Pelajar Jurusan Kewangan & Ekonomi Dinobat Sebagai Miss Universe Singapura 2022

Share

Organisasi Miss Universe Singapura baru sahaja melabuhkan tirai malam finale untuk edisi 2022 sebentar tadi. Tahun ini menyaksikan 10 gadis berentap dalam saingan sengit bagi merebut gelaran berprestij idaman ramai itu.

Memulakan pencarian sejak Julai yang lalu, akhirnya gadis cantik keturunan cina, Carissa Yap dinobatkan sebagai juara. Dia yang berusia 22 tahun dan berketinggian 170cm merupakan seorang pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Ekonomi di National University of Singapore.

Kemenangan Carissa ini bukanlah satu perkara yang mudah. Sebaliknya dia bakal menggalas tugas yang berat memandangkan tahun lalu wakil Singapura, Nandita Banna berjaya meletakkan negara tersebut ke dalam senarai barisan top 16.

Selain Carissa sebagai juara, tempat kedua dimenangi Yvonne Sashirekha manakala Denissia Delangle pula berada di kedudukan ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Kostum Nasional Miss Universe Singapura. Sarat Mesej Kekinian!

Antara barisan personaliti yang duduk di kerusi penjurian tahun ini ialah Frederick Lee yang merupakan pereka fesyen terkenal Singapura, Miss Universe Singapura 1987 yang juga finalis top 10 Miss Universe 1987, Marion Nicole Teo, Miss Universe Singapura 2013 dan juga pelakon, Shi Lim, Jurugambar komersial dan fesyen, Jeff Chang. Acara tersebut pula telah dihoskan oleh pelakon popular, Erwin Dawson.

Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, Singapura pernah dua kali berjaya mara ke peringkat akhir, salah satunya menerusi perwakilan Marion Nicole Teo dan kemudiannya menerusi Nandita Banna yang mengejutkan ramai pihak tahun lalu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen