Media sosial sekali lagi menjadi platform bagi para pelajar di Malaysia berkongsi keputusan ujian atau peperiksaan mereka bersama pengikut masing-masing.
Hari ini, tiba giliran pelajar perakauan yang baru sahaja menerima keputusan bagi ujian Persatuan Akauntan Bertauliah atau ACCA yang baru diambil mereka pada bulan lalu.
Tinjauan REMAJA di platform Twitter mendapati rata-rata pelajar gembira setelah lulus ujian sekaligus bergelar ‘ACCA Affiliate’ setelah sekian lama melanjutkan pengajian dalam jurusan perakaunan.
Ia secara tidak langsung juga memberikan semangat kepada pelajar junior yang masih sedang mengambil subjek perakaunan agar tidak mudah berputus asa dan meneruskan semangat ingin menamatkan pengajian.
Congratulations guys!
ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar Perakaunan UUM Cemerlang, Raih Markah Tertinggi ACCA Peringkat Dunia – REMAJA
Untuk pengetahuan korang, ACCA bersama-sama Rakan Majikan ACCA pernah mendedahkan keputusan soal selidik yang dilakukan ke atas 3,000 individu daripada golongan profesional perakaunan dan kewangan di seluruh dunia.
Menerusinya, responden dari Asia Tenggara rata-rata memilih kewangan sebagai salah satu daripada empat bidang yang amat penting untuk bertahan dalam krisis ekonomi yang sering berlaku.
Tiga bidang lain terdiri daripada data & teknologi, kemahiran serta inovasi & kolaborasi.
Melihat kepada kepantasan perkembangan profesional perakaunan dan kewangan ketika pandemik COVID-19 sepanjang dua tahun lalu, sekarang adalah masa yang tepat untuk mengambil jurusan ini.
Lagipula, tidak semestinya seseorang graduan perakuanan perlu bekerja dalam sektor perbankan. Terdapat ribuan kekosongan jawatan yang berkaitan dengan perakaunan dan disediakan oleh syarikat terkemuka Malaysia dan dunia.
Antara bidang tersebut termasuklah industri perkhidmatan kewangan, minyak dan gas, teknologi maklumat dan komunikasi, farmaseutikal, elektronik, logistik dan pengangkutan.
BACA LAGI : Score Exam Dengan Mengajar Semula Nota Kepada Rakan Lain, Pelajar Ini Dapat Tempat Pertama ACCA! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.