Satu demi satu kejayaan dilakar oleh pelajar di Malaysia.
Terbaru, dua orang penuntut Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengharumkan nama negara setelah mereka memperolehi markah tertinggi bagi kertas peperiksaan program The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) bertaraf antarabangsa.
Dua pelajar itu merupakan Looi Pui Mun iaitu graduan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) yang memperoleh markah tertinggi bagi kertas Advanced Financial Management (AFM) Disember 2021. Manakala Tan Yi Wen, penuntut tahun akhir Sarjana Muda Perakaunan pula memperolehi markah tertinggi bagi kertas Advanced Performance Management (APM) Disember 2021.
Pencapaian ini sekaligus meletakkan Pui Mun di tempat pertama Malaysia DAN di dunia, manakala Yi Wen pula berada di tempat pertama di Malaysia dan ke-14 di dunia.
Kongsi Pui Mun, walaupun dia terpaksa meneruskan pengajian dalam musim pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, ia tidak menjadi halangan sebaliknya dijadikan sebagai satu kelebihan. Ini kerana dia mempunyai lebih banyak masa untuk fokus belajar selepas menamatkan latihan industri (internship
).Sementara itu Yi Wen pula menzahirkan keterujaannya dan pada masa yang sama berasa terkejut kerana tidak menyangka telah memperoleh markah tertinggi di Malaysia. Jelasnya, untuk mencapai kejayaan tersebut, disiplin amatlah penting dan segala usahanya selama ini terbayar.
Tahniah diucapkan buat Looi Pui Mun dan Tan Yi Wen atas kejayaan yang diraih ini. Semoga lebih ramai anak muda terinspirasi dengan kisah kejayaan dua pelajar cemerlang ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)