Tahun lalu Miss Universe Singapura 2020 menjadi bualan ramai dek kostum nasional yang memberi impak ketika pentas akhir Miss Universe berlangsung. Bernadette Belle jelas mewakili negaranya dengan baik sekali biarpun dia tidak tersenarai antara semifinalis Top 21. Namun apa yang penting kehadirannya di pentas tersebut menjadi ingatan ramai.
Tahun ini, Miss Universe Singapura 2021 telah mengumumkan pemenangnya semalam. Nandita Banna, 21, telah diangkat sebagai juara sekaligus mendapat kepercayaan untuk mewakili negara kecil itu di pentas Miss Universe yang akan berlangsung di Eilat, Israel pada penghujung tahun ini.
.
Ads
Menewaskan tujuh finalis lain, gadis berdarah India ini merupakan pelatih penganalisis data, model dan juga sukarelawan yang aktif di Care Corner Singapore yang menjurus kepada pembangunan skil hidup dan juga komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar sekolah. Ketika ini selain bekerja sebagai model sambilan dia merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Pengurusan Singapura.
.
Ads
Menarik tentang dirinya, dengan ketinggian yang dimiliki, dia telah dipilih sebagai salah seorang model untuk menggayakan busana koleksi Louis Vuitton Women Spring/Summer 2021 di Muzium Sains-Seni, Singapura. Dia juga pernah menghiasi lembaran fesyen dalam majalah Vogue Singapura.
Ads
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, setakat ini Singapura pernah dua kali menjadi semifinalis iaitu pada tahun 1983 menyaksikan Kathie Lee Lee Beng yang berjaya menjadi tpo 12 dan kemudian pada tahun 1987 yang mana Nicole Teo berjaya tembus sebagai peserta 10 terbaik dalam pertandingan tersebut.
Sumber gambar: Instagram Miss Universe Singapura & Nandita Banna
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal dengan Liza Soberano terutamanya di kalangan peminat Gen Y. Selebriti Filipina ini terkenal selepas muncul dalam siri ‘Forevermore’ dan aktif berlakon pelbagai filem dan rancangan TV.
Memiliki darah kacukan Filipina dan Amerika. Jadi tak hairanlah ramai yang mengagumi kecantikannya dan kejelitaanya gadis berusia 25 tahun ini.
Wajahnya juga sudah beberapa kali tersenarai dalam senarai “The 100 Most Beautiful Faces”. Liza mengungguli senarai tersebut pada tahun 2017, dan juga tahun-tahun seterusnya. Selain itu, aura dan personaliti Liza Soberano kian menjadi dambaan kempen jenama kecantikan seperti Maybelline dan lain-lain.
Jadi apa rahsia kecantikan dan keanggunannya? Menurut Cosmo Filipina, ini dia tip kecantikan Liza Soberano yang boleh korang aplikasi.
Hidrasi itu penting!
“Saya mempunyai kulit yang kering sejak kecil dan salah satu petua kecantikan terbaik yang saya amalkan adalah untuk sentiasa memastikan kulit saya lembap.”
Biarkan kulit mengelupas dengan sendirinya.
Kanak-kanak perempuan dengan kulit kering, sila ambil perhatian: “Saya sering menggosok dan menggaru kulit saya bila ia mengelupas. Lama kelamaan saya menyedari ianya tidak baik untuk kulit dan hanya akan menjadikannya semakin kering. Apa yang saya buat. Saya akan membiarkan kulit saya mengelupas dengan sendirinya.”
Tanggalkan solekan secepat mungkin.
Disebabkan kesibukan sesi penggambaran dan rakaman, Liza mengakui kulitnya perlu dan selalu disolek. “Bila kulit anda terdedah dengan bahan alat solek untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kusam dan kering. Jadi, saya pasti akan mencuci muka dan menanggalkan solekan sebaik sahaja kamera berhenti merakam”.
Elak mekap jika boleh
“Saya sebenarnya lebih suka keluar rumah dengan gaya natural tanpa solekan. Saya hanya akan memakai balsem bibir”, jelas Liza. Memandangkan kulitnya terdedah kepada banyak tekanan, inilah cara dia memastikan kulitnya tidak berjerawat atau mengelupas.
Kulit anda juga perlukan bantuan
Apabila bercakap tentang penjagaan kulit, Liza juga turut mendapatkan rawatan menerusi Program Kualiti Kulit yang disesuaikan daripada Dr. Vicki Belo. Salah satu rawatan kegemarann Liza dari Belo Medical Group ialah Angel Whitening, yang membantu menjadikan kulitnya “lebih ringan, lebih cerah dan kelihatan segar selepas itu.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selama bertahun-tahun lamanya, pertandingan ratu cantik Miss Universe telahpun menggunakan slogan ‘Confidently Beautiful’ atau Cantik Dengan Keyakinan sebagai moto utamanya.
Malah jika korang masih ingat, pada tahun 2015, juara Miss Universe pada edisi tersebut iaitu Pia Wurtzbach dari Filipina turut menyelitkan slogan berkenaan dalam jawapan akhirnya.
Antaranya, ia berbunyi, “Saya ingin menunjukkan kepada dunia, ataupun alam semesta, bahawasanya saya cantik dengan keyakinan menyeluruh dan hati yang suci. Terima kasih,” jawabnya.
Lantas, apabila semalam Miss Universe mengumumkan bahawa organisasi itu akan menukar slogan berkenaan daripada ‘Confidently Beautiful’ kepada ‘Beautifully Confident’, ramai yang tertanya-tanya sebab di sebalik penukaran itu dan sekiranya ada perbezaan besar antara duanya.
Iyalah, dengar macam sama. Tukarkan kedudukan perkataan sahaja.
Menurut kenyataan Miss Universe, penukaran slogan ini merupakan satu bentuk evolusi organisasi itu dalam memperkasakan wanita kuat di seluruh dunia menerusi pertandingan yang mereka anjurkan. Lantas, fokus terhadap kecantikan kini telah dialihkan kepada ‘attitude’ dan keyakinan yang ada pada seseorang wanita.
“Seorang duta Miss Universe ialah seseorang yang berfikiran luas, inovatif, berani dan dikuasai oleh kepercayaannya sambil terus komited untuk menghormati hak, perbezaan dan maruah insan lain. Duta-duta kami membina asas kemasyarakatan yang kuat di seluruh dunia lalu memupuk rasa kekitaan,” catat CEO terbaru organisasi Miss Universe, Amy Emmerich.
Perubahan slogan ini sekaligus menutup jilid lama Miss Universe yang dahulunya terkenal dengan melantik pemenang berdasarkan rupa paras semata-mata sekitar era 2000-an sewaktu ia dipimpin oleh Donald Trump.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun kita sering melihat tren solekan bersilih ganti pada setiap tahun, seri wajah sebenar hakikatnya lebih terserlah apabila seseorang itu mengenakan solekan natural.
Di Malaysia sahaja, terdapat sebilangan selebriti wanita yang lebih selesa dengan solekan sebegini. Tidak terlalu melebih, tidak pula kurangnya hingga menampakkan cela.
Baru berumah tangga dengan jejaka bernama Dr Che Hafiz pada akhir tahun 2022, Julia merupakan di antara selebriti wanita yang dikurniakan raut wajah berstruktur unik, ‘strong’ dan mempunyai kondisi kulit wajah yang sihat.
Kongsi jurusolek artis, Wirakastrya sewaktu dihubungi oleh REMAJA untuk menyentuh tentang teknik solekannya buat Julia sewaktu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu, Julia sendiri inginkan solekan minimalis kerana ingin kelihatan seperti dirinya yang sebenar pada hari bahagianya itu.
“Clean sahaja. Bulu mata palsu pun dia enggan. Jadi saya pun pastikan untuk melentikkan bulu matanya yang sudah sedia panjang dari bahagian base dengan coat yang betul. Lapisan contour pada tulang pipi juga tidak ‘sekeras’ pengantin biasa kerana bentuk wajah Julia sudah berstruktur.”
“Pada bahagian bibir juga, saya langsung tidak mencalitkan gincu. Hanya sekadar mengunakan penggaris bibir dan blend dengan warna bibir asli sebelum meratakan cecair pengilat. Itu sahaja.
“Walaupun kedengaran seperti, ‘Wow, ringkasnya. Mudah kerja!’, namun solekan natural sebegini memerlukan ketelitian. Jangan risau, jika seseorang itu sudah terbiasa dengan solekan natural sesuai dengan tona kulit dan bentuk wajahnya, proses solekan itu pasti akan bertukar mudah dengan pantas,” ulas Wira.
Tambah Wira lagi, sejak mengenali Julia Farhana pada era modelling sebelum dia beralih ke dunia lakonan, jurusolek itu sudah dapat ‘membaca’ solekan natural bagaimana yang diminati oleh Julia.
“Sekiranya korang mempunyai jenis kulit normal (tidak terlalu kering atau terlalu berminyak) seperti Julia, Wira menasihatkan untuk tidak terlalu agresif dengan penggunaan bedak atau powder agar kulit tidak mudah bertukar kering.
“Tempoh prepping pada wajah amat dititik beratkan sebelum memulakan solekan. Itu rahsianya. Lain orang, lain kondisi kulitnya. Jadi, prep lah ikut apa yang kulit anda perlukan.
“Seperkara lagi, fikirkan lokasi yang ingin dituju. Jika acaranya di dalam bangunan, pastikan kulit tidak mudah kering disebabkan pengudaraan AC. Jika di luar pula, perlu fikirkan faktor peluh dan kulit berminyak,” nasihatnya.
Jom lihat lima produk kecantikan yang digunakan oleh Wirakastrya bagi mendapatkan impak solekan natural bagi acara akad nikah Julia Farhana.
1. Lamer Moisturizing Soft Cream
2. NARS Sheer Glow Foundation
3. Rare Beauty Liquid Soft Pinch Liquid Blush in Joy
“Minimal foundation coverage, itu rahsianya. Jika kondisi kulit sudah sihat seperti Julia, calitan concealer pun sudah memadai. ” – Jurusolek, Wirakastrya
4. Tom Ford Shade & Illuminate Cream Contour Duo
5. Anastasia Beverly Hills Magic Touch Concealer
Cubalah girls!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...