Dalam zaman yang serba moden sekarang, boleh dikatakan hampir kebanyakan daripada sesi pembelajaran dilakukan secara digital. Tidak kiralah di sekolah mahu pun Institut Pengajian Tinggi (IPT), rata-rata daripada pelajar hari ini sudah menggunakan kaedah digital dalam melengkapkan tugasan-tugasan pembelajaran mereka.
Bagi pelajar di IPT, sudah pasti mereka perlu untuk membuat slides presentation bagi menyempurnakan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Jadi, jika korang tidak mahu slides tersebut nampak boring
dan biasa, korang juga boleh menggunakan aplikasi Canva.Aplikasi ini digunakan kerana ia lebih mudah dan senang untuk digunakan berbanding aplikasi lain. Canva menyediakan pelbagai reka bentuk yang sesuai dengan tema yang diinginkan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, pengunaannya mungkin terhad kerana tidak semua gambar diberikan percuma, namun terdapat canva for education untuk kegunaan sesi pembelajaran.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai SyaDen2609 telah pun berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan premium canva secara percuma, terutamanya buat pelajar IIUM.
Jom kita lihat tutorial mudah yang boleh korang ikut.
1. Pastikan korang tahu email dan password yang universiti sediakan. Kalau takt ahu password? Boleh pergi dekat imaalum (pelajar IIUM) untuk reset password, kemudian login website Microsoft 365 untuk tukar password.
Kalau dari universiti lain, korang tengoklah apa email uni korang
2. Kemudian, masuk ke laman web canva.com dan log in pakai email universiti itu. Contoh: John….@live.iium.edu.my
3. Selepas log in, pergi ke account setting dan tekan resend confirmation email
4. Sign outlook – Other – Confirm email address
5. Kalau dah taka da apa-apa dekat bahagian ni, rasanya sudah tiada masalah. Tapi sebelum dapat premium canva tu ada lagi satu step
6. Pergi ke canva.com/education
7. Klik register now for free
8. Siap! So, korang dah boleh guna canva premium ni tanpa label pro tu.
Mudah sahaja kan? Cantiklah slides presentation korang lepas ni. Hiks!
Sumber: SyaDen2609