Walaupun telah bergelar BEKAS Menteri Belia & Sukan, nampaknya golongan pelajar di Malaysia masih berasa Syed Saddiq lebih peka dengan nasib mereka.
Terbaru semalam, beliau memberikan respon balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kepada sebuah portal. Mendakwa menteri tersebut lebih pantas menjawab isu politik berbanding isu pendidikan semasa di Malaysia, Syed Saddiq menyenaraikan beberapa persoalan kepada Dr Noraini.
“Ubah jadual pelajar last minute, diam. Belanjawan 2021 tidak bantu mahasiswa, diam. Pelajar politeknik mengadu sesi akademik mereka ditangguh last minute, diam. Tapi isu UMNO-BERSATU, laju!” katanya menerusi akaun Twitter-nya.
Kenapa isu-isu mahasiswa tidak pernah diberi respons laju begini?
– Ubah jadual pelajar last minute, diam.
– Belanjawan 2021 tidak bantu mahasiswa, diam.
– Pelajar politeknik mengadu sesi akademik mereka ditangguh last minute, diam.
Persoalan tersebut nyata turut dirasai oleh para pelajar di Malaysia. Rata-rata meluahkan nasib mereka dari pelbagai peringkat pengajian. Ada yang masih di Tingkatan 6, ada yang terpaksa bayar yuran fasiliti kolej walaupun belajar dari rumah.
Ini merupakan di antara aduan nasib mereka menerusi muat naik Syed Saddiq ini.
*
“Yuran pengajian tak nak potong sikit ke sebab rasanya semester ini 100 peratu ODL (pengajian jarak jauh). Kemudahan universiti tak guna pun. ODL ini nak kena buat projek, semua kena keluar modal sendiri.”
*
Ads
“Jawapan yang tepat haruslah diberi segera ya. Mohon faham perasaan mahasiswa yang perlu bayar sewa rumah.”
*
“100 peratus ODL, TAPI kami masih wajib membayar penuh yuran universiti? Dan buku kami berharga sekitar RM25-RM30 tak termasuk kos penghantaran.”
*
“RM23-RM30 minimum, ada buku yang berharga ratusan Ringgit! Pelajar perubatan dan seni bina paling banyak berbelanja.”
“Saya harap mereka ini dengarlah keluahan pelajar Form 6. Dengan penganjakan peperiksaan, tanpa bantuan. Kami semua di bawah tekanan dari awal sampai akhir.”
*
“Saya pelajar tahun akhir dan akan buat Final Year Project. Tapi sesentengah daripada kami tak dapat balik ke universiti sebabkan PKPB dan pihak universiti tak mahu bagi surat kebenaran.”
Ads
*
“Pelajar politeknik yang sepatutnya grad pada 2021, dengan buat segala assignment secara online. Tapi pengajian mereka dilanjutkan lagi sehingga akhir 2022.”
*
“Tak apalah YB, kami dah pasrah. Plus yuran pengajian semester depan kami masih kena bayar penuh lagi.”
Sumber foto: Twitter Syed Saddiq.
Pada pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, sektor pendidikan negara ada diberikan peruntukan oleh kerajaan. Bagaimanapun, kebanyakannya hanya menyentuh keperluan kampus universiti dan keperluan data oleh para pelajar semata.
Lantas, ramai yang mempertikaikan mengapa tiada bantuan disalurkan kepada pelajar dari segi kos pengajian mereka yang perlu ditanggung sendiri sepanjang musim pandemik.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura yang sebelum ini menerima kritikan hebat daripada warganet apabila mempromosikan lagu terbaharunya Bertahan Demi Cinta dalam sebuah program bual bicara di Indonesia, kini kembali mencuri perhatian dengan bakat nyanyiannya.
Menerusi hantaran di Instagram, Fazura berkongsi video dirinya menyanyikan lagu Make You Feel My Love, karya asal penyanyi terkenal antarabangsa, Adele.
