Pelajar Malaysia Kongsi Dorm Tour Di Kampus Korea, Macam Dalam K-Drama Tak?

Share

 

Setiap kali kita menonton K-drama yang bertemakan pelajar sekolah menengah dan universiti, pastinya kita ‘ternganga’ melihat set bilik tidur di asrama mereka. Biar betul asrama di Korea sebesar itu?

Setelah lama menangguhkan content Dorm Tour di saluran YouTube-nya, Sabrina Azhar telah berkongsi keadaan sebenar asrama di sana. Untuk pengetahuan, Sabrina merupakan seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Hanyang, Seoul.

Speaking of the room, sorry to burst your bubbles guys but it is pretty much like our dorms here at home.

Sabrina menunjukkan bilik asramanya tidaklah seluas seperti yang selalu dicanang dalam drama serta filem fiksyen Korea.

“Saya berkongsi bilik dengan seorang lagi kawan, jadi saya hanya menunjukkan bahagian katil saya saja dalam video ini.

“Disebabkan tilam katil ini agak lama dan keras, saya mengalas tilam dengan pelapik (mattress topper). Di sebelah katil pula, saya gantungkan kot labuh, hoodie dan koleksi selendang.

“Secara tidak langsung, pakaian yang digantung ini menjadi ‘langsir’ atau pemidang katil untuk memberi saya lebih privasi.”

“Setiap pelajar mendapat satu bahagian almari. Dan kami mendapat satu lagi almari kosong yang kami berdua kongsi. Di dalamnya, saya meletakkan kasut-kasut saya.

“Di bahagian bawah pula, saya letakkan bagasi dan barangan harian seperti bahan pencuci pakaian,” kata Sabrina yang mengakui dia mempunyai banyak koleksi pakaian di sana.

Justeru, dia beruntung kerana terdapat almari tergantung di bahagian atas dan di bawah katilnya. Ia dipenuhi oleh – you guessed it – lebih banyak pakaian. Di situ juga, dia meletakkan beg harian dan beg ‘travelling’.

“Korea mempunyai empat musim, jadi sudah tentu saya perlukan pakaian berbeza. Apabila kami memasuki musim berlainan, saya akan keluarkan pakaian yang sesuai dari kotak dan masukkannya ke dalam almari,” jelasnya.

Seperti mana-mana kediaman di Korea, mereka memerlukan alat pemanas bilik untuk musim sejuk seperti yang sedang melanda Korea sekarang.

Di bahagian meja belajarnya, Sabrina menyusun dengan rapi bahan bacaan, produk penjagaan kulit dan snek ringkas.

“Kami tidak dibenarkan memasak di dalam bilik dan perlu ke dapur awam yang terletak di luar bangunan. Cerek atau apa-apa peralatan elektrik kecuali pengering rambut juga tidak dibenarkan di dalam bilik. Tapi tak mengapa, kami mempunyai water cooler di luar.”

“Kami berdua berkongsi satu bathroom di dalam bilik. Kami perlu membersihkannya sendiri tetapi untuk langsir mandi, mereka akan menukarnya setiap 6 bulan sekali.

“Di Universiti Hanyang, terdapat lima blok asrama dan saya berada di Hannuri Residence 2. Untuk ke kafeteria, saya perlu berjalan ke Residence Hall 1, 2 dan 5. Mereka menyajikan makanan sarapan, tengah hari dan makan malam. Ada kafeteria yang menawarkan makanan Halal dan ada yang tidak,” kongsinya lagi.

Sabrina juga sempat berkongsi bahagian dobi asrama mirip yang kita ada di kampus universiti dekat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Ini Kongsi 8 Snek Halal Di Myeongdong Seoul 

Tonton video penuh dorm tour bersama Sabrina di bawah!

Published by
FZ