Mungkin ramai yang beranggapan subjek Sejarah adalah sedikit membosankan kerana terlalu banyak fakta yang perlu diingati oleh pelajar. Kadang tu sampai rasa confused. Hiks!
Nak jawab kertas Sejarah tak boleh main ‘goreng’ sahaja kerana subjek ini bukanlah hanya mengikut logik akal, tetapi berdasarkan fakta sejarah yang benar-benar berlaku. Jadi, setakat nak keluarkan jawapan pendapat korang sendiri memang tak akan membantu untuk skor dalam peperiksaan subjek ini. Nak tak nak, pelajar harus mengingati semua fakta yang dipelajari.
Namun, ia bukannya satu alasan bagi seorang pelajar yang dikenali sebagai Aaron Lim untuk menghafal bab dalam subjek Sejarah kerana pelajar berusia 17 tahun ini memikirkan cara yang lebih kreatif dengan membuat rap untuk bab-bab mata pelajaran tersebut.
Video yang dimuat naik di laman Instagramnya mendapat perhatian netizen dan ramai yang meminta Aaron untuk membuat rap bagi bab-bab seterusnya.
Cayalah Aaron! Harapnya selepas ni Aaron dapat buat rap untuk subjek-subjek lain pula bagi menarik perhatian pelajar untuk terus belajar. Hiks!
All the best to you bro!
Sumber: Aaron Lim