Walaupun hanya duduk ketika menyampaikan lagu tersebut, Fazura berjaya memukau peminat dengan alunan suara yang merdu, membawakan setiap bait lirik dengan penuh emosi.
Menerusi ruangan kapsyen video itu, Fazura menjelaskan bahawa lagu tersebut memiliki makna yang sangat mendalam baginya. Menurutnya, ia sering dinyanyikan kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, setiap kali sebelum tidur.
“Apa yang menjadikan lagu ini lebih istimewa ialah ia mempunyai makna yang mendalam bagi Fazura, yang sering menyanyikan buat anaknya sebelum tidur.
“Bait lirik, ‘Untuk membuat anda merasakan cinta saya’ adalah janji tulus Fazura untuk sentiasa berada di sisi Fatima,” tulisnya dalam kapsyen tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan kekaguman terhadap suara Fazura yang dianggap serasi dengan lagu tersebut. Selain, mereka memuji keindahan dan ketepatan nada suara pelakon filem Pisau Cukur itu yang dianggap mampu menyampaikan lagu penyanyi antarabangsa dengan begitu baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Fazura
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raja Pop legenda, Datuk Jamal Abdillah menyambut kelahiran cahaya mata keenam yang diberikan nama Rahil Laura Salsabila Yamani, di sebuah pusat perubatan di ibu negara di sini, pada jam 2.55 petang semalam.
Menurut laporan Kosmo! bayi perempuan seberat 2.94 kilogram yang dilahirkan menerusi kaedah pembedahan itu juga ada anak keempat hasil perkongsian hidupnya dengan Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, yang dinikahi pada tahun 2017.
Rumah tangga mereka diserikan tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani yang berusia tiga tahun, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani, yang baru setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, penyanyi lagu hit Aku Maafkan Kamu itu dikurniakan dua putera yang juga penyanyi meningkat naik, iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Terdahulu, pelantun lagu popular Sepi Seorang Perindu itu memilih tanggal 1 April untuk melahirkan anak bongsunya bertepatan sempena tarikh ulang tahun keenam perkahwinannya dengan Zai Izzati.
Bagaimanapun, dia memaklumkan doktor memberitahu, usia kandungan ketika itu masih terlalu awal sehingga perlu ditangguhkan dua minggu kemudian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rasanya ini kali pertama #WayangRemaja bakal membawa korang untuk menonton tayangan perdana filem Hindi, Laal Singh Chaddha yang akan ditayangkan pada 11 Ogos ini di seluruh pawagam tanah air.
Merupakan remake kepada filem Forrest Gump, filem adaptasi versi hindi ini dibintangi oleh pelakon terkenal Aamir Khan, Kareena Kapoor Khan, Naga Chaitanya Akkineni dan Mona Singh. Menjalani penggambaran di lebih 100 lokasi seluruh India, Laal Singh Chaddha memaparkan peristiwa bersejarah India melalui perspektif Laal Singh Chaddha, seorang lelaki dungu yang mempunyai pemahaman tentang emosi.
Laal Singh Chaddha merupakan filem komedi drama yang diarahkan oleh Advait Chandan dan diterbitkan oleh Aamir Khan Production bersama Viacom18 Studios. Difahamkan, filem ini mengalami beberapa perubahan dengan penulisnya, Atul Kulkarni menghabiskan 10 tahun pertama untuk mengadaptasi skrip dan 10 tahun lagi membeli hak adaptasi filem.
Aamir Khan akhirnya berjaya membeli hak filem itu pada awal 2018 dengan bantuan penerbit dan pengarah yang berpangkalan di Los Angeles, Radhika Chaudhari.
Ingin tahu sama ada filem Laal Singh Chaddha ini mampu menyaingi Forrest Gump atau tidak? Jom bersama-sama Remaja menonton tayangan perdana bagi adaptasi ini.
Tarikh: 10 Ogos 2022 Masa: 8.15 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Kami ingin memberikan sepasang tiket percuma dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di bawah. Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang bagi memudahkan urusan penebusan tiket.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...