Aduh, orang lain buat squat untuk bersenam. Lain pula ceritanya apabila seorang pelajar sekolah menengah di Thailand meninggal Khamis minggu lalu akibat melakukan lompatan squat sebanyak 100 kali.
Hari ini, pakcik kepada mendiang yang baru berusia 13 tahun itu menjelaskan situasi sebenar di Facebook-nya. Dia mendakwa pihak sekolah yang telah mendenda pelajar itu setelah dia gagal menyerahkan kerja sekolah.
Pakcik mendiang, Pramot Eiamsuksai, berkata anak saudaranya itu telah merasakan tidak sedap badan sejak 31 Ogos (Isnin). Dia dibawa ke hospital pada hari Rabu sebelum kembali ke sekolah pada hari Khamis.
Walaupun gurunya tahu dia tidak sihat dan tidak ke sekolah (lalu tidak menyiapkan kerja sekolah), gurunya masih berkeras untuk mendenda pelajar itu.
Pada hari Jumaat (4 September), pelajar itu kembali jatuh sakit dan berehat. Malangnya, mendiang tidak sedarkan diri pada hari berikutnya.
Mengikut laporan doktor, dia mungkin meninggal sekitar jam 3 pagi akibat kerosakan kardiak.
Akhirnya kelmarin, pihak sekolah baru menghubungi keluarga pelajar itu untuk memohon maaf dan mengakui bertanggungjawab di atas tragedi itu.
Aduh, teringat pula kes cikgu denda pelajar di Malaysia sendiri