidak Untuk Sampai?
Status masih pending.

 

6 Mei 2018

Masih tiada khabar.

 

7 Mei 2018
Jam 20:40 malam (waktu Perancis). Kertas Undi berada di FedEx ROISSY CHARLES DE GAULLE CEDEX, France.

 

8 Mei 2018

Ads

Pada jam 08:30 pagi (sehari sebelum PRU14), kiriman tersebut tiba juga di Depot FedEx di London. Saya sedang membuat pertanyaan lanjut mengenai “shipment exception” beberapa hari lalu dengan pegawai FedEx di London.

‪Sekitar jam 10:00 pagi, kiriman kertas undi sampai ke tangan saya.‬ ‪Rakan saya bantu saya untuk bawa kertas undi saya ke Heathrow, untuk naik kapal terbang dan dibawa balik ke Malaysia. Kami kumpul wang untuk tanggung kos tiket.‬

* * * * *

 

Ini bermaksud, kebanyakan daripada warganegara Malaysia di United Kingdom khususnya mungkin masih belum menerima kertas undian mereka walaupun berbaki kurang sehari sahaja lagi sebelum tarikh mengundi.

Menarik juga apabila kita dapat melihat, servis “FedEx International Priority” mengambil masa lima hari untuk sampai ke Sepang dari Shah Alam. Hhm..

Ini yang boleh disimpulkan oleh Qaisy melalui pengalaman undi pos kali pertama. “Memandangkan hanya tinggal empat hari sebelum hari mengundi pada 9 Mei 2018 tamat, dan cuti hari buruh di United Kingdom pada hari Isnin, 7 Mei 2018. Saya jangkakan kertas undi saya tak akan sempat sampai ke kotak undi.” Namun seperti yang dinyatakan di atas, akhirnya ia tiba juga pagi tadi.

Pelajar Di UK Ini Kongsi ‘Perjalanan’ Undi Pos Untuk PRU 14, Sempat Atau Tidak Untuk Sampai?

Bagaimana pula dengan rakan atau ahli keluarga korang yang sedang berada di luar negara? Adakah mereka menghadapi situasi yang sama ataupun sama sekali enggan kisah dengan situasi tidak dapat mengundi ini?

Bagaimana pula sekiranya rakyat Malaysia di luar negara ingin mendapatkan penjelasan mengenai isu ini?

Kami harapkan ada solusi yang dapat dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

 

Sumber: Facebook Qaisy Jaslenda

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI