Pelajar jurusan kejururawatan daripada Auburn University, Abbie Stockard dimahkotakan sebagai Miss America 2025 setelah mengenepikan saingan 51 peserta lain, hari ini.
Miss America 2025, Abbie Stockard
Berlangsung di Walt Disney Theater di Orlando Florida; Abbie, 22 yang juga merupakan juru sorak profesional sekaligus menerima tiara oleh Miss America 2024 Madison Marsh, selempang, dana biasiswa sebanyak USD50,000 serta peluang untuk mewakili jenama Miss America sepanjang setahun.
Dalam saingan pentas akhir yang berlangsung sebentar tadi, Abbie melalui beberapa pusingan pertanding termasuklah dalam segmen gaun malam, segmen bakat, segmen kecergasan dan segmen ‘Hot Topics’ di mana peserta perlu menjawab soalan berdasarkan topik yang diberikan.
Sehingga ke pusingan soal jawab akhir melibatkan peserta Top 5, Abbie kekal di hadapan saingan terdekatnya seperti Miss Texas, Annette Addo-Yobo (naib juara); Miss Tenessee, Carley Vogel (pemenang tempat ketiga); Miss Florida, Casana Frank (pemenang tempat keempat dan Miss Ohio, Stephanie Finoti (pemenang tempat kelima).
Ads
Dalam kenyataan yang dikongsikan organisasi Miss America 2025, Abbie kini memasang impian untuk meneruskan pengajian hingga peringkat sarjana muda kedua, peringkat doktor falsafah yang memfokuskan kepada praktik kejururawatan bius (nurse anesthesia practice) dan seterusnya menjadi pakar kanak-kanak.
Ads
Abbie Stockard sememangnya merupakan gadis yang layak digelar beauty with brains!
Ads
Tambahan pula, trend memahkotakan peserta berambut perang sedang melanda dunia ratu cantik seperti di pertandingan Miss Universe 2024 menerusi Victoria Kjaer Theilvig dari Denmark dan di pertandingan Miss World 2024 iaitu Krystyna Pyszkova dari Czech Republic.
Pertandingan Miss America merupakan sebuah pertandingan ratu cantik tertua di Amerika Syarikat bahkan di dunia, ia telah diadakan sejak tahun 1921 lagi. Uniknya pemenang pertandingan ini tidak akan mewakili negara untuk ke mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa.
Sebaliknya Miss America lebih memfokuskan kepada pemerkasaan wanita menerusi pemberian biasiswa pelajaran. Jadi tidak hairanlah jika peserta-peserta pertandingan ini semuanya memiliki latar pendidikan yang baik. Menariknya, acara baju renang tidak lagi diadakan sebagai sebahagian dari cabaran dalam pertandingan ini.
Terbaharu, Grace Stanke,20, berasal dari Wisconsin telah dinobatkan sebagai Miss America 2023.Dia berjaya mengalahkan 50 peserta lain untuk memenangi sebuah mahkota dan juga biasiswa bernilai USD50 ribu. Pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear dari University of Wisconsin ini telah dimahkotakan oleh pemenang Miss America 2022, Emma Broyles.
Grace bermain biola dalam segmen bakat, menjawab soalan di atas pentas, berjalan di landasan dengan gaun petang dan menekankan matlamat kerjayanya sebagai penyokong kuasa nuclear. Dia memukau panel hakim dengan jawapannya semasa segmen permaidani merah dan juga soal jawab di pusingan akhir.
Satu momen menarik, Miss America 2022 menggayakan gaun dengan wajah-wajah pemenang Miss America sebelum ini. Iconic!
Miss New York, Taryn Delanie Smith dinobatkan sebagai naib juara. Manakala Miss Texas, Averie Bishop dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga. Melengkapkan kedudukan lima terbaik adalah wakil West Virginia, Elizabeth Lynch dan wakil Georgia, Kelsey Hollis. Mereka masing-masing berpuas hati di kedudukan keempat dan kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anugerah MeleTOP ERA 2020 sedang hangat berlangsung as . we . speak!
Selain daripada persembahan menarik dan perasaan berdebar menantikan siapakah yang akan membawa pulang kategori utama Top Top MeleTOP pada malam ini, seperti biasa REMAJA tertarik melihat gaya yang pelbagai daripada para selebriti yang hadir di karpet merah AME 2020.
Ini merupakan 10 gaya yang pada hemat kami merupakan antara yang paling mencuri tumpuan dan tentunya epik, selari dengan tema AME 2020 kali ini.
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata membuka mata ramai pemerhati serta pencinta dunia ratu cantik.
Ini susulan keputusan Opal, 21 untuk melepaskan kedudukan dan gelaran pemenang tempat keempat Miss Universe 2024 yang diraihnya tahun lalu demi mengejar impian di pentas Miss World 2025.
Gadis berketinggian 180cm ini sekaligus dinamakan secara rasmi sebagai wakil negara Thailand untuk bertanding di pentas Miss World yang bakal dilangsungkan di Telangana, India pada 31 Mei nanti.
Keputusan Kontroversi
Pengumuman Opal yang dilakukan oleh pemilik organisasi Miss World Thailand, TPN Global semalam di Bangkok sedikit sebanyak menggoyahkan status dan kedudukan yang dimiliki Miss Universe.
Dahulunya dijulang sebagai pertandingan ratu cantik paling berprestij dan dinanti-nantikan saban tahun, Miss Universe bagaimanapun seakan hilang taring dan sinarnya semakin malap berikutan kontroversi yang dicetuskan sendiri oleh pihak organisasinya diketuai oleh pemilik transgender, Anne Jakrajutatip, Presiden Miss Universe Raul Rocha dan Pengarah Eksekutif Miss Universe yang baru dilantik hari ini, Nawat Itsaragrisil.
Nawat sebelum ini lebih sinonim sebagai pengasas dan pemilik organisasi Miss Grand International sebelum beliau membeli hak pemilikan organisasi Miss Universe Thailand dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Miss Universe.
Dek beberapa keputusan memusykilkan yang dibuat oleh Miss Universe sejak kebelakangan ini, pandangan orang ramai termasuklah wakil Thailand, Opal Suchata terhadap Miss Universe mulai menyerong. Opal sebagai contoh tidak ditugaskan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan Miss Universe biarpun dia beraksi cemerlang sehingga menempah kedudukan dalam posisi Top 5 Miss Universe 2024.
Opal juga dilaporkan tidak dibenarkan untuk memahkotakan juara Miss Universe Thailand 2025 berikutan pertaliannya bersama pemilik lesen Miss Universe Thailand sebelum ini iaitu TPN Global.
Oleh itu, biarpun tindakan Opal untuk meninggalkan pentas Miss Universe demi beraksi di pentas Miss World tidak lama lagi mencetuskan sensasi dalam dunia ratu cantik; ia bukanlah keputusan yang ‘aneh’.
Sebagai gadis muda yang jelita, berwawasan tinggi dan bersedia untuk berkhidmat bagi kebaikan masyarakat menerusi kempen kesedarannya terhadap barah payudara, Opal mempunyai hak untuk menentukan hala tuju yang boleh membantunya ketengahkan keinginannya itu.
Apapun, ini bukanlah kali pertama seorang bekas peserta pertandingan Miss Universe beralih ke pertandingan Miss World. Malah untuk pengetahuan korang, seramai lapan orang ratu cantik pernah berbuat sedemikian dan MENJUARAI gelaran Miss World!
Jom kita lihat siapakah jelitawan berani, bijak dan berwawasan ini.
Suzana Duijm (Venezuela)
Top 15 Miss Universe 1955 – Juara Miss World 1955
Corine Rottschafer (Netherlands)
Top 15 Miss Universe 1958 – Juara Miss World 1959
Rosemarie Frankland (Wales/United Kingdom)
Naib Juara Misss Universe 1961 – Juara Miss World 1961
Madeleine Hartog-Bel (Peru)
Top 15 Miss Universe 1966 – Juara Miss World 1967
Eva Rueber-Staier (Austria)
Top 15 Miss Universe 1969 – Juara Miss World 1969
Helen Morgan (Wales/United Kingdom)
Naib Juara Miss Universe 1974 – Juara Miss World 1974
(Menyerahkan semula gelaran selepas empat hari dimahkotakan selepas didapati sudahpun mempunyai cahaya mata berusia 18 bulan.)
Gina Swainson (Bermuda)
Naib Juara Miss Universe 1979 – Juara Miss World 1979
Agbani Darego (Nigeria)
Top 10 Miss Universe 2001 – Juara Miss World 2001
*
Adakah Opal Suchata dari Thailand akan mengikuti jejak langkah lapan orang jelitawan ini dan bergelar juara Miss World edisi ke-72 pada bulan Mei ini? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...