Umum mengetahui, bagi mereka yang tidak mematuhi operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mahupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000.
Namun, sebentar tadi tular di laman sosial Twitter apabila ada beberapa akaun yang mendakwa terdapat pelajar matrikulasi dikenakan kompaun kerana melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup mulut di dalam kolej.
Bukan itu sahaja, difahamkan pelajar-pelajar ini juga dikenakan kompaun sebanyak RM1.5k.
Malah , menurut ciapan yang dibuat oleh pemilik akaun bernama @ireen_0000 pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada awalnya telah datang ke kolej matrikulasi tersebut untuk memeriksa kafe kolej memandangkan ada kes keracunan makanan sebelum ini.
Namun, pelajar-pelajar ini tidak menyangka pihak KKM turut sama mengambil tindakan yang begitu tegas kepada para pelajar yang tak memakai pelitup mulut itu.
Dalam pada itu, pemilik akuan twitter Injang Nation ini turut ] memberitahu bahawa tindakan pelajar tersebut sememangnya salah, namun mereka semua sudah dikuarantin dari bertemu orang luar dan langsung tidak kemana-mana sejak 5 bulan yang lalu.
Netizen Tak Puas Hati
Hal tersebut mendapat perhatian umum dan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati akan kompaun yang dikenakan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Malah, para netizen juga berasa peraturan tersebut tidak adil kepada pelajar tersebut yang rata-ratanya akan berdepan peperiksaan serta ‘turut dikuarantin’.
Setakat ini, dakwaan tersebut belum lagi mendapat penjelasan daripada mana-mana pihak.
Hm, makin banyak pula kes kita dengar tentang individu yang disaman disebabkan tidak mengikut SOP. Jadi guys, selepas ini walaupun nak masuk kedai sebentar sahaja, pakai facemask, scan terus MySejahtera sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.
Orang kata, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
Sumber: InjangNation, NabilAmirul4, ireen_0000