Pelajar Form 2 Meninggal Minum Tuak Dicampur Air Gas, Bapa Minta Hentikan Fitnah

Share

Semalam tular di media sosial, seorang pelajar tingkatan 2,  Muhammad Iman Danial meninggal dunia akibat minum air tuak bercampur air berkarbonat. Memandangkan berita ini heboh diperkatakan, bapa kepada arwah pelajar ini meminta masyarakat agar berhenti menyebarkan salah faham tentang punca kematian anaknya.

“Arwah meninggal bukan kerana minum air tuak seperti mana viral di media sosial. Kami mohon hentikan salah faham ini kerana ia bukan punca kepada kematian anak,” demikian pinta Ramzi Ibrahim, 53 yang meminta masyarakat berhenti menyebarkan berita tidak tepat ini.

Kes pelajar ini yang meninggak pada 1 petang Isnin lalu mula tular selepas dikatakan antara sebab dirinya meninggal adalah disebabkan meminum air tuak ketika berbuka puasa dan berita ini mula  tersebar di laman sosial sejak semalam.

“Arwah meninggal bukan sebab air tuak. Kami sekeluarga mohon agar salah faham ini dihentikan. Kami tidak mahu memanjangkan lagi salah faham ini dan orang ramai tidak perlu lagi membuat tanggapan yang salah mengenai air tuak,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Banggol Pauh, di sini.

Menurut Ramzi, arwah anaknya itu ada mengadu sakit perut awal pagi Ahad lalu sebelum mengalami sesak nafas yang teruk.

Difahamkan, arwah Muhamad Iman menahan sakit perut dan sesak nafas hampir 12 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, Isnin lalu.

“Selepas menjalani bedah siasat, doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung berfungsi dan saluran darah tersumbat.

“Jadi saya minta orang ramai tidak lagi membuat andaian (tentang kematian Muhamad Iman) dan tularkan cerita tidak betul ini,” katanya.

Menurut bapa kepada tiga orang cahaya mata itu lagi, jenazah Muhamad Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Pauh pada jam 1 pagi selepas selesai menjalani bedah siasat.

Dalam pada itu, berita kematian Muhamad Danial tular di laman sosial sejak semalam selepas dikatakan minum air tuak dan minuman berkarbonat.

Sumber :- SINAR HARIAN

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros