Sumber Foto : KOSMO

 

Seorang pelajar kolej berusia 24 tahun telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas pada 12 Mac 2022.

Lo Yen Hue membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistreet Kuala Lumpur pada hari Jumaat selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistreet Amanina Mohamad Anuar.

Mengikut pertuduhan, Yen Hue didakwa memandu kenderaan model Toyota Sienta semasa berada di bawah pengaruh alkohol dengan memiliki 184 miligram dalam 100 mililiter darah dalam badan sewaktu insiden. Had yang dibenarkan adalah 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.

Dia didakwa gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusia 74 tahun di Jalan Kuching menghala Batu Caves pada jam 3.15 pagi.

Pada waktu itu, mangsa difahamkan sedang memotong pokok di pembahagi jalan sebelum maut dilangggar.

Ads
Pelajar Kolej Dituduh Mandu Mabuk & Langgar Maut Warga Emas
Foto Hiasan : PEXELS (Cottonbro)

Justeru, Yen Hue didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd. Rauf mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, K.A Ramu memohon agar kadar ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Ads

Majistret Amanina kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei nanti untuk serahan dokumen.

Ini bukanlah kali pertama remaja tempatan didakwa dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

BACA LAGI : Remaja 22 Tahun Jadi Suspek Pertama Didakwa Dengan Akta Baharu Pemandu Mabuk – REMAJA

Ads

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI