“Kagum! Dalam isu menghafal ini, bukan tahap kelajuan menjadi ukuran. Tetapi saya tetap rasa nak tahu. Macam mana pelajar ini boleh hafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sesingkat itu.”

Begitulah kenyataan Ketua Penolong Pengarah (Kaunseling) Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Dr Zulkifli Hussain apabila menyentuh mengenai kejayaan seorang pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra (Ulul Albab) menghafaz Al-Quran, baru-baru ini.

Wow! Pelajar MRSM Berjaya Hafal Al-Quran Kurang Dari 10 Bulan Saja
Dany Al Fathoni Khalid. Sumber Foto : Facebook Sinar Plus

Pelajar yang dikenali sebagai Dany Al Fathoni Khalid ini bukan sekadar menghafaz saja. Dia turut memahami kitab suci tersebut melalui cara murajaah dan mengulangi semula bacaannya. Dengan memerlukan tempoh sembilan bulan 22 hari saja untuk menghafaz, Dany telah berjaya menarik perhatian ramai pihak atas keupayaan luar biasanya itu.

Kata Dr Zulkifli, matlamat penubuhan MRSM Ulul Albab ini adalah jauh lebih besar dari sekadar menggalakkan pelajarnya menghafaz Al-Quran. Namun beliau sendiri tertanya-tanya bagaimana 30 juzuk tersebut mampu dihafaz dalam tempoh sesingkat itu dan ingin tahu rahsia Dany yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

Wow! Pelajar MRSM Berjaya Hafal Al-Quran Kurang Dari 10 Bulan Saja
Ketua Penolong Pengarah (Kaunseling) Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Dr Zulkifli Hussain. Sumber Foto : Facebook Dr Zulkifli

Menurut perkongsiannya lagi, Dany telah memulakan proses hafalan pada Februari 2017 sebaik mendaftarkan diri ke MRSM dan menamatkan sebanyak 30 juzuk itu pada November 2017.

Ads

Tiga faktor utama telah diletakkan oleh Dany sebagai ‘rahsia’ yang boleh diikuti oleh remaja lain.

Pertama adalah minat. Kemasukannya ke MRSM dan ingin mempelajari Al-Quran datang daripada dirinya sendiri tanpa perlu dipaksa oleh ibu bapa atau mana-mana insan lain. Perlu ada rasa teruja apabila melakukan sesuatu agar mental kita bertahan lama. Iyalah, bila ada minat semua benda pun akan ‘menjadi’ kan?

Kedua adalah faktor displin yang tidak semestinya dimiliki oleh semua remaja sebaya dengannya. Kata Dr Zulkifli, di MRSM Ulul Albab, pelajar perlu membahagikan masa antara sesi akademik dan sesi menghafaz Al-Quran.

Ads

Keupayaan Dany untuk fokus melakukan kedua-duanya setelah berjaya mendisplinkan penggunaan masanya adalah satu perkara yang harus dicontohi oleh remaja.

Dan akhir sekali, Dany telahpun meletakkan sasaran untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pada awal percubaannya untuk menghafaz, remaja itu menyasar untuk menghafaz lima muka surat pada setiap minggu dan satu juzuk dalam tempoh sebulan.

Apabila khatam Al-Quran, Dany ingin sekurang-kurangnya telah berjaya menghafaz 10 juzuk.

Ads
Wow! Pelajar MRSM Berjaya Hafal Al-Quran Kurang Dari 10 Bulan Saja
Sumber Foto : Facebook Sinar Plus

Dengan ketentuan Allah SWT, usaha Dany itu bertambah berbaloi apabila dia diberikan kemudahan untuk menghafaz lebih laju daripada apa yang disasarkannya. Dia telah menghafaz empat muka surat sehari iaitu dua muka surat semasa waktu Subuh dan dua lagi muka surat semasa waktu Maghrib. Manakala pada waktu Zuhur pula, dia akan murajaah.

Biarpun kejayaan ini dicatatkan kira-kira empat tahun yang lalu, ia masih dianggap satu pencapaian hebat kerana tidak semua pelajar sekolah yang mampu melakukannya sambil terikat dengan sesi pembelajaran akademik dan aktiviti di asrama seperti yang dilakukan oleh pelajar lain.

Sememangnya kisah ini bukan saja memberi inspirasi kepada remaja seperti korang tetapi juga kepada umat Islam dari segenap lapisan umur agar sentiasa terbuka hati untuk cuba menghafaz dan memahami kitab suci Al-Quran.

Sumber : (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI