Ibarat tradisi turun-temurun yang dikenakan kepada para pelajar yang baru mendaftarkan diri di asrama, fasa ragging atau hazing pasti akan dilalui oleh mereka dalam tempoh beberapa minggu terawal di kampus.
Di Amerika Syarikat, negara itu juga tidak terkecuali daripada perbuatan ragging ke atas pelajar tahun pertama yang ingin menganggotai fraterniti.
Kelompok ‘Frat Boys’ senior ini selalunya akan memaksa pelajar junior melakukan amalan ikrar serta ritual pelik seperti yang selalu kita tonton dalam filem-filem Barat.
Siapa sangka, disebabkan terlalu terikut-ikutkan amalan tersebut, maut menempah seorang pelajar junior di Washington State University.
Menurut laporan portal METRO UK, pelajar yang dikenali sebagai Luke Morgan Tyler telah ditemui mati oleh pihak polis di kediaman fraterniti Theta Chi yang menempatkan bilik asramanya setelah mereka menerima panggilan tanpa nama (anonymous).
Mangsa yang beru berusia 19 tahun dipercayai mengambil minuman alkohol di dalam rumah frateniti dan baru sahaja menjalani upacara ikrar yang panjang dan kejam oleh senior di sana.
Rakan mangsa di sana kini sedang melancarkan sebuah petisyen agar pihak polis menyiasat kediaman fraterniti itu secara tulus memandangkan ia merupakan lokasi terakhir mangsa berada.
“Kematiannya berlaku sejurus proses yang panjang dan kejam oleh fraternitinya, Theta Chi,” catat pengasas petisyen tersebut, Trevor Michalski.
“Perbuatan tidak berperikemanusian dan cara ‘hazing’ mereka telah memaksa Luke dan ramai lagi pelajar melakukan beberapa perkara tanpa rela.
“Kami menuntut agar Theta Chi disiasat, ditutup dan presiden fraterniti serta ‘master’ lain yang mempunyai kuasa dalam fraterniti ini disiasat atas penglibatan mereka dalam kes kematian Luke Tyler,” tambahnya.
Petisyen itu telah merekodkan lebih 9,700 tandatangan dan persetujuan termasuklah daripada pelajar Washington State University sendiri yang mahu keadilan ditegakkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Dakwaan Kes Buli, Orientasi Senior ‘Ajar’ Junior Dengan Batang Penyapu & Besi! – REMAJA
Pihak polis dalam pada itu meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai punca kematian Luke Tyler. Katanya, proses siasatan akan mengambil masa beberapa minggu sebelum ia dapat ditentukan.
BACA LAGI: Elak Kes Buli Berlaku, ‘Spotcheck’ Mengejut Dilaksanakan Di Sekolah Berasrama – REMAJA
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.