Pelajar Malaysia Di Luar Negara Tak Perlu ‘Takut’ Untuk Suara Pendapat – Syed Saddiq

Share

 

Jika dulu, pelajar Malaysia yang terpilih untuk ke luar negara bagi menyambung pengajian dilihat ‘takut’ untuk mengkritik kerajaan.

 

Bagi pemegang biasiswa yang berotak geliga ini, kelemahan yang ada pada pentadbiran Malaysia seharusnya ditegur agar ia tidak berterusan. Namun, rata-rata memilih untuk berdiam diri dan memerhati kerana takut dilabel sebagai pengkritik kerajaan.

Mereka juga takut jika terlalu terbuka dalam memberi pendapat, silap hari bulan biasiswa pun boleh ditarik balik.

Budaya ‘sit and stare’ seperti ini ingin ditolak oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang baru saja pulang dari London. Tegas beliau, budaya ini tidak lagi boleh dipakai kerana kerajaan baru ingin mendengar maklum balas serta pandangan anak muda seperti mereka agar Malaysia boleh terus ke depan.

 

Foto: Astro AWANI

 

 

Dalam pertemuan bersama 50 orang pelajar dan pegawai di London semalam di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana, Syed Saddiq ingin mengembalikan semula suara pelajar dengan mengumumkan akan menubuhkan satu ‘global network’ bagi pelajar-pelajar Malaysia.

Global network ini umpamanya adalah seperti WhatsApp Group, dalam bahasa ringkas. Kalau di Malaysia, ia umpama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di IPT.

 

Foto: Astro AWANI

 

Global Network membolehkan mereka berinteraksi walaupun jarak memisahkan pelajar. Selain itu, ia juga adalah saluran tepat bagi pelajar Malaysia di luar negara menyuarakan pandangan atau memberi cadangan kepada kabinet beliau.

“Rakyat Malaysia di luar negara terutamanya golongan pelajar berbiasiswa juga telah membantu mengubah sejarah Malaysia baru-baru ini. Jadi, walaupun mereka tak berada di tanah air, suara anak muda (di sana) masih perlu diberikan perhatian,” kata beliau.

REMAJA Sokong!

 

Published by
FZ