Niat mereka hanyalah untuk menikmati pemandangan pantai.
Sebaliknya, tragedi empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) pula yang berlaku setelah 30 minit beriadah di Pantai Teluk Bidara.
Menurut salah seorang rakan yang terselamat, kejadian dihanyutkan ombak ketika air pasang itu berlaku terlalu pantas tanpa mereka sedar.
Muhammad Hazman Muhammad Zamili, 21 merupakan salah seorang daripada 2 orang pelajar yang terselamat, Muhammad Irfan.
Bercakap dengan rakan media dari Sinar Harian sewaktu di lokasi kejadian, mereka berempat tiba di pantai pada jam 6 petang.
Walaupun pada mulanya hanya berniat untuk menikmati pemandangan dan bermandi di kawasan persisiran saja, empat mangsa terbabit teruja sehingga tidak sedar sudah berada di tengah laut.
Hazman pula sedar akan paras air yang naik hingga dada dan terus membatalkan niat untuk terus bermain air.
“Saya laung beritahu tak boleh sampai ke tengah sebab arus deras, namun ia (insiden) berlaku begitu pantas,” katanya.
Katany, dia cuba membantu rakan-rakannya termasuk Mohamad Amir Izzuddin tidak berhasil kerana rakannya itu tenggelam dibawa arus.
“Saya cuba bantu Amir untuk naik ke darat tetapi Amir tepis sebab nak selamatkan rakan-rakan yang lain.
“Kejadian itu amat singkat dalam tiga minit mereka semua tenggelam di depan mata saya akibat dibawa arus deras.”
Dalam pada itu, Hazwan juga perasan akan status WhatsApp yang dimuat naik oleh Amir pada jam 6.16 petang – kira-kira 14 minit sebelum tragedi berlaku.
Status berbunyi, “Rest Time” itu disedari Hazwan selepas insiden berlaku dan dirinya bersama Irfan terkilan kerana ia berakhir tanpa mampu menyelamatkan yang lain.
Sumber: Sinar Harian